Skip to main content

Scandal | Teaser 5




BUNYI SELAK tombol pintu dibuka dari luar membuatkan dia agak sedikit tersentak dan berpaling ke arah pintu utama. Dan seketika kemudian bunyi ketukkan pula kedengaran apabila tombol pintu itu dipulas dari luar namun tak berjaya dibuka.

Sufi senyum mencebik sendiri. Memanglah tak boleh buka pintu tu kalau dah kena selak dari dalam. Tulah... Padan muka! Siapa suruh balik lewat-lewat sangat? Nasib baik orang tak tidur lagi. Sufi terus bangun dari sofa dan segera menapak ke pintu. Dia hanya menarik selak dan kemudian terus berpaling menapak kembali ke ruang tamu. Tak kuasa aku nak tolong bukakan pintu siap pelawa dia masuk gaya diraja bagai aih...
Namun bila dah beberapa tapak melangkah, dia terasa pelik apabila tak mendengar bunyi pintu dibuka. Dia berhenti dan berpaling ke belakang. Serentak itu juga, pintu itu terus dibuka dari luar.
Dan Sufi seakan tergamam. Terasa hampir jatuh rahang bawah ketika itu apabila melihat keadaan Ashraff yang basah kuyup macam baru lepas kena simbah dengan setong deram besar air terpancul di muka pintu.
“Ehh... Cop! Cop! Cop!” Cepat Sufi mengangkat tangan menahan apabila dilihatnya lelaki itu nak melangkah masuk ke dalam rumah.
Ashraff terhenti dengan hanya sebelah kaki sempat mendarat di atas lantai dalam rumah. Dia mengangkat muka berpaling memandang Sufi. Hairan. Pandangannya bertanya.
“Kenapa basah ni?” Sufi bertanya. Sekaligus menjawab kehairanan lelaki itu.
“Baru lepas berenang dalam kolam kat depan rumah ni.” Selamba bersahaja Asraff menjawab. Sarkastik.
O~la... Nak perli-perli orang pun agak-agaklah... aku tanya elok-elok kut! “Ouh. Rumah kita ada kolam meh?” Sufi saja buat-buat dungu. Muka selamba tak bersalah.
Okey, Raff... jangan nak cari pasal memulakan pergaduhan. Sekarang bukan masanya. Tengah penat ni wei... “Dah tu... tengah-tengah hujan lebat kat luar tu, boleh ditanya lagi.” Gumam Ashraff, perlahan. Terasa geram juga dibuatnya.
Melihat lelaki itu seperti nak melangkah semula ke dalam rumah, cepat Sufi menapak ke arah lelaki itu. “Ehh... awak nak ke mana ni?”
“La? Nak masuk dalam rumahlah. Apa, Sufi nak suruh abang tidur luar ke? Jangan kejam sangatlah, Sufi.”
“Saya tak kata pun nak suruh awak tidur luar.”
“Dah tu?”
“Takkan nak masuk dengan basah-basah macam ni?”
Ashraff hanya pandangan Sufi dengan kening berkerut terangkat sebelah. Apehal dia ni? “Dah tu, Sufi nak dukung abang?”
Sufi memutarkan matanya ke atas. Tak kuasa! “Tunggu sini. Saya ambilkan towel.” Dia dah terus berpaling melangkah ke kamar tidur.
Erk? Ashraff agak tergamam seketika di situ. Apesal dia ni tetiba jadi baik sangat ni? Mimpikah aku?
“Tunggu je situ. Jangan nak basahkan lantai merata!” Sempat Sufi menambah amaran lagi tanpa berpaling sebelum selepas itu terus hilang ke dalam bilik.
Ashraff hanya tersenyum sendiri. Sufi... Sufi... Tang cerewet tu, dari dulu sampai sekarang memang tak ubah.
Sufi muncul semula dengan tuala putih rona di tangan dan menapak ke arah Ashraff. “Nah.” Dihulurkan kepada Ashraff sebaik dia berdiri di hadapan lelaki itu.
Ashraff tak segera menyambut. Dia hanya merenung Sufi dengan makna yang tak tertafsirkan. Saja nak buat Sufi menggelabah.
“Apa pandang-pandang orang macam tu? Ambil je la towel ni. Salin dulu pakaian tu.” Sufi mengunjuk lagi tuala di tangan. Pandang-pandang orang macam tuuu... apa?! Cucuk biji mata tu karang!
“Asyik nak marah-marah je.” Ashraff menyambut tuala yang dihulur sambil mencebik buat muka. Konon-konon nak merajuk, tapi sebenarnya tahu je takkannya ‘orang tu’ nak pujuk. “Datang bulan ke?” Sempat dia mengusik.
“Sibuk je!” Sufi terus berpaling menapak semula ke ruang tamu.
“Ikhlas ke tak ni?” Ashraff  tersengih. Tak puas lagi menyakat.
“Tak.” Sufi mencapai kusyen kecil di sofa dan terus melabuhkan duduk. Pandangannya ditala semula ke skrin tv. Sambung balik tengok drama Korea Missing You tadi.
“Tak naklah pakai towel ni. Salin baju dalam bilik jelah.” Ashraff tahan muka selamba. Saja mengusik, nak tengok respon Sufi.
“Buat la... buat. Kasi makan mop lantai baru tahu.” Sufi menggumam dengan pandangan tak beralih dari kaca tv. Kata-katanya berbaur ugutan walaupun tak seserius yang ditutur.
Ashraff senyum sendiri menahan ketawa. See? Memang seperti yang dah dijangkakan. “Jadi isteri tak baik zalim kat suami tau.” Sambil tu, dia mula menyalin pakaian dengan tuala yang diberikan Sufi.
Sufi hanya mencebik. “Awak dari mana sebenarnya?”
“Risau jugak Sufi kat abang ye?”
“Tanya je pun.”
Ashraff mencebik sendiri. Orang baru je nak berangan diri disayangi sikit, dikasinya ayat dingin macam tu, dahhh patah hati dah. “Baru balik kerjalah.” Katanya kemudian.
Kening Sufi berkerut pelik. Tahulah hujan tengah lebat menggila kat luar. Maklumlah... sekarang dah masuk bulan 12. Tabiat musim hujan. Tapi... Kan balik kerja dengan kereta? Kereta berhenti pun di porch depan rumah. Dan porch pun, bukannya tak berbumbung. Patutnya keluar dari kereta mana kena hujan. Ni hujan sesat mana yang ‘menyimbah’ baju dia macam orang menyelam dalam laut ni?
“Kereta awak tak ada bumbung ke?”
Raff tahan ketawa yang terasa nak pecah dengan menggulum senyum sebaik mendengar soalan sarkastik Sufi tu. Sinis, tapi lawak bunyinya. “Tak ada. Tercabut.”
Sufi berpaling dengan muka geram tak puas hati. “Buat lawak eh?”
“Dah tu, tanya lagi soalan macam tu.”
“Dah tu yang sampai basah kuyup macam tu, kenapa?”
“Saja. Mandi hujan.”
Urgh! Sufi memutarkan matanya ke atas. Loya buruk pulak dia ni. “Apa-apa jelah.” Dia terus berpusing semula ke kaca tv.
Siap bersalin, Ashraff terus membawa pakaian basahnya ke dapur. Nak dimasukkan ke dalam mesin basuh. Dan seketika kemudian, lelaki itu keluar semula dari dapur dan menapak ke ruang tamu.
“Sayang jugak Sufi kat abang ye?” Kata lelaki itu sambil menghenyakkan punggungnya di sebelah Sufi.
Terus Sufi mengelak sedikit ke kiri, menjarakkan sedikit tubuhnya dengan lelaki itu. Dia memandang Ashraff dengan kerutan di kening. Muka tak puas hati. Ni apa kes ni? Macamlah dah tak ada tempat lain nak duduk. Dahlah pakai towel je. Tak malu!
Namun Ashraff buat-buat tak perasan. Dia bersahaja dengan pandangan menala ke kaca tv. Cerita apa Sufi tengok ni?
Melihat Ashraff tak mengendahkannya, Sufi hanya menjeling lelaki itu dan menala semula pandangannya ke kaca tv. Terpaksa akur membiarkan saja. Tak kisahlah. Jangan nak macam-macam sudah. Kang ku baling dengan remote tv kat depan ni karang... baru tahu rasa!
“Kalau selalu macam ni, kan bagus?” Ashraff tiba-tiba bersuara lagi.
“Apa?” Sufi tak faham. Apa yang bagusnya?
“Lepas ni, selalu-selalulah caring kat abang ye? Abang suka Sufi sayang abang.” Ayat orang perasan.
Sufi memutarkan matanya ke atas. “Oh, jangan nak perasanlah! Saya cuma tak nak awak kotorkan rumah je. Nanti saya jugak yang penat nak kena mop balik.”
“Jangan bilang benci... kalau ada cinta harus bilang sayang...” Dah selamat lirik lagu Cinta Dan Sayang – Khalifah dimodifiednya.
“Pergi masuk pakai bajulah!” Dan selamat juga kusyen kecil di atas riba dibaling ke tubuh Ashraff.


