14 November 2013

Kalau Memang Jodoh | Part 1


P/s 1:
Assalamu'alaikum... Hai! Hari ni kita nak berkongsi lagi sedikit karya penulisan kita. Awak, awak, and awak semua nak baca tak? Yang tanak tu, takpelah. Skip je pergi blog lain. Yang nak baca tu, stay here untuk baca part ke part cerpen yang seumur hidup nilah pertama kali kita tulis cerpen yang bukan cerpen masa zaman-zaman sekolah tulis dalam buku latihan dulu tu. Heh. Kita macam tak percaya je kita boleh tulis cerpen wei. Seriously, ni kali pertama. Dan sungguh, memang rasa macam tak reti je. Sebab... y'know, saya kalau bila menulis mesti meleret-leret, kan? Untuk novel, takpe la. Tapi kalau untuk cerpen, tak sesuai kan? So... sorry awal-awal la pasal perkara meleret-leret tu. Entah, dah cuba, tapi tak reti la nak ringkaskan. Banyak lagi kena belajar ni... Nanti la adjust balik. Pape pun, still,  ini adalah percubaan pertama k? Don't blame me teruk sangat la kalo boleh ek...? Hahak! Dan lagi... sorry dulu tau. Kita bagi part by part je dulu kat sini sebab... sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi cerpen ni. Hehehe. Tapi takpelah. Ce cuba try baca sikit part awal cerpen kat bawah ni and lepas tu bagi komen k? Jangan risau, komen jelah jujur. Nak kutuk pun takpe. Yang penting komen tu jujur dan boleh bantu saya betulkan silap saya dan improvekan apa yang patut. Baca dulu part 1 ni, nanti lepas dah habis baca nanti saya publish part-part yang seterusnya. Dan... jangan lupa tinggalkan komen tau! ^_~

Oh. Ni kali pertama guna bahasa 'aku' dalam penulisan. Harap sangat la tak buruk bunyinya. Bismillahirrahmanirrahim...





"SAMPAI BILA NAK MACAM NI?"

Aku mengeluh seketika. Kemudian jari telunjuk ku bawa berlari di atas syntap mousepad memangkah keluar paparan windows pada skrin Lenovo di depanku. Dan selepas itu aku terus menutup notebook itu tanpa shutdown. Aku pusingkan tubuh dari meja kerja menghadap Aja yang sedang duduk di tepi katilku. Kami bertentangan. "Yang risau sangat pasal orang ni, kenapa? Awak tu sendiri, bila nak kahwin?" Aku membidasnya semula dengan senyum dan kening terangkat sebelah. Mencabar.

"Kita lainlah... kita memang dah ada pakwe. Memang dah pelan siap dah... awak tu, sampai bila nak membujang? Mak Ngah tu dah lama teringin nak menimang cucu tau."

Terlepas juga tawaku mendengar kata-kata sepupuku itu. Cucu? Dari aku? Apa ke lawaknya tu? Boleh percaya ke aku ni nak jadi ibu?

"Loh? Gelak pulak dia. Orang cakap betul-betul ni." Aja dah mula geram denganku.

"Alaa... Yang lain kan ada. Abang Long kan dah ada girlfriend, Achik pun dah ada boyfriend, tunggu jelah dia orang kahwin."

"Habis tu, awak?"

"Kita?" Jari telunjuk ku luruskan ke mukaku sendiri.

Aja mengangguk.

"Kita...” Aku buat-buat berfikir sejenak. “… kita duduk sinilah. Jaga mak dengan abah." Aku sengih nakal.

"Emma..." Aja mula geram.

"Aja... Just stop it. Tak sukalah cakap pasal kahwin-kahwin ni. Dah tak sampai jodoh lagi, nak buat macam mana. Takkan nak main rembat je mana-mana anak jantan orang untuk dibuat laki. Buatnya kena mat penagih ke, playboy ke, kaki pukul ke, awak nak tengok kita hidup menderita?"

"Janganlah cari yang macam tu. Carilah yang elok-elok..."

"Tulah, masalahnya tak jumpa lagi lelaki yang boleh dibuat laki."

"Tapi janganlah memilih sangat. Kat dunia ni takde yang sempurna k?"

"Tahu."

"Dah tu, yang payah sangat tu kenapa?"

"Entah." Aku menjungkit bahu.

"Ke..." Aja berjeda seketika. "Awak trauma?" Dia merenungku tepat, menduga.

Aku diam sejenak. Cuba meletakkan kata-kata Aja itu pada diriku, betul ke aku trauma? Tapi kalau aku jatuh cinta lagi dan dikecewakan lagi sama seperti sebelum ni... oh, tak sanggup dah aku. Memang aku pernah menderita kerana dikecewakan cinta. Dan rasanya memang sakit! Aku serik dah.

"Mungkin." Kataku sepatah sambil menjungkit bahu. Kata-kata Aja itu agak aku akui kebenarannya.

"Atau..." Aja berjeda lagi. Dia merenung aku dengan makna yang sukar untuk aku tafsirkan. "...dah rasa tak suka lelaki dah?"

"Huish!" Aku membentak, tersentak.

Aja pecah ketawa.

“Ada ke patut cakap orang macam tu? Apa, ingat kita ni lesbian ke apa?” Marahku. Tapi tidak dalam nada yang serius.

Aja masih ketawa.

