Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Kita Yang Menentukan 'Siapa' Diri Kita.

Orang asyik memperlekehkan hidup kita. Perasaan kita. Maruah diri kita. Dan memikirkan tentang karenah manusia keliling, sampai ke esok pun tak habis. Kan? Ala... abaikan mereka! Perlu apa pada orang yang tak mahu melihat kita bahagia sedangkan pilihan untuk kita menikmati bahagia dengan cara sendiri itu ada? Kita masih ada pilihan untuk bangun walaupun dah rebah, jadi kenapa mesti nak melepek di tanah terus? Bangunlah! Kalau orang tanak hulur tangan bantu kita sekalipun, kita masih boleh usaha sendiri. Jangan suka bergantung pada orang, sebab orang memang selalu akan kecewakan kita. Bukan nak suruh membenci orang keliling, tidak. Tapi bergantunglah hanya pada ALLAH dan diri sendiri. Kerana kita yang lebih tahu apa yang diri kita sendiri perlukan. Dari fikirkan tentang karenah orang keliling yg tak pernah berkesudahan tu, baik fikirkan tentang diri sendiri dan usahakan masa depan sendiri. Lagi bagus! Right? P/s: Dan tak perlu berusaha jadi macam apa yg orang nak kita

Jadilah Yang Sentiasa Bertanggungjawab dan Bersikap Terbuka

That's it! Itulah kita. Timbulkan masalah, kemudian apabila masalah itu dipersoalkan, segera larikan diri. Dan bila orang keliling turut mula sama menghindarkan diri dari kita, kita kata orang abaikan kita. Padehal kita yang lebih dulu mengabaikan perasaan orang keliling dengan sikap tidak bertanggungjawab kita tu. Cuba tengok akhlak nabi Muhammad S.A.W. Baginda orang miskin, tapi orang disekeliling baginda tak pernah cuba hindarkan diri dari baginda. Padahal baginda bukannya berduit, bukannya kaya-raya. Tapi orang sentiasa suka dekati baginda. Sebab apa? Sebab baginda sentiasa bersikap terbuka. Menerima sesiapa yang datang kepada baginda dengan senyuman. Sebusuk dan sejijik apa pun tetamunya, baginda tidak akan mengusir. Sesuci dan sedosa apa pun tetamunya, baginda tidak akan menghindar. Sekalipun musuh (masalah) yang datang menuntut perkara yang tidak-tidak, pun baginda tetap tidak menghindari apalagi mengusir. Kenapa baginda buat macam tu? Kerana baginda tahu, setiap ya

Tak Mahu Lagi Dibohongi

Hati saban hari berbicara duka. Tak tahu di mana lagi nak mencari kekuatan. Ya, percaya... ALLAH menguji bersebab. Hati juga redha, bukan merungut. Bukan juga mengeluh. Dan sedar sangat... diri hanya seorang hamba, layaklah diuji. Dan... bukan juga tak mengusir kesedihan itu. Bukan juga selalu melayan rasa. Cumanya diri hanya manusia biasa. Lemah. Adakalanya rebah juga. Bukan tak berusaha menjadi sehebat 'Hajar' mahupun 'Syaza' mahupun seperti mereka wanita-wanita muda pejuang jalan ALLAH, cumanya diri terlalu lemah. Bukan tak usaha mengumpul kekuatan, cumanya ada masa terbabas juga. Diri memang hanya manusia biasa. Dan hari ni... sungguh tak tertahan lagi sedih rasa hati. Nak terus menangis lagi, tak sanggup. Nak ketawa, tiada punca. Hanya tersenyum bersama hati yang menangis. Sungguh, itu sangat perit melakukannya. Ya Allah... Sukarnya mencari ketulusan di hati manusia. Kerap mendengar pembohongan. Kerap mendengar cerita-cerita rekaan

Tarbiyah Untuk Semua Wanita...

Masa mula-mula saya masuk UITM dulu, Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah. Tudung saya atas dada. Ikhtilat tak berapa nak jaga. Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada. Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi. Tudungnya labuh sekali. Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihat dia. Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja. Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain. Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan .... Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu. Tapi bila lihat dia ni, tanpa sebut apa apa pun saya dah tertarik dengan dia. Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar. Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekali. Bila tiba part tonggek-2, dia akan b

Nak Perbodohkan Siapa Sebenarnya?

Kadang-kadang rasa sakit hati bila kita sedar orang cuba perbodohkan kita. Tapi kadang-kadang tu rasa macam nak gelak pun ada. Bukannya kita taktau orang tu bersandiwara, hanya kita diamkan aje. Bukan sebab nak tengok sejauh mana dia nak 'bermain' dengan hati kita, tidak. Cuma kita rasa dah terlalu lelah memaafkan dan balik-balik diperbodohkan lagi, jadi cara terbaik yang kita boleh buat adalah, biarkan dan ignore it. Dengan erti kata lain, malas nak layan! Cuma yang rasa kelakarnya, dia tak rasa penat ke hidup berpura-pura macam tu? Bukannya dia taktau kita dah tau perangai sebenar dia, tapi tetap juga dia nak bersandiwara dengan kita. Dia nak perbodohkan siapa sebenarnya? Tak lain tak bukan, sudah tentu hanya dirinya sendiri, bukan? Heh!