.....BERSAMBUNG.....


P/s 1: Amacam? Terubatkah rindu di hati? Ngehehe...

P/s 2: Ini masih draf. So sorry kalau ada kesilapan ejaan atau mana-mana yang tersilap dalam part ni ye? Malas nak edit ar... hehehe... sorry. Apa-apa pun, sangat la berterima kasih pada semua yang sudi baca my hikayat yang tak seberapa nih. Thank you. Komawo. Jazzakallahu khairan kasira. ^_~

P/s 3: Oh, ya! Jemput la like my page di Facebook ye?
Klik sini - Violet Sofia Official.
Atau boleh add account Facebook saya je.
Klik sini - SofiaRazali (Violet Sofia)

Comments

  1. lamanya baru dapat n3 baru.... excuse me pe cer... xnk sambung g ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakal menyusul kemudian. harap dapat bersabar lagi ye? hehehe... sorry, sebab buat menunggu lama. :-(

      Delete
  2. Best..hehhehe..tp pendek je cite ...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang cerita ni belum nak datang mood serius sangat lagi... huhu...

      Delete
  3. best! sambung, kak. siapkan mss penuh n then hantar kat any pubs. kan senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengah mengerjakannya la ni yunk... memang hajat nak bukukan cerita ni pun... sebab tu bagi teaser2 jer... huhu...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.