19 October 2015

'Unta Dengan Ayam'

Selama ni saya sangat-sangat menjaga aib customer saya. Baik yang pernah marah-marah saya mahupun tidak. Saya biasanya lebih suka anggap semua itu sebagai 'adat orang berniaga' Alahhh... small matter! Abaikan jer! Tapi, bukan untuk kali ni. Entahlah... 'Angin' betul rasa. Saya dahlah tak suka orang yang bercakap aci sedap mulut. Main redah je masuk 'rumah' orang, lepastu blablabla mengata orang. Pastu ditanya sebab-asbab 'kedatangan' dan 'kemahuannya', tak reti dijawab. Apa masalah orang macam ni sebenarnya?






Ini picture profilenya.

Jadi sekarang, nak tanya. Faham tak apa maksud orang ni sebenarnya?

Saya sesungguhnya dan sejujurnya tak faham langsung apa niat dia menghubungi saya, melainkan hanya menyakitkan hati sahaja semata-mata, sebenarnya.

Apa yang dia maksudkan dengan unta dan ayam? Bunyinya lebih kurang macam peribahasa Melayu, 'seperti ayam dengan itik', kan? Yang membawa maksud, lain yang ditanya, lain yang dijawab. Tapi masalahnya sekarang ni, saya tak nampak di mana terjadinya situasi 'unta-ayam' tersebut. Sebab dari awal-awal pertanyaan dia hingga ke sudah, rasanya saya hanya menjawab soalan yang ditanya sahaja. Dia bagi salam, saya jawab salam. Dia tanya tentang Quran yang saya jual, saya jawablah tentangnya. Dia minta contoh, saya berikan contoh. Dia tanya cod (cash on delivery) di mana, saya bagitaulah tempatnya. Jadi di mana yang terjadinya situasi 'unta-ayam' tersebut?

Kemudian tiba-tiba dia tanya saya ni ngaji Quran ke atau baca je? Well, kalau nak jawab lurus bendul... semestinya kedua-duanya saya buat. Dan saya yakin, orang lain pun sama jugak. Malah diri dia pun sama jugak. Sebab dari segi istilah, 'ngaji' itu belajar. Bila dah belajar, barulah boleh membaca dengan lancar. Atau... kalau maksud tak lurus bendulnya atau dengan erti kata lain, menyindir saya ni baca Quran semata-mata baca sekadar lancar di bibir sahaja ke... atau dengan memahami ertinya atau tidak, dah tentu saya memahami ertinya. Walaupun mungkin bukan 100%, tapi saya sentiasa cuba untuk faham. Sebab setiap kali baca Quran, saya akan baca bersama tafsir. Sebab saya tak pandai bahasa Arab, saya perlukan tafsir. Dan kemudian setiap kalinya selepas baca tafsir setiap ayat, saya akan diam seketika. Berfikir dan memahami ertinya. Begitu saya belajar mendalami Al-Quran. Dan apa yang saya selalu jumpa dalam Quran, ALLAH selalu berpesan supaya kita berbaik-baik sesama makhluknya dan menegur dengan baik-baik. Bukannya dengan perli-memerli orang macam tu.

Dan kemudian apa pula yang dia cuba maksudkan dengan picture profilenya tu? Sungguhpun pada picture profilenya Imam Syafie berkata bahawa...

"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu."

Ini yang paling nak gelak. Sebab, tak nampak pun logiknya dia menujukan kata-kata itu kepada saya. Atau dia sedang menujukan kata-kata itu kepada dirinya sendiri? Jika begitu, sesuai sangatlah! Sebab entah dimana kaitannya ayat itu terhadap perbualan diantara dia dan saya. Tak tahu sebab apa, dan kami langsung tidak saling mengenali, tiba-tiba dia WhatsApp saya dengan kata-kata SINDIRAN. Jika niat dia cuba untuk bercakap atau menegur ke arah kebaikkan, tidakkah dia sedar bahawa menyindir-nyindir orang itu sama sekali bukan sifat yang terpuji dan bukan ajaran Islam? Adakah dia cuba maksudkan yang dia adalah orang yang BERILMU, manakala saya pula adalah orang yang JAHIL? Kalau macam tu... Ya, saya akui saya masih jahil walaupun hingga ke nafas terakhir saya nanti. Sebab saya yakin antara kita tak siapa pun yang tahu cukup atau tidak ilmu yang dimiliki. Bukankah masing-masing semua sedar bahawa di dunia ini tak ada manusia yang sempurna? Dan ALLAH sangat tak suka orang yang punya sifat riak. Sebagai orang yang berilmu, seharusnya tahu tentang semua ini. Sebab prinsip pertama semasa menuntut ilmu adalah, jangan riak dan takbur dengan ilmu yang dimiliki. Sepatutnya! Tapi sekarang dia cuba memberitahu yang dia berilmu dan saya jahil? Itu confirm-confirm riak namanya!

Dan at last, sampai ke sudah saya tak tahu dan tak faham apa niat dia menghubungi saya. Mula-mulanya, saya ingat dia nak beli Quran Mumayyaz dari saya, sebab tu saya rajin je reply dia. Trick of bisnes, haruslah layan customer bebaik, kan? Bersabar selagi boleh sabar. Tapi bila dah out of topic, lepastu menyakitkan hati orang tak tahu punca, so sampai tahap tu, saya habis sabar dah dengan orang tu. Entah sebab apa tetiba duk perli-perli orang. Saya salah apa kat dia? Sepatutnya kalau kita tak puas hati dengan seseorang, bagitau depan-depan, terus-terang. Biar orang faham. Biar orang jelas. Ni tak, datang-datang 'rumah' orang, terus perli-perli orang tak tahu sebab. Tak faham betul dengan orang macam ni! -.-'

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::: Nota Penting! :::

Segala perkongsian saya di dalam blog ini adalah hasil penulisan saya sendiri. Copy-paste atau tiru-meniru adalah DILARANG sama sekali. Jika perkara tersebut berlaku, saya sebagai empunya blog tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.