Skip to main content

Scandal | Teaser II

This is autopost.

RAFF MENYENTUH rambut Sufi dan mengirai lembut jemarinya di celah-celah rambut lurus gadis itu. Leka dia menatap rambut Sufi yang lembut dan dingin di jemarinya. Dia hanya menampal senyum senang biarpun sedar gadis itu agak seperti takut-takut dengan apa yang dilakukannya ketika ini. Heh, Sufi. Raff senyum sumbing dalam hati. Sejak bila pernah tak takut dengan aku pun? Macamlah aku ni jahat sangat.

Tapi kalau tak jahat, apa yang kau buat pada dia dulu tu nak dikelaskan sebagai apa Raff oi? Tanpa sedar dia menempelak diri sendiri. Tapi sungguh. Kadang bila diingat balik kejahatan diri terhadap Sufi masa tu, memang rasa macam nak undur balik masa. Menyesal. Dan sebab tu bila Sufi membenci, sepedih apa pun perasaan dalam hati, ditahan juga. Sebab memang salah diri sendiri.

Sufi memang dah rasa tak selesa sejak dari mula-mula Raff duduk di sebelahnya tadi lagi. Namun sebab malas nak bermain tekanan emosi andai jika dia bertindak menjauhkan diri dan Raff mula mencari pasal membidas kata-kata menyakitkan hati, dia beralah aje duduk di situ. Lagipun tadi tak terasa langsung yang lelaki tu nak buat yang bukan-bukan. Alek-alek, mana tahu tetiba datang mood romantik nak bermanja-manja ni pulak. Ye ke nak bermanja? Ke… Ah! Jangan nak cari pasal!

“Lembut rambut Sufi.” Puji Raff seakan berbisik. Dia masih tersenyum senang. Dan memangnya dia rasa sangat senang berkeadaan seperti ini. Keadaan di mana dia dapat menyentuh gadis di hadapannya tanpa sebarang penolakkan. Dan dia berjanji pada diri sendiri, untuk situasi sebaik ini, dia takkan sesekali berbuat apa-apa yang boleh merosakkan.

Sufi hanya mengukir senyum nipis mendengar pujian itu.

“Tapi kenapa potong rambut? Dulu rambut Sufi panjang, kan?” Raff bertanya lembut.

Sufi mengangguk.

“Kenapa potong?”

“Panas.”

“Oh…” Raff mengangguk. “Tapi lepas ni kalau abang nak mintak Sufi jangan potong lagi dah boleh tak? Abang suka tengok Sufi rambut panjang. Nampak comel je.”

Terlepas juga tawa kecil Sufi tanpa dapat ditahan. Comel pulak dah…

“Dan kalau Sufi senyum macam ni selalu kan bagus. Lagi comel.”

Senyuman di bibir mati serta-merta.

Raff masih tersenyum memandang.

Sufi melarikan pandangan ke lain. Entah, rasa… macam… seganlah. Dia berdeham kecil. “Haus la.” Dia membuka sila dan menurunkan kakinya dari sofa. Nak bangun, nak ke dapur. Namun baru je mengangkat punggung nak melangkah, dia terhenti apabila tiba-tiba pergelangan tangannya dicapai. Dia berpaling. Pandangannya bertanya bila dilihatnya lelaki itu hanya sekadar merenung saja ke wajahnya. Naik meremang bulu roma dibuatnya.

Raff tersenyum ketawa sambil mengeleng. Tak ada apa. Tangan Sufi dilepaskan. “Buatkan Nescafe.”

“Oh. Okey.” Sufi hanya mengangguk dan terus melangkah ke dapur. Keningnya berkerut sendiri. Apa kena dengan dia tu?

Raff tersenyum sendiri di ruang tamu melihat Sufi melangkah pergi dan menghilang di balik dinding menghala ke dapur. Dengan keadaan diri sekarang dah jadi laki dia, dan dia dah sah jadi bini aku, malu tak kalau nak kata lagi ‘I’m in love’?

Haih, Sufi… Sufi… Raff mengeleng sendiri. Bila la Sufi nak jadi macam dulu balik?


…..BERSAMBUNG…..


Comments

  1. Sweet je.. hopefully bab 1 n next bertambah sweet n interesting... huhu. Keep it up, sofia.

    Btw, nice blog. Sye dah follow blog sofia.. best.

    Nanti jenguk2 lah blog sye pula. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.