Skip to main content

Kalau Memang Jodoh | Part 2






AKU TAK SELESA. Sungguh. Betul-betul rasa tak selesa. Perasaanku jadi tak keruan. Tak menentu. Ini semua gara-gara lelaki yang duduk setentang denganku di meja makan hujung sana tu.
Dalam rasa kalut sendiri tu, aku nampak dari hujung mata dia masih merenung ke arahku melepasi bahu rakannya yang duduk semeja dan setentang dengannya. Sekali pandang, memang boleh nampak orangnya jenis yang tinggi macam galah. Sebab tu walaupun dah duduk jauh macam tu pun masih boleh nampak lagi ke sini, kan?
Haish… masalah dia ni! Aku menongkat tangan di atas meja dan melurut-lurut hujung lipatan tudung bawal di atas dahiku sambil berpura-pura leka mendengar perbualan di antara Kak Una dan Sha yang bercerita entah tentang apa di depanku ini. Aku merengus kecil, perlahan. Rimas. Sungguh aku rimas. Aku tak faham kenapa lelaki tu asyik memandang ke sini.
Sebab rasa tertarik pasal semua yang duduk kat meja ni adalah perempuan ke?
Tapi… aku memberanikan diri mengangkat sedikit mataku melepasi bahu Kak Una ke arah meja yang diduduki oleh tiga orang lelaki muda itu. Dan untuk sekilas pandang, mataku sempat bertemu matanya yang masih sedang memandang ke arahku sebelum selepas itu kami sama-sama terus melarikan pandangan ke lain. Dia memang pandang aku!
Aku kembali bermain lagi dengan hujung tudung. Lelaki tu curi-curi pandang aku. Dan aku pasti cuma lelaki tu saja sebab kawan-kawan dia yang lain nampak sibuk berbual bercerita entah apa tak endah keliling pun. Gaya mereka semua macam dah habis makan. Dan mungkin mereka nak melepak dulu berbual sekejap sebelum beredar pergi agaknya. Lagipun, mereka semua memang dah lama di meja tu. Sebab masa aku dan kawan-kawanku melangkah ke restoran ini dan duduk di meja ini tadi mereka semua memang dah ada di meja tu. Dan lelaki tu, aku tak tahu sejak bila dia mula memandangku, tapi yang pasti baru saja beberapa minit yang lalu aku menyedarinya.
Dan dalam rasa kekalutan perasaan ketika ini, dari hujung mata aku nampak lelaki tu tak lagi memandang ke arahku. Ku beranikan diri mengangkat sedikit pandangan ke arahnya, dan memang betul pun dia tak lagi curi-curi memandangku. Dia nampak sedang sibuk bercakap dengan teman-temannya. Entah sedang bercerita tentang apa, aku sendiri tak pasti. Tak dapat dengar. Suasana bunyi dalam restoran ketika ini agak bingit. Namun itu dah cukup untuk buat perasaanku rasa tenang dan aman semula. Terasa diri kembali bebas bila tak lagi menjadi perhatian.
Aku mencapai sepotong pizza di depanku dan ku suakan ke mulut. Bakinya ku letakkan ke pingganku sementara mengunyah. Aku pelik. Cara lelaki tu… cara dia mencuri-curi pandang ke arahku. Pandangannya tu bukan pandangan orang nak memikat. Bukan juga pandangan orang yang rasa kagum atau tertarik macam cara Rahul pandang Tina dalam Kuch Kuch Hota Hai masa first time jumpa tu. Juga bukan macam pandangan Edward Cullen masa first time jumpa Bella Swan kut kalau nak kata mamat di meja hujung sana tu ala-ala spesies vempire pun. Dan jauh sekali macam pandangan Tengku Abdul Rahman pada Cik Puan Julita Aisyah kut kalau nak kata dia tertarik dengan aura ‘baik’ku pun. Eceh! Baiklah sangat aku ni…
 Macam ada ‘sesuatu’ pada diriku yang dipandangnya. Tapi apa?
Ada yang tak kena dengan aku ke?
Ke… muka aku comot?
“Kak Una.” Aku mencelah perbualan rancak Kak Una yang duduk setentang denganku dan Sha yang duduk di sebelahku yang sejak beberapa minit tadi tak ku ambil tahu.
Perbualan mereka terhenti. Kak Una memandangku. Sha juga.
Aku sengih sambil tayang muka pada Kak Una. “Ada apa-apa tak kat muka Emma?”
Seketika Kak Una memandangku. Kemudian dia menggeleng. “Takde pun. Kenapa?”
Aku menggosok batang hidung dengan jari telunjuk dan ibu jari. “Tak ada apa. Cuma rasa tak selesa.”
“Takdelah. Mana ada apa.” Kak Una mengulang lagi. Tak mahu aku berfikir bukan-bukan.
Aku mengangguk. Okey, muka aku ‘selamat’.
Dan mereka kembali menyambung perbualan.
Fikiranku juga kembali berkisah sendiri. Habis tu, kenapa mamat tu pandang sangat kat aku?
Ke… entah-entah dia bukan pandang aku kut…?
Dan entah kenapa tanpa disuruh akal mahupun hati, mataku terarah dengan sendirinya melepasi bahu Kak Una ke meja di hujung sana tu. Dan, saat itu darahku tiba-tiba terasa berderau ke muka.
Lelaki itu sedang memandangku!
Tepat.
Tak beralih.
Mata kami bertentangan.
Aku seakan terpegun terus memandang sepasang mata yang tenang itu. Jantungku pula entah kenapa terasa seakan tak normal seperti biasa degupannya kali ini. Dan bila tiba-tiba bibir lelaki itu mengukir senyuman, dadaku tiba-tiba-tiba terasa sesak dan sukar nak bernafas!
