Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 8 Tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat. Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turut dilengkapi dengan ciri-ciri kelebihan yang berikut: ● Khat Utsman Thaha (Standard Kemenag RI) - Adalah merupakan khat khaligrafi Arab yang terbaik di antara jenis khat khaligrafi Arab yang lainnya, kerana bentuk hurufnya yang tegas dan mudah dibezakan, serta mudah dan indah dibaca. Khat jenis ini digunakan dalam sebahagian besar mushaf di Timur Tengah dan telah disesuaikan dengan stan...