12 September 2017

Laptop Saya Dah Sihat!


Fast post. Memula nak cakap, yeaaa!!! Seronoknya! Laptop kita dah okey dah sihat walafiat *kut*. Pasni ni boleh la selalu main blog lagi. Pastu kedua nak cakap, pasni bolehlah kita selalu update blog. *helehhh... tu pun kalau rajin.* Hehehe... Okay. Nak cakap tu je. InsyaAllah jumpa lagi di next entry. K bye!

26 July 2016

Pilihan Itu Sentiasa Ada


Hidup ini memang sentiasa ada pilihan. Tapi... nak menyatakan pilihan yang kita pilih tulah sebenarnya yang sukar. Sofia ada pilihan. Sofia yakin, tahu dan dah pasti sangat dah apa yang Sofia nak pilih. Sofia yakin itu jalan yang terbaik untuk Sofia. Tapi... Ya ALLAH, kekuatan untuk nyatakan pilihan Sofia tu yang Sofia takde. Kalaulah Sofia mampu bersuara... Sofia harap sangat Sofia mampu suarakannya. T_T

10 December 2015

Jam Tangan Arabic Limited



Preloved. TBT Arabic Watch.












Jam ni unisex. Sesuai untuk lelaki dan juga wanita. Material bracelet jam ni diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi. Jam jenis kalis air dan mampu menahan tekanan air sehingga 3 ATM. Keadaan dan kualiti jam, 100% terbaik! Baru dan masih belum pernah digunakan.

Untuk pembelian atau sebarang maklumat lanjut berkenaan jam tangan Arabic ni sila hubungi:

WhatsApp (Sofia):
+6019-999 9597
Also find us here:
Instagram: @violetsofiacollection
Facebook: Violet Sofia Collection

19 October 2015

'Unta Dengan Ayam'

Selama ni saya sangat-sangat menjaga aib customer saya. Baik yang pernah marah-marah saya mahupun tidak. Saya biasanya lebih suka anggap semua itu sebagai 'adat orang berniaga' Alahhh... small matter! Abaikan jer! Tapi, bukan untuk kali ni. Entahlah... 'Angin' betul rasa. Saya dahlah tak suka orang yang bercakap aci sedap mulut. Main redah je masuk 'rumah' orang, lepastu blablabla mengata orang. Pastu ditanya sebab-asbab 'kedatangan' dan 'kemahuannya', tak reti dijawab. Apa masalah orang macam ni sebenarnya?






Ini picture profilenya.

Jadi sekarang, nak tanya. Faham tak apa maksud orang ni sebenarnya?

Saya sesungguhnya dan sejujurnya tak faham langsung apa niat dia menghubungi saya, melainkan hanya menyakitkan hati sahaja semata-mata, sebenarnya.

Apa yang dia maksudkan dengan unta dan ayam? Bunyinya lebih kurang macam peribahasa Melayu, 'seperti ayam dengan itik', kan? Yang membawa maksud, lain yang ditanya, lain yang dijawab. Tapi masalahnya sekarang ni, saya tak nampak di mana terjadinya situasi 'unta-ayam' tersebut. Sebab dari awal-awal pertanyaan dia hingga ke sudah, rasanya saya hanya menjawab soalan yang ditanya sahaja. Dia bagi salam, saya jawab salam. Dia tanya tentang Quran yang saya jual, saya jawablah tentangnya. Dia minta contoh, saya berikan contoh. Dia tanya cod (cash on delivery) di mana, saya bagitaulah tempatnya. Jadi di mana yang terjadinya situasi 'unta-ayam' tersebut?

