Skip to main content

Kalau Memang Jodoh | Part 4



RUPA-RUPANYA, kejadian hilang telefon bimbit masa kat Pizza Hut hari tu ada 'cerita' lain lagi disebaliknya. 

Dan gara-gara berbalas SMS dengan nombor tak dikenali pada suatu malam tu barulah aku tahu bahawa telefon bimbitku rupa-rupanya pernah 'diusik' orang. Lagi buat aku rasa tebal muka, ‘si pengusik’ tu siap godek aku punya biodata dalam contact data dalam handphone aku. Teruk sunggguh dia ni! Patutlah gaya confident habis je sebut nama aku malam tu, rupa-rupanya dia dah tahu detail pasal diri aku.  Sungguhlah… stalker melampau tak ingat dia ni!
Adehh… Apalah yang aku dah tulis dalam biodata tu ek? Ada tulis benda pelik-pelik tak?
Tanpa dapat ditahan, pipiku terasa hangat dan merona dengan sendirinya. Ngeee… harapnya tak ada perkara yang memalukanlah.
Arif. Bibirku tanpa sedar mengukir senyum sendiri mengigati sebaris nama yang ringkas itu. Rupa-rupanya Arif tu adalah lelaki yang tolong pulangkan semula kepadaku telefon bimbitku masa hilang hari tu. Heh. Aku menggeleng sendiri tanpa sedar.  Arif, boleh tahan ‘lawak’ jugak dia tu. Tapi lawak tak lawak pun, sesekali bila ingat balik kata-kata dia malam tu buat kepala otak aku boleh tahan jadi haru jugak dibuatnya…
"Sorry, saya curi ambil nombor awak masa sebelum pulangkan phone tadi." Akui lelaki itu akhirnya. Malam tu, lepas buat suprise ala-ala konon sebut nama aku tu, dia call aku bila hampir sepuluh minit mesejnya tak ku balas.
Kenapa tak balas?
Entah. Bila ‘nombor tak dikenali’ dengan tiba-tiba menyebut nama aku, sungguh rasa seram dan khuatir menghantuiku. Aku risau sungguh kalau-kalau si owner nombor tak dikenali tu sebenarnya orang yang aku kenal atau mungkin ‘sangat’ kenal.
Siapa?
Err… Ex-boyfriend, mungkin? Manalah tahu kalau-kalau Si Nazree tu dah tukar nombor telefon, kan? Dan saja menyamar konon nama ‘Arif’ untuk testing tengok aku ni menggatal ke tak, kan?
Ada kemungkinan juga.
Bukanlah nak kata aku masih mengharapkan dia kembali, tidak. Cuma…
Entah.
Mungkin kerana benciku pada si playboy yang entah bila nak reti menghargai perasaan orang tu dah melimpah hingga untuk sesaat pun aku dah tak sanggup izin dia muncul lagi dalam hidup aku, agaknya. Haila, Emma… membenci tu tak bagus untuk kesihatan hati, okey?
What ever!
Namun sungguh lega yang tak terhingga bila malam tu mengetahui kebenarannya bahawa si ‘nombor tak dikenali’ tu rupa-rupanya orang lain. Betul la… ‘Arif’ tu memang Arif rupanya. Tapi Arif ni pun satulah… Ceh! Saja buat aku suspen, kan?
Mula-mulanya aku takut jugak nak pick up the phone, answer the call. Tapi bila dia berkali-kali call sampai dah 5 missed call masuk voice mail aku, bukan sebab rasa kesian, tapi sebab perasaan ingin tahu aku sendiri untuk tahu siapakah gerangan sebenar empunya nombor tak dikenali tu pun membuak-buak, maka akhirnya ku selambakan saja diriku menjawab panggilan telefonnya malam tu.
"Oh. Okey. Awak curi nombor saya." Tuturku semula, rendah perlahan. Lebih kepada menuturkan pada diri sendiri. Saat tu aku masih lagi bingung-kelam-tak faham macam mana nak mencerna penjelasannya tu. Curi nombor aku… why? Por que?
"Sorry... Marah ke?" Ada nada risau pada suara lelaki itu.
Marah?
Marah ke aku?
Entah. Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku rasa. Nak kata marah, tak rasa macam tu pun. Nak kata suka pun, entah. Tak rasa apa. Cuma rasa...
"Emma?"
Suara itu kedengaran lagi bila aku agak lama mendiam. Dan entah kenapa aku terasa semacam mendengarnya. Walaupun ada sedikit nada kebimbangan, tapi tone suaranya sangat menenangkan hingga entah dari mana tiba-tiba ada rasa dalam hati yang buat perasaanku terasa keadaan dah tak seperti biasa. Rasa lain... Seolah ada getar di hati bila suara itu menyebut namaku. Haish!
"Emma?"
"Huh?" Aku seakan tersedar tiba-tiba bila sekali lagi namaku dipanggil. Uih! Mengelamun pulak aku ni.
"Marah ke...?" Dia bertanya lagi.
Dan aku terdiam lagi. Soalannya tu buat aku tak tahu nak menjawab macam mana.
Dia juga diam. Mungkin menanti barang sepatah kata dariku?
"Kenapa?" Teragak-agak nadaku. Entah kenapa soalan itu yang aku tanyakan padanya. Aku bingung. Ada banyak persoalan yang muncul di benak fikiranku dengan tindakkan lelaki itu yang aku sendiri tak tahu nak tanyakan macam mana.
"Kenapa?" Dia bertanya semula. Tak faham soalan barangkali.
"Kenapa curi-curi ambil nombor saya?" Mungkin itu antara salah satunya soalan yang aku nak tahu jawapan darinya.
Arif diam seketika. "Sebab..." Dia berjeda. "... kalau mintak pun belum tentu awak bagi, kan?"
Ye ke?
Entah.
"Tak tahu." Kataku sambil menjungkit bahu sendiri. Cait! Macamlah Arif nampak pun aku buat gaya gini.
"Biasanya macam tulah..." Arif menggumam rendah.
Alaa… dah namanya pun perempuan, kan? Biar lemah, tapi jangan nampak murah.
"Tapi..." Aku diam tiga saat. "... kenapa?" Tetap juga soalan itu yang nak meluncur keluar dari bibirku. Belum rasa berpuas hati dengan jawapannya. Ada persoalanku yang jawapannya masih belum aku temui dalam kata-katanya.
Lelaki itu diam seketika. "Mungkin awak rasa pelik, tapi... saya ikhlas."
Uh? Aku jadi makin kelam mendengarnya. Ikhlas?
"Saya nak kawan dengan awak." Tuturnya terus-terang. Ada nada jujur pada rentak suaranya.
"Okay... nak kawan… Okey je…" Dan aku pula seakan masih bingung. Aku sendiri tak tahu apa yang aku tuturkan. Sekadar memberi respon pada kata-katanya.
"Emma."
"Uh?"
"Saya suka awak."
Erk?! "Errr…"
Klik!
Panggilan terus terputus tiba-tiba.


