Skip to main content

Kalau Memang Jodoh | Part 3




"CIK."

Tiba-tiba bahuku terasa seperti dicuit dari belakang. Aku terhenti dan berpaling. Begitu juga Kak Una dan Sha. Dan demi terpandangkan muka si pemanggil tersebut, kedua-dua keningku terangkat tinggi. Terkejut. Dia ni?!
Lelaki itu menghulurkan tangannya kepadaku.
Aku tunduk memandang hulurannya. Dan tiba-tiba saat itu darahku terasa berderau ke muka sebaik terpandang Samsung Galaxy Ace yang dah usang di tangannya itu.
"Handphone awak, kan?" Lelaki itu bertanya. Mungkin nak memastikan.
“Eh? Bukan handphone Kak Emma ke ni?” Sha di sebelahku yang terlebih dahulu bersuara.
Gaya macam handphone aku dah, tapi… Aku pandang semula muka lelaki di depanku. Kelam. “Macam mana…”
“Atas meja dalam Pizza tadi.” Katanya seakan mengerti kehairananku sambil mengangkat tangan menunding ibu jari ke belakang. Merujuk kepada restoran Pizza Hut yang baru saja aku dan teman-temanku tinggalkan.
Huh?! Terasa macam nak terjatuh rahang bawahku saat itu. Terus aku sambut hulurannya. Sah dah handphone aku ni! Macam mana boleh tertinggal ni…?
Dia ketawa kecil. Mungkin lucu dengan reaksiku.
Thanks...” Ucapku padanya dengan sengih segan. Entah kenapa perasaanku terasa lega sangat-sangat ketika ini. Walaupun rasa bimbang akan kehilangan handphone tu belum sempat menjengah dalam perasaanku, namun tetap rasa lega bila handphone tu ‘pulang’ semula pada aku sebelum sempat aku menyedarinya. Buruk-buruk pun, seposen-dua tak cukup nak beli ni.
No problem.” Dia hanya tersenyum senang. “Tertinggal ek?"
Sengih ku pudar. Tu tanya ke perli tu? Namun aku mengangguk juga dengan senyum nipis. Malu sebenarnya sebab tahu aku yang cuai. Betullah… cuai terlampau aku ni sampai boleh tertinggal barang penting macam ni. Dahlah bukan beli dengan harga seposen dua. Hilang talipon ni, mahu menangis tak sudah aku…
Lelaki itu ketawa kecil lagi. Seakan ada yang mencuit hatinya tentangku di matanya. Entah apa yang lucu pun aku tak tahu. Tapi itu tak menjadi ‘hal’ bila perasaanku entah kenapa terasa macam hampir terpaku melihat senyumannya ketika itu. Hampir sepet matanya bila dia tersenyum. Kalah senyuman hero pujaanku si Robert Pattison. Gila handsome dia ni!
"Kebetulan ternampak masa nak keluar tadi. And nasib baiklah sempat jumpa kat sini." Kata lelaki itu sekaligus melenyapkan lamunanku yang tak sempat nak bermula.
Aku sengih dengan ketawa segan. "Tulah... Thanks ek?" Sekali lagi berterima kasih padanya. Memang rasa syukur sangat-sangat sebab dia sudi tolong pulangkan handphone aku. Nasib dia baik, tolong pulangkan. Kalau tak, kalau terjumpa dek orang yang jenis ‘tangan panjang’, ‘wasalam’lah jawabnya handphone aku.
"No problem." Lelaki itu sekali lagi tersenyum manis, handsome dan tampan!
Dan senyumanku perlahan-lahan menipis. Mataku resah berlari ke lain. Sungguhlah… aku tak boleh tengok dia senyum. Kenapa? Kenapa? Kenapa ada perasaan macam ni ek?
"So... Okaylah, I got to go." Dia meminta diri.
Aku mengangguk. Rasa macam… lega, tapi sedih juga mendengarnya. Pekehal?
"Bye." Ucapnya sebelum berpaling.
Aku mengangguk lagi. Bye.
Dan lelaki itu terus berpaling melangkah pergi. Menyertai semula teman-temannya yang masih menunggu di depan Pizza Hut.
Aku, Kak Una dan Sha juga selepas itu terus kembali menyambung semula langkah kami. Sambil mengatur langkah menuju ke Guardian, aku dan kejadian yang baru sebentar itu menjadi topik perbincangan antara kami bertiga. Kak Una membebelku di atas kecuaian tadi. Namun lain pula dengan Sha.
"Tapi handsomelah pakwe tu, Kak Emma. Rugi. Kenapa tak mintak number phone? Kalau Kak Emma tak nak pun, bagilah kat Sha." Gadis itu tersengih dengan muka mengada.
"Kan? Alaa... Lupalah." Aku buat-buat muka konon kesal terlupa. Saja join Sha masuk mood 'menggatal'. Dan saja juga sebenarnya nak ‘cut’ bebelan Kak Una.
"Eh! Eh! Najmi kau tu nak letak mana?" Kak Una mencelah. Memerli Sha, mengingatkan.
Sha berpaling ke belakang. Melihat lelaki itu, mungkin. Kemudian dia kembali memandangku semula. "Kak Emma, dan lagi ni. Panggillah dia balik. Mintak number phone." Sarannya padaku. Nampaknya kata-kata Kak Una langsung tak dilayannya.
"Huish!" Laju aku membantah. Agak terkejut dengan kata-kata Sha. Ada ke patut disuruhnya aku panggil semula mamat tu semata-mata untuk nak minta nombor telefon? Mengarut! Dia nilah... Aku melawak je pun.
"Dan lagi dia ni." Kak Una hanya menggeleng dengan kata-kata Sha.
"Entah." Aku menyokong Kak Una.
Sha tersengih. "Gurau jelah."
Aku dan Kak Una ketawa. Pandai pulak dia cover ye?
Dan dia sendiri ketawa dengan kata-katanya.
"Tapi apa salahnya pun, kan? Kak Emma kan tak ada boyfriend lagi." Sha bersuara lagi selepas reda ketawa. Rupa-rupanya dia masih belum habis lagi dengan lelaki tu. Haih, budak nilah...
"Dia dah kahwinlah." Aku menutur selamba.
"Mana tahu?" Sha memandangku. Seakan terkejut mendengar kenyataanku.
Kak Una juga turut memandangku. Mungkin pelik macam mana aku boleh berkata begitu. Dan mungkin dia tertanya-tanya apa yang aku tahu tentang lelaki itu?
"Tengok gaya pun dah tahu." Aku buat-buat pandai. Tipu. Aku tipu. Padahal yang sebenarnya aku tak tahu apa-apa pun. Tapi sebab aku tak suka bila soal 'boyfriend' disebut, aku membuat spekulasi sendiri. Kesian mamat tu, kan? Entah ye entah tidak dia dah kahwin. Kalau tak, naya je dia kena tuduh dengan aku. Ah, lantaklah. Bukan dia tahu pun. Apa yang penting, hal ni tak berpanjangan. Aku tak suka bila hal 'boyfriend' diperbicangkan dengan diriku. Betul-betul tak suka!
Ala... ruginya." Sha buat muka kecewa untuk aku. Cait! Melebih pulak dia ni.
"Ye, ye, o, je." Kak Una mencebik. Tak percaya dengan kata-kataku.
Aku menjungkit bahu. Terserah...
Dan aku terus membelek-belek Samsung di tanganku. Sungguh aku benar-benar rasa lega yang tak terkira waktu itu. Nasib baik dia tolong pulangkan handphone aku, kalau tak... Heee... tak tahulah. Bagiku, kehilangan telefon bimbit adalah suatu perkara yang paling menyeramkan! Dan aku tak sanggup. Terlalu banyak perkara penting aku simpan dalam telefon bimbit ni. Dahlah handphone aku ni tak aku letakkan pin kekunci. Kalau orang nak buat khianat, senang-senang je!



