Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Stupid Giler Orang Yang Mengumpat!

Kalau bercakap dengan sudahnya hanya mengutuk-mengata-mengumpat orang, baik jangan bukak mulutlah! Kalau tak faham, tanya! Kalau tak nak faham, duduk situ diam-diam dan jangan sibuk hal orang! Dan kalau nak faham, kena bukak hati tu sekali untuk terima kebenaran. Kalau tak nak bukak hati, jangan sibuk nak ambil tahu hal orang!

Kalau Memang Jodoh | Part 4

RUPA-RUPANYA, kejadian hilang telefon bimbit masa kat Pizza Hut hari tu ada 'cerita' lain lagi disebaliknya.  

Mahu Lagi Tak?

Assalamu'alaikum... Ehem! Ehem!

Kalau Memang Jodoh | Part 3

"CIK."

Pengumuman Penting!!!

Assalamu'alaikum. Pengumuman penting ni. Nak bagitau, lepas ni kita takkan aktif lagi dengan acc. facebook yang ni;

Kalau Memang Jodoh | Part 2

AKU TAK SELESA. Sungguh. Betul-betul rasa tak selesa. Perasaanku jadi tak keruan. Tak menentu. Ini semua gara-gara lelaki yang duduk setentang denganku di meja makan hujung sana tu.

Sila Rasa Segan Sikit Laa...

Guna barang orang, lepas tu bagi orang lain pulak pinjam barang orang yang kita pun 'tumpang' nama je tu, tak rasa segan malu ke? Dahlah gaya bagitau tu tak macam mintak izin pun. Gaya hebat buat keputusan sendiri je. Who are you la nak buat keputusan atas hak orang ha? Huh! Jangan kopiah je atas kepala 24 jam tapi dalam hati takde timbang rasa. Orang dah baik kat kita, janganlah pulak kita pijak kepala orang. Sila rasa segan dan bertimbang rasa sikit la... Haish! Manusia. Kalau dikata tak sedar diuntung karang rasa marah, kecik hati, tersinggung, merajuk kemain. Tapi kalau bila orang tak kata, tak pulak retinya dan menyedar diri! Payah... Payah...

Kelicikan Iblis | Promotion Time

Saya ada terbaca satu perkongsian ni kat Facebook tadi… Satu perkongsian yang buat saya rasa… lebih insaf? Yeah, of course! Ceritanya memang bunyi macam lawak mula-mula, tapi… kalau kita renung-renungkan, memang buat diri terasa makin kesedaran. Memang buat terasa macam lebih nak berjaga-jaga dalam melayari kehidupan. Kira senang cerita, lagi terasa nak buat more preparation menghadapi kehidupan selepas mati gitu la… Dan untuk kebaikkan bersama, saya kongsikan pulak bende tu kat sini. Dengan harapan, sama-sama boleh mendapat manfaat darinya. Well, begini kisahnya… Seorang penjahat ditembak polis dan koma. Kemudian dia bermimpi dibawa Malaikat ke Neraka . Tapi bila sampai Neraka, dia terkejut sebab tengok kat Neraka orang sibuk berdisco, berkaraoke, minum arak, berjudi, banyak perempuan seksi-mesi, dan macam-macam lagi *kira kononnya tak macam apa yang dia selalu duk dengar pasal neraka masa hidup kat dunia la tu, kan?* . Melihat bertapa nikmatnya Neraka tu, terus dia p

Kalau Memang Jodoh | Part 1

P/s 1: Assalamu'alaikum... Hai! Hari ni kita nak berkongsi lagi sedikit karya penulisan kita. Awak, awak, and awak semua nak baca tak? Yang tanak tu, takpelah. Skip je pergi blog lain. Yang nak baca tu, stay here untuk baca part ke part cerpen yang seumur hidup nilah pertama kali kita tulis cerpen yang bukan cerpen masa zaman-zaman sekolah tulis dalam buku latihan dulu tu. Heh. Kita macam tak percaya je kita boleh tulis cerpen wei. Seriously, ni kali pertama. Dan sungguh, memang rasa macam tak reti je. Sebab... y'know, saya kalau bila menulis mesti meleret-leret, kan? Untuk novel, takpe la. Tapi kalau untuk cerpen, tak sesuai kan? So... sorry awal-awal la pasal perkara meleret-leret tu. Entah, dah cuba, tapi tak reti la nak ringkaskan. Banyak lagi kena belajar ni... Nanti la adjust balik. Pape pun, still,  ini adalah percubaan pertama k? Don't blame me teruk sangat la kalo boleh ek...? Hahak! Dan lagi... sorry dulu tau. Kita bagi part by part je dulu kat sini sebab...

