Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

Better Pernah Dari Tak Pernah

Kehidupan selepas mati tu patutnya anggap macam 'berehat' sementara tunggu hari perhitungan. Sedangkan waktu hidup di dunia ni adalah peluang-peluang dan ruang-ruang untuk kumpulkan bekalan untuk tempuhi perjalanan yang panjang nanti, jadi kenapa kita mesti lebih suka berehat dan bersenang-senang di dunia? Kenapa bukan buat diri penat sikit di dunia untuk supaya selepas mati nanti dapat berehat? Hidup ni ada terlalu banyak peluang yang sebenarnya kita tak menang tangan nak grab semua pun. Macam kejar bubble di udara. Kalau kita bangun dan berkejar, mesti dapat pecahkan beberapa darinya. Tapi kalau diam dan tengok je, ia akan semakin menjauh dan akhirnya dipecahkan sendiri oleh angin je. Peluang tu sebenarnya tak pernah tak ada. Tapi kita ni je yang tak nak manfaatkan peluang yang ada. Baiklah. Kita pernah merasa terkilan tak dapat buat sesuatu masa dalam cerita-cerita terdahulu dalam hidup kita. Pernah kecewa ditinggalkan. Pernah sedih kehilangan. Dan hingg