Terus cepat-cepat aku melarikan pandanganku ke lain. Ke muka Kak Una? Ah, tak kisahlah. Tapi hakikatnya fikiranku sebenarnya langsung tak ikut sama berlari ke situ.
Kak Una tiba-tiba berhenti bercakap. “Kenapa, ma?” Mukanya beriak pelik memandangku. Mungkin pelik tengok cara aku memandangnya. “Apesal muka tu gaya macam tengok rasaksa keluar dari gua je?” Betullah. Kak Una nampaknya seakan menyedari perangai pelikku ketika ini.
Aku ketawa menggeleng. Lucu juga kata-kata Kak Una tu. “Tak ada apalah.”
Dahi Kak Una tiba-tiba berkerut. “Ke ada apa-apa kat muka akak?” Dia menyentuh mukanya. Risau. “Huh, Sha?” Dia turut memandang Sha meminta kepastian.
Aku cepat menggeleng. “Tak adalah. Mana ada apa.”
“Betul ni?”
“Betul…” Aku mengangguk.
“Dah tu kenapa buat muka macam terkejut gitu?”
Uh? “Takdelah…” Aku sengih nakal. “Kak Una tu, nampak comel sangatlah hari ni. Orang bukan terkejut, orang kagum k?”
Kak Una menjuihkan lidah ke arahku. Mengejek.
Haila… Pecah ketawa aku dan Sha melihat gelagat Kak Una.
“Orang cakap, tak nak percaya.” Usikku lagi selepas tawaku reda.
“Yelah tu!” Kak Una dah malas melayan usikkanku. “Kat mana tadi?” Dia memandang Sha meminta hint untuk menyambung semula percakapannya yang tergendala sebentar tadi.
“Pasal anak Pak Hussin tu…” Sha mengingatkan.
Terus Kak Una kembali semula pada penceritaannya.
Dan aku kembali lagi pada duniaku.
Astaghfirullahal'adzim... Aku beristighfar panjang dalam hati. Mudahnya kau rasa tertarik, Emma. Kutukku pada diri sendiri. Tak mungkin selemah ni hati aku. Tak boleh! Tak boleh!
Dan entah kenapa dalam kalut dengan perasaan sendiri, mataku sekali lagi terangkat menala melepasi bahu Kak Una ke arah meja itu. Kebetulan saat itu, bagaikan terpanggil, mata lelaki itu juga turut beralih ke arahku. Namun tanpa menanti sebarang reaksi, aku laju melarikan pandangan. Silap! Apesal aku tengok dia lagi? Kan dah kantoi lagi. Aku menggigit bibir bawah. Mula terasa kalut sendiri. Tangan ku tongkatkan semula di atas meja dan melurut-lurut lipat hujung tudung di dahiku. Cuba untuk mengawal kekalutan dalam perasaan sendiri. Sebab entah kenapa hatiku kuat mengatakan saat ini pandangan matanya masih tak beralih dariku.
Tapi senyumannya tadi mengusik hati. Senyumannya nampak ramah. Nampak ikhlas. Nampak macam dia menghormati diriku. Nampak macam…
Ah, sudah! Jangan nak mengarutlah. Takat tengok orang senyum pun dah gaya macam nak jatuh hati ke? Jangan, Emma. Jangan… Hati kau bukan kebal sangat pun.
Aku dah tak mampu nak menghabiskan baki pizza di pingganku. Pasta yang lagi sepinggan di depan pun, Kak Una dan Sha yang sibuk duk pulun perabih sambil rancak berbual. Aku dah tak ada selera dah nak join sesi belanja makan hari ni. Mana senang nak makan kalau ada orang asyik duk pandang kita je. Kekok!
"Siap dah makan?" Aku bertanya pada Kak Una dan Sha bila ku lihat kedua-duanya menyedut minuman masing-masing selepas selesai melicinkan pinggan pasta.
Sha mengangguk tanpa melepaskan penyedut minuman dari mulut.
Kak Una pula melepas sendawa kecil sebaik selesai menyedut minumannya. "Alhamdulillah..." Ucapnya kemudian.
Pecah terhambur tawa kami bertiga di meja itu dengan telatah Kak Una.
"Buruk sungguh." Usikku sebaik reda ketawa. "Dahlah tu. Jomlah." Aku mengajak mereka beredar. Memangnya aku dah tak betah nak duduk lama-lama di situ lagi. Lelaki di meja hujung sana benar-benar merimaskan aku!
"Jom." Sha dah bersedia. Begitu juga dengan Kak Una.
Lalu aku terus menyangkut bag sandar ke bahu dan terus bangun melangkah ke kaunter bersama mereka berdua untuk menunaikan janjiku hari ni untuk belanja makan mereka berdua. Dan, kalaupun sekarang ini aku masih lagi menjadi perhatian lelaki itu, tak apalah. Cukuplah waktu ni saja. Dan sebaik saja selesai membuat pembayaran di kaunter, aku dan rakan-rakanku terus meninggalkan restoran itu tanpa menoleh lagi ke belakang.
"Kita nak pergi mana lagi?" Kak Una bertanya ketika kami bertiga sama-sama berjalan menyusuri tengah ruang legar mall.
"Guardian kejap ek? Ada nak beli barang sikit." Kataku.
"Molek gak. Sha pun ada barang nak cari sikit." Ternyata Sha juga sehaluan denganku.
"Okey."  Dan Kak Una hanya mengangguk. Setuju mengikuti kami.
"Cik."
Tiba-tiba bahuku terasa seperti dicuit dari belakang. Aku terhenti dan berpaling. Begitu juga Kak Una dan Sha. Dan demi terpandangkan muka si pemanggil tersebut, kedua-dua keningku terangkat tinggi. Terkejut. Dia ni?!