This Is My Life

Cabaran 1 Hari 1 Entry | (1/8/15~30/8/15) | Day 11 Ahh... bestnya! Yes, ini baru betul cara hidup saya. Leganya... Woke up this morning dengan perasaan yang sungguh aman dan damai. Rasa sakit kepala dah semakin kurang. I got my peace life back. Rasa macam dah lama sangat je aku ketensionan dan ketertekanan perasaan. Lega hari ni dah dapat balik ruang persendirianku yang tenang dan tanpa gangguan. Taktau la berapa hari bertahan ketenangan dan kedamaian ni, tapi takpelah, syukur. Sekurang-kurangnya ada. Nanti kalau tension balik, pandai-pandai la ikhtiar cari cara tenangkan diri. Hidup, mana pernah lari dari ujian, kan? Takpe, saya tabah dan sabar. Allah ada. InsyaALLAH, always will do the best for my life. And InsyaALLAH, i'll be a good hamba ALLAH. InsyaALLAH. =) Apa-apa pun.... tetap, alhamdulillah dengan apa yang ada ni. Syukur. ^_^ P/s: Ada 2 lagi draf entry yang sebelum-sebelum ni belum publish. Termasuk la entry untuk cabaran 1 hari 1 entry. Nanti la, ada masa online blo

Jom Main Permainan Ni...

Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 8 Jom kita main satu permainan pasti akan tergelak sebentar atau senyum sejenak. 1) Pilih bulan kelahiran anda: Januari - aku cinta Februari - aku gigit March - aku belasah April - aku peluk dn cium Mei - aku trhantuk Jun - aku trkentut depan July - aku menari depan Ogos - aku pergi dating dgn September - aku lambai dekat Oktober - aku muntah depan November - aku jerit dekat Disember - aku trlanggar 2) Pilih tarikh hari jadi anda: 1) - nenek aku 2) - komputer aku 3) - kereta aku 4) - mangkuk jamban 5) - cermin kereta 6) - gangster itu 7) - hand phone aku 8) - gitar itu 9) - driver Bas 10) - tiang elektrik 11) - kawan baik aku 12) - polis trafik 13) - taik kucing 14) - patung barbie 15) - Bas ekspres 16) - Mak mertua aku 17) - Mak tiri aku 18) - girlfriend aku/boyfriend aku 19) - makcik kantin 20) - selipar aku 21) - upin Dan ipin 22) - Siti nurhaliza 23) - spongebob 24) - Tukang sapu 25) - anjing bunting 26) - kawan

Kelebihan Al-Quran Almumayyaz

Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 8 Tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat. Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri kelebihan yang berikut: ● Khat Utsman Thaha (Standard Kemenag RI) - Adalah merupakan khat khaligrafi Arab yang terbaik di antara jenis khat khaligrafi Arab yang lainnya, kerana bentuk hurufnya yang tegas dan mudah dibezakan, serta mudah dan indah dibaca. Khat jenis ini digunakan dalam sebahagian besar mushaf di Timur Tengah dan telah disesuaikan dengan stan

Bahasa Panggilan Untuk Customer Online

Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 7 Susah nak puaskan hati semua orang, kan? Post ni dah jadi viral dah kat laman sosial facebook. Facebook jelah yang saya tahu takat hari ni. Laman sosial lain saya tak tau. Sebab saya hanya 'layan' 3 jenis laman sosial ni je - Facebook, Instagram & Blog. Lain, saya tak reti. Tak reti lagi la untuk hari ni. Esok-esok tak tau la. Hehe... Dan saya, bukanlah berniat nak viralkan 'benda' ni pun. (Ah, well... cakaplah apa pun, bukan orang tau isi hati kita pun, kan? Hahaha. Biarlah. Tak kisah pun.) Cuma bila menyentuh tentang panggilan terhadap customer ni, terus saya sendiri turut rasa nak meluahkan perasaan dan pendapat. Untung-untung mana-mana customer yang pernah menghubungi atau akan menghubungi saya selepas ini bila dah terbaca entry saya kali ni boleh lebih faham sikap dan cara layanan saya terhadap mereka, rite? InsyaAllah... =) Dan, secara jujurnya saya sendiri pun sebelum ni selalu keliru dan kebi

Al-Quran Mumayyaz Membantu Mengaji Dengan Lancar

"Kenapa kita baca Quran kalau kita tak faham?" "Dah kenapa kau tengok drama Korea?" "Lain. Ada subtitle." "Quran ada terjemahan, kan?" Betul. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis mushaf yang sangat membantu dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran. Macam-macam pilihan ada. Dan antara yang terbaik di masa kini, salah-satunya adalah Al-Quran mushaf Almumayyaz. Sebab apa saya katakan mushaf Almumayyaz ni antara yang terbaik? Oh, tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat. Dannn... tah

Love Is...

Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 5

Koleksi Doa Harian

Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 4