12 July 2015

Fahami Dulu Tujuan Ucapan Zahra


I actually... SETUJU dengan Zahra tu. Lantaklah apa orang fikir and apa orang kata tentang dia. Tapi bagi saya, dari sudut pandangan saya sendiri, perkara yang saya nampak dari segala ucapan Zahra masa tu, dia hanya cuba membawa SUARA semua generasi dia. Including me. Including you! And diri dia yang dia sebut-sebut waktu tu, hanyalah dia jadikan sebagai CONTOH.

Saya tahu, lepas segala ucapan Zahra tu, ada yang mengutuk, ada yang menerima.

Sebenarnya... apabila datang sesuatu perkara kepada kita, kita kena tahu apa tujuan perkara tu datang kepada kita. Analoginya begini, ada anak kecil berusia 3 tahun datang kepada kita sambil menangis-nangis dengan sebungkus jajan di tangannya. Dia datang kepada kita dan adukan kepada kita bahawa dia mahu makan jajan itu, tapi tak berjaya membuka bungkusannya. Lalu, kita orang yang dewasa ni setelah mendengar masalah anak kecil itu, mahu membiarkan anak kecil itu kempunan tak dapat makan jajan yang dah ada di depan kita tu ke atau kita nak tolong anak kecil itu dengan tolong bukakan bungkusan jajan tu? Kita ada khudrat, dan kita tahu penyelesaiannya bagaimana mahu membuka bungkusan jajan itu dengan mudah. Kalau saya, saya akan tolong bukakan bungkusan jajan tu. Sebab, sebelum dia mintak tolong tu, dia dah pun berusaha.

Tapi saya tak tau pulak kalau ada orang lain tak nak tolong bukakan, dan lebih sanggup biarkan anak kecil itu kempunan tak dapat makan jajan yang diingininya tu. Dahlah tak tolong, pastu mengata pulak. 'Baru usaha sikit, dah give up'. 'Payah sikit, dah mintak tolong orang'. Bukankah kita dah dengar sebelum tu anak kecil tu mengadu bahawa dia dah cuba nak bukak, tapi tak boleh. Sedarkah kita perkara tu? Ramai yang tak sedar sebenarnya. Ramai orang lebih suka menyebut tentang kesalahan orang, dari mengkaji dulu kesusahan orang.

Dan sebagai contoh sekarang ni, ucapan Zahra. Sepatutnya kita, bila dengar ucapan Zahra tu, bukan kita kena cari betul atau salah disebalik semua tu. Sebenarnya, Zahra cuma mintak difahami dan dibantu kesusahan dia dan generasi dia yang lain keluar dari kemelut kos sara hidup sekarang yang terlalu tinggi. Bukan tentang ijazah sarjana diploma atau spm bagai. Bukan tentang pendidikan. Bukan tentang gaji tigapatribu. Sebenarnya. Tapi tentang komplikasi kos sara hidup sekarang yang entah datang dari mana dan entah sebab apa, kita semua seolah-olah hidup merempat di negara sendiri. Faham tak?

Jangan mudah sangat nak melenting laaa... Orang yang korang kutuk tu tak kutuk korang pun, korang dah menghina-menghukum dia tahap dah gaya macam diri tu malaikat je. Padahal niat orang tu sebenarnya nak back up korang, tapi last-last... tengok la apa balasan korang? Dahlah tak berterima kasih kat dia, pastu kutuk-kutuk dia yang... ALLAH! Kalau saya di tempat dia, baca segala komen-komen orang kat media sosial ni, memang tak berhenti ar air mata. Sadis! Dasyat! Hina! Terluka giler hati! Tapi... yelah, korang bukan nak fikirkan perasaan orang pun, kan? Lantaklah, kan? Mungkin ada yang akan kata, 'padanlah muka dia! Siapa suruh memandai sangat nak berucap macam tu, kan?' Ahaa... Jangan risau. Ingat macam ni jelah... Hari ni, hari dia. Esok-esok bila hari kita pulak? Kita manusia biasa, kan?

Apa daaa korang ni... Relaks sudahlahhh... Cuba faham betul-betul ucapan Zahra tu. Rasanya apa yang korang duk kutuk-kutuk dia tu, tak kena langsung dengan tujuan sebenar ucapan dia. Kut kalau tak berkenan, kompelin sensorang dalam hati je sudah. Takyahlah menambah dosa, dan takyah nak rerajin tolong pikul beban dosa orang yang dikutuk tu pulak. Dan kalau tak puas hati sangat, pergi je jumpa Zahra depan-depan. Luahkan. Sekurang-kurangnya, takdelah korang merapu sensorang, kan? Kut kalau ada yang tak difahami, Zahra boleh explain jelas-jelas depan-depan, kan? Namun jika dah setuju dengan dia, kut kalau nak heboh-heboh ke laman sosial, tu takde hal. Pasal kerja memuji orang dengan ikhlas ni, dapat pahala sebenarnya.

Bawa-bawalah positifkan diri sendiri sikit... Dan 'perhatikanlah' semula segala kata-kata Zahra yang korang duk viralkan tu dengan hati dan fikiran yang tenang. Toksah duk dengar, toksah duk ikut sangatlah apa yang orang duk merepek tu... Fahami sendiri. Dah besar, dah matang, dah dewasa, kan? Dah pandai tahu beza mana baik, mana buruk, mana betul, mana salah, kan? Sedarlah... Zahra tu cuma minta difahami dan dibantu je, bukan minta dijudge betul atau salah ucapan dia (a.k.a luahan, sebenarnya). Dan lagipun, kena ingat jugak, Zahra tu baru 23 tahun. Lupa ke masa korang umur 23 dulu gaya bercakap dan pemikiran korang macam mana? Tak ke rasa Zahra tu kira dah advance sikit dari diri kita yang masa umur 23 tahun hari tu? Kalau awak nilaikan pertanyaan saya ni dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka, saya pasti awak setuju. Tapi kalau awak terima dengan hati dan fikiran yang melulu, saya pasti awak akan mengutuk saya. But never mind, one day, bila hati dan fikiran awak dah tenang, i know you will agree with me. Sebab waktu ni saya bertanya dengan hati di dalam ni yang rasa tenang (alhamdulillah). ^_^

Dan penyelesaiannya bagi masalah Zahra tu, mudah je. Kalau anda rasa nak bantu, silakan bantu. Kalau tak mahu, maka diam dan jangan banyak cakap. Buang masa!

3 comments:

  1. Senang cerita, bantulah selagi kita boleh bantu. Yang tak boleh bantu, tak yahlah jadi keyboard warrior pula.

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  2. apa yg penting rancang kewangan, kawal cash flow, belanja ikut kemampuan...

    Blogwalking sini..
    Jom baca artikel baru saya.

    Belajar Bukan Semata Untuk Dapatkan Pekerjaan?

    ReplyDelete
  3. saya setuju..sekurang2nya ada orang yang berani tampil dan meluahkan apa yang terpendam oleh generasi kini, daripada kita biar and lihat. Apa2 pun harap segala yang dinyata dan perkatakan oleh Zahra akan dipandang berat oleh pemimpin2 kita.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::: Nota Penting! :::

Segala perkongsian saya di dalam blog ini adalah hasil penulisan saya sendiri. Copy-paste atau tiru-meniru adalah DILARANG sama sekali. Jika perkara tersebut berlaku, saya sebagai empunya blog tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.