Skip to main content

Surrender


Nampak tak tu? Bertapa banyaknya entry yang hanya kekal sebagai 'draf'. Itu yang sempat masuk dalam screenshort, yang tak sempat masuk, yang kat bawah-bawah lagi, yang sebelum-sebelum ni, banyak lagi tu.

Betul la 'Cabaran 1 Hari 1 Entry', tapi saya ni ternyata hanya mampu '1 Hari 1 Draf Entry' sahaja akhirnya. *sob! sob!*

Sebenarnya bukan malas. Serius, bulan malas. Dan bukan jugak takde idea. Kebetulan lately, sejak melibatkan diri dengan 'Cabaran 1 Hari 1 Entry' ni, memang idea tak pernah putus. Mungkin agaknya kerana dicabar dan merasa tercabar, maka idea untuk mengupdate blog tu tiba-tiba sentiasa ada. Ajaib jugak, kan?

Tapi yang jadi masalah dan halangan untuk stick mengupdate blog setiap hari adalah, MASA. Serious akhir-akhir ni memang sangat sibuk! Sampai makan pun, kerap dah ni sarapan pagi and makan malam semua sekalikan dalam makan tengahari je. Hahaha. Boleh tahan la. Sebab bila dah masuk berkurung dalam bilik dan ngadap handphone, memang payah dah nak tinggal. Saya jenis... kalau kat luar, kurang nak main phone. Pasal bila dah berjumpa mengadap orang atau bersembang, nak fokus otak pada perkara-perkara kat phone, memang payah. 1st, memang susah nak fokus. 2nd, ala... takkan la orang nak sembang ngan kita, kita duk main phone depan dia pulak? Tak elok la sikap macam tu, kan? Sebab tulah... bila dah masuk bilik (dalam erti kata lain, adalah ruang kerja) saya akan fokus betul-betul pada kerja. Sebab masa tu saya bersendirian. Sebab masa tu, fikiran saya aman dan tenang. Sebab masa tu tidak ada gangguan. Dan sebab masa tu... itulah ruang terbaik untuk saya benar-benar bertenang dan fokus pada tujuan hidup saya.

Nampak mudah bila hanya dengar 'pegang phone', tapi untuk jadikan ia bisnes yang lancar dan berterusan hanya melalui phone, orang tak tau dah berapa banyak perkara yang saya korbankan. But never mind. Who care, kan? Susah-payah-penat-lelah-tersungkur-menyembam sekalipun, duk merungut kat orang buat apa, kan? Cari rezeki untuk diri sendiri kut! Nak senangkan diri sendiri. Bukan orang lain. So peduli apa orang fikir tentang kita, kan?

Tapi point sebenarnya cerita ni adalah, sebenarnya nak ngaku yang... kita surrender jelah. Tak larat dah nak libatkan diri dengan 'Cabaran 1 Hari 1 Entry' geng Sahabat Blogger tu. Siyes kita tak dan masa. Tujuan sebenar kita yang beria-ria sangat join cabaran tu adalah sebab, nak tunjukkan pada dunia blogger yang kita masih seorang blogger. Padehal, sejak update first entry sampai hari ni dah entry ke berapa ntah, mana pernah ping entry kat grup Sahabat Blogger pun. Hahaha. Masalah jugak. Payah bila buat kerja aci main dua alam ni. Huhuhu... Dan bila dah macam ni, nak tak nak kita terpaksa sedar dan akui sendiri yang kita dah larut sangat dah dengan dunia bisnes online. Untuk mengejar kedua-duanya dengan sama hebat, kita memang ternyata tak mampu.

Dan ternyata, hari ni saya terpaksa mengakui yang saya hanyalah boleh kekal sebagai 'Part Time Blogger' sahaja. (T_T)

Sekian, itu sahaja dari saya untuk hari ni. =P

Comments

Popular posts from this blog

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Al-Quran Mumayyaz Membantu Mengaji Dengan Lancar

"Kenapa kita baca Quran kalau kita tak faham?"
"Dah kenapa kau tengok drama Korea?"
"Lain. Ada subtitle."
"Quran ada terjemahan, kan?"

Betul. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis mushaf yang sangat membantu dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran. Macam-macam pilihan ada. Dan antara yang terbaik di masa kini, salah-satunya adalah Al-Quran mushaf Almumayyaz.
Sebab apa saya katakan mushaf Almumayyaz ni antara yang terbaik?
Oh, tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat.
Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turu…

Jam Tangan Tawaf Yang Super Awesome!

Assalamu'alaikum. Hai! Berita baik untuk korang yang teringin nak cuba pakai jam tangan tawaf. Ataupun kepada peminat-peminat jam tangan tawaf yang teringin nak tukar pakai model lain pulak, sekarang ni dah ada jam tangan tawaf jenama MEM.

Sebelum tu… Apa itu jam tawaf ye?

Jam tawaf ni adalah jam yang pergerakkan jarumnya mengikut pusingan tawaf. Ataupun ada orang panggil anti-clockwise. Ataupun lebih mudah orang panggil jam pusing ke kanan.Naaa... gitu!

Dan kini MEM ada menyediakan jam tangan tawaf untuk lelaki dan perempuan tahu. Tapi kalau rasa nak sedondon dengan pasangan, yang couple set pun ada. Tapi jangan lupa, kena tahu jugak yang MEM pun ada sediakan jam dinding yang semuanya super-duper comel, cantik, menarik, tertarik lagi kau memang dabom! *Eheh! Terover la pulak… -.-'*

MEM BRAUNE

So macam gambar yang kat atas tu, tu adalah jam tangan tawaf dari MEM yang direka khas untuk kaum lelaki. Tak ke nampak macho lagi segak bergaya lengan mamat model yang peragakan jam d…