Love This Feeling

Really inspired...  To something...   That...   Will come here. To this blog. Coming soon... P/s: ^_~

Scandal | Little Teaser 4

“SADAQALLAHUL’ADZIM…” Naskah al-quran bertafsir itu lambat-lambat ditutup sebelum dicium dan akhirnya dibawa ke dalam pelukkan. Sufi pejamkan mata sejenak dan menarik nafas dalam-dalam. Terasa kedamaian itu. Terasa bertapa dekat al-quran yang didakap dengan hati. Rasa tenang. Rasa lapang. Rasa dirahmati. Subhanallah… P/s: Err... Hehehe. Sekadar.... entah la. Terasa macam nak sangat je berkongsi dengan korang part ni. Terasa macammm... sweet? Haha. Pape jelah. By the way, if suka me and suka baca my hikayats yang tak seberapa kat blog ni, jemput-jemput la sudikan diri anda meng'like' my fan page ni k? - Violet Sofia Official . Terima kasih. Thank you. Komawo! ^_~

Memuliakan Anak Perempuan

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari) Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Please, Tak Mahu Dilukai & Tak Mahu Melukai!

Dipendam sakit, diluahkan pun sakit. Dan bila diri ni dah melukakan hati insan lain, sungguh la rasa macam nak lepaskan segala-galanya dan lari jauh-jauh. Walaupun tak nampak di mata zahir, tapi saya tahu hakikatnya dalam hati dia menangis. Dia terluka. Dia tersinggung. Sesiapa pun bila hati dan perasaannya dilukai, pasti rasa sedih, kan? Dan sekarang saya tengah gelisah sendiri sebab takut, risau, dan tak tahu sedalam manakah saya dah melukakan hatinya. Betul ke saya dah melukakannya, atau sebenarnya dia tak apa-apa? Urgh! I hate this feeling. Rasanya sungguh teruk! Tapi… takkan fikirkan pasal orang je? Hati saya yang dah menangis ni, dia tahu ke? Dia faham ke? Kalau dia faham, dia mesti takkan lukakan saya seteruk tu, kan? Dan kalau faham, dia tentu faham bilamana saya bersikap macam ni. Sebab saya cuma nak balas balik. Saya cuma nak orang rasa balik apa yang orang buat kat saya tu macam mana rasanya bila kena sendiri pada diri dia. Bukan setiap masa saya boleh pasrah

Nak Baca E-novel Scandal Bab 1 Full Tak?

Assalamu'alaikum....  Hai! Hehehe... Lama giler saya menyepi dari blog ni, kan? Dah lama sesangat tak update blog. Mula-mula jengah sini tadi dah terasa macam nak lemas pun ada... Haha. Bersawang giler! Blog ni dah nampak macam sepiii... suram... seram pun ada! Hakz! Blog ni dah jadi macam blog tinggalan je, kan? Kesian... Kesian.... Bila ek last update? Hmn... agak-agak dah sebulan kut tak update... ey? Uihh... lama tuuu... Agak-agak ada lagi tak orang singgah blog ni? And... ada lagi tak orang yang suka nak baca entry di blog ni if saya update balik? Juga... ada lagi tak orang yang sudi nak baca karya-karya penulisan saya? Especially e-novel 'Excuse Me, Senorita!' a.k.a 'Excuse Me!' dan juga 'Scandal' la tentunya... Ada lagi ke yang berminat and teringin nak baca? Hmn... sebab kenapa lama tak update blog? Biasa la... busy. Oh. Harap sangat la akan cepat-cepat dapat pekerja baru supaya saya akan boleh ada masa untuk menulis manuskrip d

Seimbangkan Kehidupan Kita

Bukan mudah nak jadi baik. Tapi, kalau kita buat sesuatu tu dengan niat yang baik, ALLAH mesti berkat kan? Then, berusahalah untuk berubah walaupun payah. Sebab yang indah tu selalu memang bermula dengan kepayahan. Sesungguhnya hidayah itu memang milik ALLAH, tapi semoga semua kita sentiasa mendapat hidayah-NYA. Aamiin... P/s: If suka saya atau apa-apa hasil penulisan saya, jemput la 'like' page saya di sini. Violet Sofia Official . Terima kasih. Thank you. Komawo! ^_^