“Astaghfirullahal'adzim... mintak simpanglah, Ja.” Kataku lagi bersama istighfar panjang di dalam hati. Memang sungguh pun tak pernah terlintas di fikiran nak buat perkara-perkara sebegitu. Dan mohon sangatlah pada ALLAH jangan pernah terlintas pun untuk kemungkaran itu.

“Dah tu… suruh kahwin tak nak. Ada orang mengorat pun, asyik jual mahal. Tak minatlah, apalah… Ada minat ke ‘lain’lah tu.” ‘Lain’ yang disebut Aja itu jauh dalam maknanya. Dan sengih mengusik Aja itu masih tak reda hilang lagi.

“Jangan nak mengarutlah, Ja.” Aku cepat menegah kata-katanya. Serius. Memang aku tak suka dengan usikkan Aja itu.

“Okey… Okey… Tak mahu mengarut dah.” Aja angkat kedua tangan tanda mengalah bila aku mula buat muka masam nak merajuk. “Tapi… cuba cerita kat kita, apa masalah awak sebenarnya? Mak Ngah kata awak tak nak kahwin.” Aja dah mula gaya macam nak bertukar jadi pakar motivasi dah.

Aku mencebik. “Mengadulah tu.” Merujuk kepada emakku.

“Tak adalah… Dia cuma risaukan awak tau.” Aja membela. Tapi memang betul pun kata-katanya. Aku tahu mak risau dengan aku.

"Entahlah, Ja... saya takut agaknya. Serik dah." Ujarku seakan agak mengeluh.

"Tapi sampai bila, awak? Takkan tak nak kahwin? Tak baik tau, nanti nabi tak ngaku umat."

"Bukanlah tak nak kahwin... Siapa tak nak ada keluarga sendiri, kan? Tapi..." Aku berjeda. Cuba mencari kata-kata terbaik untuk menerangkan perasaan sebenarku, namun... "...entah." Aku mengeluh sendiri lagi akhirnya. "Susahlah. Tak tahu nak kata kenapa. Nak kata mengelak sangat pun, tak jugak. " Aku diam sejenak. Cuba memikir lagi. "Entah. Tak tahulah, Ja…" Memangnya aku sendiri pun tak faham dengan diriku.

"Saya tahu kenapa."

Kata-kata penuh keyakinan Aja itu membuatkan aku pantas mengangkat muka dan memandangnya. "Kenapa?"

"Awak takut terluka, kan?"

Laa... ingatkan nak kata apa tadi. "Siapa tak takut. Awak pun, kan?"

"Tapi jangan serik untuk jatuh, Ma. Hidup ni mana pernah lepas dari ujian."

"Tahu. Tapi masalahnya jatuh tu sakit, Ja.”

"Tapi kalau asyik takut je, tak ke manalah."

Aku mengeluh lagi. Tubuhku pusing semula ke meja kerja. Pen yang di tepi meja ku capai dan putar-putar di tangan. "Biar je macam ni, tak boleh ke?"

"Nanti menyesal, Ma. Usia kita makin tua. Bukan makin muda. Perempuan makin tua, makin tak laku. Bukan macam lelaki."

"Awak buat kita takut je." Gumamku rendah.

"Dah tu..."

"Dahlah. Malas fikir pasal nilah." Aku letakkan semula pen ke meja.

"Kena fikir jugak, Ma."


 

…BERSAMBUNG…..




P/s 2: Part 2 akan menyusul...

7 comments:

  1. la......................mna lagi.. hukhukhukhuk ='(

    ReplyDelete
  2. Good web site you've got here.. It's difficult to find excellent writing like yours nowadays.
    I seriously appreciate people like you! Take care!!

    Also visit my weblog: Best convertible car seat 2014

    ReplyDelete
  3. I believe everything typed made a bunch of sense.
    However, what about this? suppose you added a little
    content? I ain't saying your content is not good, but suppose you added a title that grabbed folk's attention?
    I mean "Kalau Memang Jodoh | Part 1" is a little boring. You could look at Yahoo's home page and watch how they create post titles to grab people to click.
    You might add a video or a related picture or two
    to grab people excited about what you've got to say. Just my opinion, it could bring your
    website a little bit more interesting.

    Here is my page ... celana jeans

    ReplyDelete
  4. Undeniably believe that which you stated. Your favorite reason seemed to be
    on the net the simplest thing to be aware of. I say to you, I definitely get annoyed while people think about worries
    that they just do not know about. You managed to hit the nail upon the top as well as defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal.
    Will likely be back to get more. Thanks

    Here is my web blog :: minecraft premium account free

    ReplyDelete
  5. Excellent blog here! Also your site loads up fast!

    What host are you using? Can I get your affiliate link to your host?
    I wish my site loaded up as quickly as yours
    lol

    Have a look at my website - membuat web

    ReplyDelete
  6. Nice blog! Is your theme custom made or did you download
    it from somewhere? A design like yours with a few simple tweeks would really make my blog jump out.
    Please let me know where you got your theme. Appreciate
    it

    Review my web blog; Best Vape Pen

    ReplyDelete
  7. I am regular reader, how are you everybody? This piece of writing posted at this website is actually nice.


    My homepage - graphic design online degree

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::: Nota Penting! :::

Segala perkongsian saya di dalam blog ini adalah hasil penulisan saya sendiri. Copy-paste atau tiru-meniru adalah DILARANG sama sekali. Jika perkara tersebut berlaku, saya sebagai empunya blog tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.