KERUTAN DI KENINGKU seakan hampir bertangkup apabila aku selesai membuka dan membaca satu mesej yang baruku terima malam itu. Mesej pendek dan ringkas itu buat aku jadi hairan dan pelik sendiri.
'Hai! Dah tido ke?'
Duh… Siapa ni ek? Aku tertanya-tanya sendiri tentang mesej yang muncul dengan nombor tak bernama yang tak aku kenali itu. Agak lama juga aku memikirkannya. Hingga tanpa sedar jemariku dengan sendirinya naik ke dahi mengurut pelipis. Nampak sangat aku dah mula pening. Tak balas, bimbang kalau-kalau ini orang yang aku kenal. Dibalas, bimbang juga kalau-kalau hanya orang yang tersilap nombor atau ada yang sekadar nak mengganggu.
Ahh… Malas nak memeningkan kepala sendiri, akhirnya ku ikutkan saja rasa ingin tahu.
'Siapa ni ye?' Balasku bertanya.
Dan belum pun sempat aku nak meletakkan semula Samsung itu ke tepi, isyarat mesej masuk lagi ke inbox.
Uih! Aku agak terkejut melihat pop-up notification di skrin. Cepatnya dia balas!
Terus laju jemariku berlari di atas skrin sesentuh membuka dan membaca mesej yang baru diterima itu.
'Arif.'
Hanya itu yang tertera di skrin telefon bimbitku.
Arif? Keningku terangkat sebelah merenung perkataan sepatah yang tertera di skrin kala ini. Arif ni siapa? Setahu aku, rasanya… aku tak ada kenalan bernama Arif.
Eh, ye ke?
Dan aku cuba memikirkannya sejenak.
Arif... Arif...
Ish, memang tak pernah lagilah kenal sesiapa yang dengan nama macam ni. Ke... jangan-jangan orang ni tersalah nombor tak?
Ngee... Ni yang tak best ni!
Tapi baiklah jangan layan, kan? Dibuatnya dia menggatal ke apa nanti kalau tahu tersalah nombor dan dengan siapa dia tersalah nombor? Olala... Aku memutarkan mata ke atas. Confirm buat serabut hidup aku je nanti, kan?
Tahu takpe!
Terus aku letakkan semula dan biarkan saja telefon bimbitku itu di tepi meja. Aku beralih semula memandang skrin laptopku. Menyambung semula kerja-kerjaku yang tergendala.
Namun selepas lebih kurang sepuluh minit berlalu, aku sedikit tersentak apabila tiba-tiba isyarat mesej telefon bimbitku berbunyi lagi. Laju kepalaku berpaling ke arah telefon di tepi. 'Arif' tadi ke tu?
Tanpa sedar tanganku dah mencapai telefon bimbit itu. Pop up mesej yang masih belum hilang di skrin memaklumkan padaku bahawa sangkaanku memang tepat bila nombor yang tak dikenali tadi itu muncul lagi di situ. Memang 'Arif' tadi. Dan mesej yang baru diterima itu kubuka dan baca.
'Senyap je, kenapa?'
Aku tepuk dahi. Aiyo! Dia ni reti tunggu orang balas mesej aje ke? Tak reti ke nak check sikit mesej tu hantar ke nombor betul ke salah? Adehhh... Ni aku malas ni. Layan nombor tak kenal ni karang jadi hal lain pulak karang buat susah hidup aku je. Ngee... Masalah! Masalah!
Dalam-dalam pada duk merungut sendiri, jemariku berlari juga di atas skrin sesentuh Samsung di tangan membalas mesej lelaki itu.
'Sorry, bro. U salah nombor la.'
Aku tersengih sendiri selepas selesai mengirimkan mesej balasan itu. Muahaha... Tak sikit bunyi macam balasan mesej dari lelaki ke gitu? Kekeke... Lepas ni mesti Arif tu dah tak berani nak mesej-mesej dah. Takkan dia nak 'mengayat' jantan pulak, kan?
Aku meletakkan semula telefon bimbit itu ke tepi meja dengan senyum senang hati dan menyambung semula kerja. Aman hidup.
Namun baru saja jemariku nak berlari mengetuk keyboard, aku sekali lagi sedikit tersentak apabila isyarat mesej telefon bimbitku berbunyi lagi. Amboi! Lajunya dia balas mesej? Ingatkan tak mahu layan dah.
Aku capai Samsung itu lagi.
'Emma?'
Dan aku hampir saja tersungkur tersembam ke belakang kalau tak kerana mujur kerusi berkaki empat yang aku duduk dan jungkitkan ke belakang menjadi berkaki dua ini segera ku jatuhkan semula ke depan. Aku terkejut. Betul-betul rasa terkejut. 'Arif' itu memanggilku Emma? Uih! Dia ni kenal aku ke?


