Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Absolutely Correct!

Assalamu'alaikum. Selamat pagi and greetings to all... *tetibe hari ni rajin nak beri-beri salam bagai, kan? hah! =D* Pagi tadi... bukak blog dan tengok dashboard ada beberapa comment. Eh? Tetiba hari ni rajin pulak nak ngecheck-ngecheck blog, kannn...? Lepas tu rajin pulak update blog sampai dua kali hari ni, kannn...? Hmn... tulah. Maybe sebab pagi ni rasa macam larat sikit (walaupun tengah sakit tekak maybe nak demam) dan mood pun okay, so terus I tarik laptop dan on blog. Hehehe... Dan sesungguhnya, sebenarnya, sejujurnya, saya sangat-sangatlah teruja setiap kali bila bukak blog dan nampak paparan perkataan warna orange yang tertera di dashboard dengan ayat yang berbunyi gini, ' 5 comment awaiting moderation ' Tak kisahlah berapa pun number tu, tapi asal ada, memang wajib buat saya tersenyum happy sensorang. Hahak! So... lepas tu tadi, terus check dan baca semua comment. Dan... saya sangat tertarik dengan satu comment yang ditinggalkan oleh seorang pem

Mengumpat Lagi...

Ini adalah rumusan dan kesimpulan selepas sehari-harian peka dan menonton dengan jayanya ragam masyarakat keliling. Mengumpat tu adalah bercakap tentang perkara yang tak disukai oleh orang yang diumpat. Tapi orang mengumpat... bila kita tegur dan kata dia mengumpat, dia selalunya akan balas balik, 'ni bukan mengumpat, ni cuma nak cerita hal yang betul'. What the...? o.O Okay. What ever! -.-' Tapi tolong ingatkan diri sendiri sudahlah ye... MENGUMPAT tu lebih dasyat dari ZINA. Zina - mintak ampun dengan ALLAH. Mengumpat - kena mintak ampun dengan orang yang diumpat. Oi, kau ingat hati manusia biasa macam kita ni baik macam nabi-nabi ke mudah nak maafkan orang huh? Makanya, berhati-hati la setiap kali menutur bicara. Lidah memang tak bertulang. Tapi otak manusia bukannya macam otak lembu. Cakap banyak tak salah... tapi biarlah cakap yang banyak tu bukan cakap yang buang pahala tambah dosa. Ce dengar apa UAI kata ni. P/s: Dah habis membaca? Okey, I&

Rajin Atau Keinginan Diri Yang Melampau?

Rajin dengan keinginan yang melampau tu ada bezanya. Bukan semua orang rajin kerana tuntutan hidup. Tanpa sedar, ramai orang yang rajin tu kebanyakkannya rajin kerana tuntutan nafsu semata-mata. Apa anda fikir tentang hidup sebenarnya? Buat segalanya, apa sahaja, demi kepuasan hidup? Oh, so not me. And I'm not in. Destinasi dan fokus hidup saya, lain. Kita berbeza. Saya tak kisah pun kalau seluruh dunia berbeza dengan saya asal selagi saya tahu point saya, dan saya tahu apa yang saya buat tu betul untuk diri saya. Dan kalau saya pernah terasa kisah dengan segala pandangan orang pun, saya akan tetap cuba untuk tak kisahkan. Sebab yang saya lalui dan hadapi ini, adalah landasan saya. Kepunyaan saya. Pilihan saya. Dan bukannya anda. Jadi, jika anda tak menyukai apa yang saya lakukan sedang apa yang saya lakukan walaupun tidak kelihatan benar di mata anda namun tidak pula kelihatan salah di mata hakikat apalagi di mata Sang Pencipta, maka kenapa mesti saya peduli? Kalau anda yak