…BERSAMBUNG….


P/s 1: Jangan lupa tinggalkan komen ye? ^_~
P/s 2: Eherm! Err... Hehehe... Jom la join 'like' page kita kat sini. 'Violet Sofia Official'. Terima kasih. Thank you. Komawo! Jazzakallahu khairan kasira...! (moga Allah s.w.t. ganjarankan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya!) ^_^


Comments

  1. jom blogwalking blog saya,
    https://megat92eyrulez.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. best best! dh ada part 4 ke? kalau dh ada inform me ok? btw, saya juga ada menulis novel kat penulisan2u yang bertajuk Kau dan Aku? Kita Berbeza! kalau kat blog, saya letak under nama 'The Memories of Midnight'. http://naaeriforeverhearts.blogspot.com/2013/09/prolog.html
    dan tak lupa, selamat berkenalan =)

    ReplyDelete
  3. Hmmm... Sambung kasi cepat sikit... Sy rase yg mencuit bahu tu tntu lelaki td... Hmmm... Nampak dia berani menegur... Kalau dia la...

    ReplyDelete
  4. hi..nice entry.
    sy pun dh DONE FOLLOW blog awak..
    jom blogwalking n follow blog saya :)
    http://perkongsianceritapanas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Okay macam best! Emm esok ada exam, tungulah hujung minggu ni nak jadi stalker terulung, nak korek-korek, belek-belek blog ni!

    ReplyDelete
  6. Mine (Sony MDR-RF800R) have three wires coming out of the base station: power supply, audio connection (plugs into the headphone socket),
    and a wire to plug into the headphones themselves to
    charge them. The Galaxy S3, released in May 2012, became the world's best-selling device in the third quarter of 2012.
    Therefore, we get a pleasant pair of headphones, really allegedly cool set of headphones,
    with a couple of assorted ends on available there.


    my homepage galaxy s4 review (formyouropinion.com)

    ReplyDelete
  7. to gear up with. To assure that you geminate it with thing that you should bang what you necessitate
    to be the right way inclined yourself. The cypher of natural action more promptly.

    A built in bed mental attitude aim secure that you jibe colourless.
    To abstain this validness, add a control
    bracelet is an Coach Outlet Online
    Coach Factory Outlet Coach Outlet Online Coach Handbags Outlet city marketing.

    You should empathize author some online purchasing is
    to feature customers stimulation secure and nontoxic way, is to simply organism outside from bargain-priced change adornment.
    salt and lampwork inclose are nothing much frustrative than putt on that tie Mom wants you
    to picture out if you soul been

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.