Skip to main content

Kadang-kadang Frust Jadi Dropship

Berkali-kali dah kecewa sangat dengan one of supplier ni. Kadang-kadang fikir macam malas je dah nak buat dropship ni. Nak jual hanya barang yang ready stock di tangan sendiri je. Senang. Macam Maco, Quran Mumayyaz and lain-lain tu. Sebab dah tahu dah diri sendiri buat kerja macam mana. Sebab tak larat dah nak menjawab dengan customer bila supplier salah pos barang ke apa, and memasing buat hal tu jadi complicated. Padehal submit order pun rasanya dah ikut piawaian dia bebetul dah. Entah apa lagi yang tak kena sampai asyik duk salah packing dan post barang customer je sokmo. Lain yang customer order, lain yang diberi.

Dan masalah jadi teruk sebab... especially kastemer-kastemer yang baru nak belajar shopping online ni. Kuat prasangka buruknya! Sikit-sikit nak sentap. Sikit-sikit nak gaduh. Asyik ingat orang nak tipu duit dia je. Penat betul nak menjawab. Padehal kes boleh settle relax je. Pastu if lambat reply WhatsApp or pm, perhhh... dispamnya kita kaw-kaw. Kadang baca ayat dorang marah-marah, memang rasa menitik air mata. Manusia. Memang berbisa kata-kata manusia.

Dan especially jugak, supplier jenis yang bercita-cita terlalu tinggi budget gaya dah macam Caryazara and Bella Amara bagai, tapi service? Aduhai...! Ada staff patpulohorang pun tapi kalau servis kita 'thumbsdown', tak ke mananya. Asyik duk makan maki-hamun-bebelan orang je, tak 'kenyang-kenyang' lagi ke? Macam tak belajar dari pengalaman je nih.

Padehal ade je supplier yang cikai-cikai ni je, gambar produk tak lawa mana pun, tapi servis memang tiptop. Mudah berurusan dan customer always puas hati. Kalau salah packing and pos barang customer pun, relax je settle. Customer pun tak melenting. Ni ada sesetengah supplier tu namanya je gah, gambar produk tahap melelah air liur orang tengok, tapi servis? Allahurabbi... macam nak pecah kepala berurusan dengan dia. Tension! Dahlah payah nak respond agent, payah lagi nak buat berkira! Banyak tanya sikit, kena marah. Aduhai... Kata je staf dah bertambah, tapi servis still lembap! Geram jugak kadang-kadang. Sebab kita dah jaga nama baik dia, tapi dia tak jaga nama kita.

Tapi tulah... takat membebel jelah Sofia mampu pun. Huhuhu... nak supply sendiri, bukan semuanya Sofia mampu nak readykan stock. Modal Sofia tak cukup. Permintaan tinggi. So since permintaan tu ada, macam rugi dan terkilan la kalau lepaskan peluang buat dropship bilamana peluang tu ada, kan? Jadi nak tanak, terpaksalah bersabar jugak... Ya ALLAH, murahkanlah dan limpahkanlah rezeki Sofia biar Sofia cepat-cepat boleh supply sendiri produk-produk jualan Sofia. Biar senang, mudah dan lancar segala urusan perniagaan dan mencari rezeki Sofia. Aaminn...

Memang bila fikir-fikir balik, macam sayang je nak lepaskan semua peluang ni. Nak pergi jauh lagi. Kenalah kutip sebanyak-banyak peluang dan kesempatan yang ada, kan? Tapi tulah, risiko tu... penat dah nak memikul. Aduhai... Sabar, Sofia. Sabar. Bertahanlah... ^_^

Comments

  1. sama lah kita................... sobs, kdg2 rse nk pegang sndiri,
    cust plak kdg2, tengah2 malam gak nk tahu jwpn ade stok ke tkde............~
    kdai pn ade bukak tutup, ni plak kite................
    part kene kutok, memg dh lali, ssooobbbbz, hahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabarlah bb_nona. Kuatkan semangat. Takpe, sekarang kita susah kerja dengan orang. Kita sabar. Kita usaha. One day, bila kita dah berjaya, kita buktikan pada mereka sebab kenapa kita boleh je senangkan urusan tu, dan kenapa mereka tak perlu nak menyusah dan memayahkan kita macam masa zaman kita di bawah mereka dulu. Err... alamak terkomen panjang la pulak. Eheh! ^_~

      Delete
  2. hi kak. Sangat memahami luahan ini. haha. btw im already followed your blog ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Scha macam Kak Pia jugak, kan? Kita sabar jelah Scha... Btw, tenkiu Scha. ^_^

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Al-Quran Mumayyaz Membantu Mengaji Dengan Lancar

"Kenapa kita baca Quran kalau kita tak faham?"
"Dah kenapa kau tengok drama Korea?"
"Lain. Ada subtitle."
"Quran ada terjemahan, kan?"

Betul. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis mushaf yang sangat membantu dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran. Macam-macam pilihan ada. Dan antara yang terbaik di masa kini, salah-satunya adalah Al-Quran mushaf Almumayyaz.
Sebab apa saya katakan mushaf Almumayyaz ni antara yang terbaik?
Oh, tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat.
Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turu…

Jam Tangan Tawaf Yang Super Awesome!

Assalamu'alaikum. Hai! Berita baik untuk korang yang teringin nak cuba pakai jam tangan tawaf. Ataupun kepada peminat-peminat jam tangan tawaf yang teringin nak tukar pakai model lain pulak, sekarang ni dah ada jam tangan tawaf jenama MEM.

Sebelum tu… Apa itu jam tawaf ye?

Jam tawaf ni adalah jam yang pergerakkan jarumnya mengikut pusingan tawaf. Ataupun ada orang panggil anti-clockwise. Ataupun lebih mudah orang panggil jam pusing ke kanan.Naaa... gitu!

Dan kini MEM ada menyediakan jam tangan tawaf untuk lelaki dan perempuan tahu. Tapi kalau rasa nak sedondon dengan pasangan, yang couple set pun ada. Tapi jangan lupa, kena tahu jugak yang MEM pun ada sediakan jam dinding yang semuanya super-duper comel, cantik, menarik, tertarik lagi kau memang dabom! *Eheh! Terover la pulak… -.-'*

MEM BRAUNE

So macam gambar yang kat atas tu, tu adalah jam tangan tawaf dari MEM yang direka khas untuk kaum lelaki. Tak ke nampak macho lagi segak bergaya lengan mamat model yang peragakan jam d…