Skip to main content

Scandal | Teaser III


BUNYI BASS
berselang-seli dengan bunyi gitar yang tiba-tiba mengasak telinga dari speaker dalam kereta ketika ini buat fikirannya seakan tersentak. Seakan tersedar tiba-tiba. Eh? Lagu ni la… Matanya dah mula bersinar sendiri. Bila Orang Dah Benci – Saleem yang tiba-tiba berkumandang di radio ketika ini buat bibirnya tanpa dipaksa melarik senyum sendiri. Aku suka lagu ni… Suka sangat! Best... Dah lama tak dengar.


Tak guna memujuk lagi…
Pabila orang dah benci…


Kening Raff terangkat sebelah. Aih, semacam je lagu ni? Namun dia tetap tenang mengawal stereng.

Tak perlu rayu simpati…
Dia dah tak sudi…
Ohhhhh…


Ceh! Raff sengih kelat sendiri dalam hati. See? Radio pun nak perli aku. Dan-dan je time macam ni dikasinya lagu jiwang parah ni. Ngeee… Raff menjeling sekilas reaksi Sufi di sebelah dengan hujung mata. Namun dilihatnya Sufi hanya termenung saja memandang ke luar tingkap sambil menompang dagu dengan tangan bersangga di penghadang pintu. Leka. Entah apa yang asyik sangat dengan permandangan kat luar sana tu, tak tahulah. Sampaikan orang di sebelah ni pun dah macam tak wujud je dibuatnya. Tapi… memang sejak bilalah pun Sufi pernah buat macam aku ni wujud di sisi dia? Raff hanya menjungkitkan sebelah bahu sambil mencebik. Dia menumpukan saja perhatiannya pada pemanduan di hadapan. Tak kisah. Dia yakin, suatu hari nanti dia pasti akan berjaya juga membuka semula pintu hati Sufi yang entah sejak bila tertutup maha rapat tu.

Biarpun ku masih sayang…

Dan suara Saleem terus mengasak kedua-dua telinga manusia yang bagaikan bisu di dalam kereta itu.

Kasihku tak pernah padam…
Tetapi apa kan daya…
Terpaksa ku lepaskan…


Lepaskan? Betul ke kena buat macam tu?

Sampai hatimu melihat diriku dihukum begini…
Seluruh hidupku bagaikan mati tak bernyawa lagi…


Ishk! Ni aku malas nak dengar lagu-lagu melayu ni. Jiwangnya parah sangat…

Mengapa sayang engkau hancurkan niat suciku menyunting dirimu…
Sedangkan dulu engkau berjanji kau hanya milikku…


Okey. Part sunting tu, blame me. Dulu memanglah tak terfikir sampai ke situ pun. Tapi… bukan tipu kut kalau kata memang dari dulu aku memang sayang Sufi. Dia je yang tak nak faham tu. Err… atau mungkin sebenarnya… ah, yeah! Salah aku lagi.

Bila orang dah benci,
Tiada guna ku nanti,
Lebih baik ku pergi,
Pergi membawa diri…


Jiwang ah lagu ni! Raff mengomel sendiri dalam hati.

Bila orang dah benci,
Tinggal aku sendiri,
Orang pun dah tak suka,
Dikenang pun tak guna…


Sarkastik! Tak teragak Raff terus panjangkan tangan menutup radio. Menyampah aih…

Kening Sufi berkerut sendiri. Ek? Apesal senyap? Dia berpaling. Radio yang dah tertutup menyapa pandangan. Dan spontan matanya terarah ke muka Raff.

Raff berpaling, hanya seketika. Sempat untuk memberikan pandangan bertanya sebelum kembali semula pada tumpuan ke hadapan.

“Apesal tutup radio?” Sufi dengan muka beku bertanya.

“Laa… Sufi dengar ke?”

“Ada telinga, dengarlah.”

Ngee… Raff sengih geram. Jawapan tu kalau tak pedas cili api memang tak sah! Raff menghulur tangan memasang semula radio.


.....BERSAMBUNG.....


P/S 1: Actually ni cuma main tulis-tulis je tadi... tak serius lagi dengan part ni samada nak masukkan dalam manuskrip ke tak. Dan part ni pun cuma draf je dulu. Banyak lagi nak kena ejaz balik. Tapi... takpe, yang tu pikir kemudian. Pape pun, sempat la post sikit ni untuk tatapan pengubat rindu buat pada yang merindu this story. Ngeee... Sorry la sikit sangat. Tak dan. Next time la kasi banyak lagi k...? Buat masa ni, korang ambik teaser je lar dulu... sebab manuskrip citer nih masih tengah tunggang-langgang lagi. Tunggu i susun leklok dulu na...? Sabar...

P/S 2: Terima kasih sudi baca. Jangan lupa tinggalkan komen ye? Komawo! ^_^

Comments

  1. lagu ni mmg membunuh hati.... heheeh..

    ReplyDelete
  2. Best jga nnti buat la pnjng2 ya

    ReplyDelete
  3. amboih2.. feeling lah tu yea.. heee.. suara saleem memang sedap..

    ReplyDelete
  4. Cerita best... ;)
    Tak sabar akak nak baca yg lengkap...

    ReplyDelete
  5. Citer yg best sangat...walaupun tak sepenuhnya...hanya tertumpu 2 watak je..chaiyok2..;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.