Skip to main content

Biarlah Nak Kata Apa Pun...


Apakah perasaannya bila seseorang yang akrab, seseorang yang dikasihi, seseorang yang mengatakan kasihnya amat tinggi terhadap diri ini, membuat perumpamaan diri ini seperti binatang? Cuba menggambarkan bertapa buruknya wajah ini di matanya? Ya ALLAH, itu benar-benar buat air mata diri ini gugur tanpa dapat ditahan. Terluka sangat. Amat tersinggung rasa hati.

Namun semua itu buat saya sedar bertapa tingginya kebencian dia terhadap saya. Sejak itu saya mula mendiamkan diri dan tidak mahu menyuarakan apa-apa lagi dah terhadapnya. Sememangnya kami dah tak berbual. Berhubung pun sekadar untuk perkara-perkara yang penting sahaja. Saya dah menerima terlalu banyak kata-kata hinaan dan sindiran. Saya dah terlalu sarat menyimpan luka. Dan saya juga dah penat mencuba meluahkan rasa yang terbuku. Dah penat mencuba memperbaiki. Dah penat menanggung air mata. Saya... dah hilang semangat. Semua yang saya buat, segala yang saya usahakan untuknya, dari dulu sampai sekarang, hanya disia-siakan. Sudahnya, keburukkan dan kesalahan saya jugalah yang dicari, diungkit. Segala pengorbanan, segala usaha, segala kesabaran saya, bagaikan ditolak angin... menjauh ke laut.

Serius, penat menjadi orang yang dianggap remeh.

Saya dah terlalu bosan diremehkan. Saya tak mahu macam ni lagi. Cukuplah. Saya bukannya teruk sangat pun sampai nak mengemis kasih orang hingga macam ni sekali.

Dah hina saya. Dah kata macam-macam kat saya. Dah kutuk saya. Dah persendakan saya... Oh teruknya!

Tapi...


Bersabarlah, Sofia...

Mungkin ini balasan ALLAH atas dosa lalu?

Macamlah saya selama ni baik sangat, kan? Saya hamba yang banyak khilaf jugak. Maka layaklah saya diuji ALLAH. Sekalipun ini ujianNYA.

Ya, saya tahu saya harus redha atas segala apa yang berlaku ni... Tak perlu membenci, tak perlu berdendam. Dan dosa lalu, insyaALLAH takkan ulangi lagi. Dah cukup terlalu banyak segala penyesalan yang mencengkam hati saban hari selama ini. Cukuplah. Dah tak larat menghukum diri lagi. Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa saya. Aamiin...

Dan biarlah orang nak kata apa. Biarlah orang nak kutuk apa pun. Hodoh macam mana pun diri saya di mata orang, saya yakin ALLAH tak memandang saya seteruk itu.

It's okay, ALLAH ada. :')

Comments

Popular posts from this blog

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Al-Quran Mumayyaz Membantu Mengaji Dengan Lancar

"Kenapa kita baca Quran kalau kita tak faham?"
"Dah kenapa kau tengok drama Korea?"
"Lain. Ada subtitle."
"Quran ada terjemahan, kan?"

Betul. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis mushaf yang sangat membantu dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran. Macam-macam pilihan ada. Dan antara yang terbaik di masa kini, salah-satunya adalah Al-Quran mushaf Almumayyaz.
Sebab apa saya katakan mushaf Almumayyaz ni antara yang terbaik?
Oh, tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat.
Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turu…

Jam Tangan Tawaf Yang Super Awesome!

Assalamu'alaikum. Hai! Berita baik untuk korang yang teringin nak cuba pakai jam tangan tawaf. Ataupun kepada peminat-peminat jam tangan tawaf yang teringin nak tukar pakai model lain pulak, sekarang ni dah ada jam tangan tawaf jenama MEM.

Sebelum tu… Apa itu jam tawaf ye?

Jam tawaf ni adalah jam yang pergerakkan jarumnya mengikut pusingan tawaf. Ataupun ada orang panggil anti-clockwise. Ataupun lebih mudah orang panggil jam pusing ke kanan.Naaa... gitu!

Dan kini MEM ada menyediakan jam tangan tawaf untuk lelaki dan perempuan tahu. Tapi kalau rasa nak sedondon dengan pasangan, yang couple set pun ada. Tapi jangan lupa, kena tahu jugak yang MEM pun ada sediakan jam dinding yang semuanya super-duper comel, cantik, menarik, tertarik lagi kau memang dabom! *Eheh! Terover la pulak… -.-'*

MEM BRAUNE

So macam gambar yang kat atas tu, tu adalah jam tangan tawaf dari MEM yang direka khas untuk kaum lelaki. Tak ke nampak macho lagi segak bergaya lengan mamat model yang peragakan jam d…