Sail Away (Orinoco Flow) - Enya perlahan surut bunyinya di hujung lagu. Senyap. Hujung jari-jemari yang tak berapa nak runcing tetap meneruskan kerja mengetuk huruf-huruf yang dikehendaki di dada papan kekunci laptop di depan. Tengah bermain koding sebenarnya. Usaha nak mencantikkan blog sendiri. Mungkin kerana sayang duit nak upah designer, akhirnya tanpa sedar entah sejak bila dah terambil langkah menggodek dan mereka sendiri koding sehingga mampu merubah dan mencantikkan beberapa widget di blog sendiri. Tak tau la orang tengok cantik ke tak, tapi yang pasti, diri sendiri puas hati. Tengah ralat memikirkan letak susun koding di depan mata itu sambil dengan kedua-dua tangan sedang bersedia di atas papan kekunci menunggu arahan dari buah fikiran, dentuman kuat bunyi dram yang melantun keluar dari kedua-dua earbuds yang tersumbat di lubang telinga kiri dan kanan membuat diri tersentak. Hadoi... Kurus sekejap semangat. Eh tapi dah lama tak dengar lagu ni la. Dan memangnya seja...