…..BERSAMBUNG…..


P/s 1: Jangan lupa tinggalkan komen ye? ^_~

P/s 2: Eherm! Err... Hehehe... Jom la join 'like' page kita kat sini. 'Violet Sofia Official'. Terima kasih. Thank you. Komawo! Jazzakallahu khairan kasira...! (moga Allah s.w.t. ganjarankan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya!) ^_^


Comments

  1. wohoo... ni excited nih... xnyesal reload blog sis lpa bca part 3 , tngk2 ad part 4 . bestt!

    ReplyDelete
  2. haha.. sweetnya.. nak ngurat lettew..

    ReplyDelete
  3. Alamak! Tergantung pulak cite...huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena la 'gantung' sikit... kalo tak, nanti sape nak baca part 4 kan...? hahak! nakal tak? ngeee... ^_~

      Delete
    2. Bila nak post yg seterusnya, dik? ;)

      Delete
  4. cerpen ni dh nk jd mcm novel dh... byk sgt part dy... tp best...sweet

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tau takpe. dan cadangnya lepas ni memang dah nak jadikan mini novel la cerita ni. tak jadi cerpen dah. betul la... sofia memang x reti tulis cerpen. huhu... juga cadangnye nak bukukan and try terbit sendiri, ade yg nak beli x? huhu... tp x sure lagi la... tengah usha dlu...

      Delete
  5. mana sambungannya..lama sgt tnggu :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.