Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Tak Mahu Lagi Dibohongi

Hati saban hari berbicara duka. Tak tahu di mana lagi nak mencari kekuatan. Ya, percaya... ALLAH menguji bersebab. Hati juga redha, bukan merungut. Bukan juga mengeluh. Dan sedar sangat... diri hanya seorang hamba, layaklah diuji. Dan... bukan juga tak mengusir kesedihan itu. Bukan juga selalu melayan rasa. Cumanya diri hanya manusia biasa. Lemah. Adakalanya rebah juga. Bukan tak berusaha menjadi sehebat 'Hajar' mahupun 'Syaza' mahupun seperti mereka wanita-wanita muda pejuang jalan ALLAH, cumanya diri terlalu lemah. Bukan tak usaha mengumpul kekuatan, cumanya ada masa terbabas juga. Diri memang hanya manusia biasa. Dan hari ni... sungguh tak tertahan lagi sedih rasa hati. Nak terus menangis lagi, tak sanggup. Nak ketawa, tiada punca. Hanya tersenyum bersama hati yang menangis. Sungguh, itu sangat perit melakukannya. Ya Allah... Sukarnya mencari ketulusan di hati manusia. Kerap mendengar pembohongan. Kerap mendengar cerita-cerita rekaan

Tarbiyah Untuk Semua Wanita...

Masa mula-mula saya masuk UITM dulu, Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah. Tudung saya atas dada. Ikhtilat tak berapa nak jaga. Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada. Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi. Tudungnya labuh sekali. Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihat dia. Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja. Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain. Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan .... Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu. Tapi bila lihat dia ni, tanpa sebut apa apa pun saya dah tertarik dengan dia. Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar. Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekali. Bila tiba part tonggek-2, dia akan b