Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

Penat...

Adakalanya terasa sangat bertapa hidup tu terlalu memeritkan. Sakitnya, pedihnya, benar-benar terasa melumpuhkan semangat. Adakalanya terasa sangat tak adil, tapi tak tahu nak letakkan salah tu pada siapa. Cuba letakkan je semua salah tu pada diri sendiri supaya hati tak membenci sesiapa, tapi kenapa tetap terasa macam diri orang yang bersembunyi di balik pintu walaupun pintu tu dah terbuka? Dan adakalanya terasa sangat bila dah jatuh tu nak give up tak nak bangun dah. Sebab dah malas, dah penat. Tapi, tetap bangun jugak walaupun waktu tu hati dah macam nyawa-nyawa ikan je. Kenapa? Entah. Mungkin sebab nyawa tu masih hidup dalam jasad dan kaki masih boleh berdiri, dan di depan masih nampak jalan, sebab tu kut kaki terus melangkah juga? Sebab agak mungkin akan jumpa sesuatu di depan lagi? Bagaikan on cue, gitu? Yelah kut. Tapi sungguh,  peritnya hidup... Dan sungguh la, sakit tu memang tak boleh nak cerita pada sesiapa. Hanya boleh diam dengan hati je yang berkata-kata. Tak tahu la...…