..…BERSAMBUNG…..


P/s 1: Jangan lupa tinggalkan komen ye? ^_~

P/s 2:
Eherm! Err... Hehehe... Jom la join 'like' page kita kat sini. 'Violet Sofia Official'. Terima kasih. Thank you. Komawo! Jazzakallahu khairan kasira...! (moga Allah s.w.t. ganjarankan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya!) ^_^


Comments

  1. Replies
    1. awh, bangganya dengar hanna cakap suka. okey2 nanti sambung.

      Delete
  2. Best sambung la lagi...jangan lame2 taw sambung next entry..:)

    ReplyDelete
  3. Hmm is anyone else encountering problems with
    the images on this blog loading? I'm trying to figure out if its a problem on my end or if it's the blog.

    Any suggestions would be greatly appreciated.

    Feel free to surf to my web blog: best baby cribs 2014

    ReplyDelete
  4. It's difficult to find knowledgeable people about this subject, but you seem like you know
    what you're talking about! Thanks

    Here is my blog post; aimbot cs

    ReplyDelete
  5. Hey there! I know this is kind of off topic but I was wondering if you knew where I
    could get a captcha plugin for my comment form? I'm using the same blog platform as yours and I'm having problems finding one?
    Thanks a lot!

    Review my blog ... android 4.4.2 review

    ReplyDelete
  6. Hey bro,

    I just want to introduce you with this great serp tracking program.
    I know every webmaster need one. Of course to easily track our rankings in any search engin.


    Well I really like this one cause not only it is
    cheap but so reliable and accurate tracking.

    YOu might want to take a look at it. here's the link: http://bit.ly/1kcoMGw

    My blog: cheap serp tracking program

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.