Orang asyik memperlekehkan hidup kita. Perasaan kita. Maruah diri kita. Dan memikirkan tentang karenah manusia keliling, sampai ke esok pun tak habis. Kan? Ala... abaikan mereka! Perlu apa pada orang yang tak mahu melihat kita bahagia sedangkan pilihan untuk kita menikmati bahagia dengan cara sendiri itu ada? Kita masih ada pilihan untuk bangun walaupun dah rebah, jadi kenapa mesti nak melepek di tanah terus? Bangunlah! Kalau orang tanak hulur tangan bantu kita sekalipun, kita masih boleh usaha sendiri. Jangan suka bergantung pada orang, sebab orang memang selalu akan kecewakan kita. Bukan nak suruh membenci orang keliling, tidak. Tapi bergantunglah hanya pada ALLAH dan diri sendiri. Kerana kita yang lebih tahu apa yang diri kita sendiri perlukan. Dari fikirkan tentang karenah orang keliling yg tak pernah berkesudahan tu, baik fikirkan tentang diri sendiri dan usahakan masa depan sendiri. Lagi bagus! Right? P/s: Dan tak perlu berusaha jadi macam apa yg orang nak kita
That's it! Itulah kita. Timbulkan masalah, kemudian apabila masalah itu dipersoalkan, segera larikan diri. Dan bila orang keliling turut mula sama menghindarkan diri dari kita, kita kata orang abaikan kita. Padehal kita yang lebih dulu mengabaikan perasaan orang keliling dengan sikap tidak bertanggungjawab kita tu. Cuba tengok akhlak nabi Muhammad S.A.W. Baginda orang miskin, tapi orang disekeliling baginda tak pernah cuba hindarkan diri dari baginda. Padahal baginda bukannya berduit, bukannya kaya-raya. Tapi orang sentiasa suka dekati baginda. Sebab apa? Sebab baginda sentiasa bersikap terbuka. Menerima sesiapa yang datang kepada baginda dengan senyuman. Sebusuk dan sejijik apa pun tetamunya, baginda tidak akan mengusir. Sesuci dan sedosa apa pun tetamunya, baginda tidak akan menghindar. Sekalipun musuh (masalah) yang datang menuntut perkara yang tidak-tidak, pun baginda tetap tidak menghindari apalagi mengusir. Kenapa baginda buat macam tu? Kerana baginda tahu, setiap ya