Kemudian tiba-tiba dia tanya saya ni ngaji Quran ke atau baca je? Well, kalau nak jawab lurus bendul... semestinya kedua-duanya saya buat. Dan saya yakin, orang lain pun sama jugak. Malah diri dia pun sama jugak. Sebab dari segi istilah, 'ngaji' itu belajar. Bila dah belajar, barulah boleh membaca dengan lancar. Atau... kalau maksud tak lurus bendulnya atau dengan erti kata lain, menyindir saya ni baca Quran semata-mata baca sekadar lancar di bibir sahaja ke... atau dengan memahami ertinya atau tidak, dah tentu saya memahami ertinya. Walaupun mungkin bukan 100%, tapi saya sentiasa cuba untuk faham. Sebab setiap kali baca Quran, saya akan baca bersama tafsir. Sebab saya tak pandai bahasa Arab, saya perlukan tafsir. Dan kemudian setiap kalinya selepas baca tafsir setiap ayat, saya akan diam seketika. Berfikir dan memahami ertinya. Begitu saya belajar mendalami Al-Quran. Dan apa yang saya selalu jumpa dalam Quran, ALLAH selalu berpesan supaya kita berbaik-baik sesama makhluknya dan menegur dengan baik-baik. Bukannya dengan perli-memerli orang macam tu.

Dan kemudian apa pula yang dia cuba maksudkan dengan picture profilenya tu? Sungguhpun pada picture profilenya Imam Syafie berkata bahawa...

"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu."

Ini yang paling nak gelak. Sebab, tak nampak pun logiknya dia menujukan kata-kata itu kepada saya. Atau dia sedang menujukan kata-kata itu kepada dirinya sendiri? Jika begitu, sesuai sangatlah! Sebab entah dimana kaitannya ayat itu terhadap perbualan diantara dia dan saya. Tak tahu sebab apa, dan kami langsung tidak saling mengenali, tiba-tiba dia WhatsApp saya dengan kata-kata SINDIRAN. Jika niat dia cuba untuk bercakap atau menegur ke arah kebaikkan, tidakkah dia sedar bahawa menyindir-nyindir orang itu sama sekali bukan sifat yang terpuji dan bukan ajaran Islam? Adakah dia cuba maksudkan yang dia adalah orang yang BERILMU, manakala saya pula adalah orang yang JAHIL? Kalau macam tu... Ya, saya akui saya masih jahil walaupun hingga ke nafas terakhir saya nanti. Sebab saya yakin antara kita tak siapa pun yang tahu cukup atau tidak ilmu yang dimiliki. Bukankah masing-masing semua sedar bahawa di dunia ini tak ada manusia yang sempurna? Dan ALLAH sangat tak suka orang yang punya sifat riak. Sebagai orang yang berilmu, seharusnya tahu tentang semua ini. Sebab prinsip pertama semasa menuntut ilmu adalah, jangan riak dan takbur dengan ilmu yang dimiliki. Sepatutnya! Tapi sekarang dia cuba memberitahu yang dia berilmu dan saya jahil? Itu confirm-confirm riak namanya!

Dan at last, sampai ke sudah saya tak tahu dan tak faham apa niat dia menghubungi saya. Mula-mulanya, saya ingat dia nak beli Quran Mumayyaz dari saya, sebab tu saya rajin je reply dia. Trick of bisnes, haruslah layan customer bebaik, kan? Bersabar selagi boleh sabar. Tapi bila dah out of topic, lepastu menyakitkan hati orang tak tahu punca, so sampai tahap tu, saya habis sabar dah dengan orang tu. Entah sebab apa tetiba duk perli-perli orang. Saya salah apa kat dia? Sepatutnya kalau kita tak puas hati dengan seseorang, bagitau depan-depan, terus-terang. Biar orang faham. Biar orang jelas. Ni tak, datang-datang 'rumah' orang, terus perli-perli orang tak tahu sebab. Tak faham betul dengan orang macam ni! -.-'

06 October 2015

Kita Yang Menentukan 'Siapa' Diri Kita.


Orang asyik memperlekehkan hidup kita. Perasaan kita. Maruah diri kita. Dan memikirkan tentang karenah manusia keliling, sampai ke esok pun tak habis. Kan?

Ala... abaikan mereka! Perlu apa pada orang yang tak mahu melihat kita bahagia sedangkan pilihan untuk kita menikmati bahagia dengan cara sendiri itu ada? Kita masih ada pilihan untuk bangun walaupun dah rebah, jadi kenapa mesti nak melepek di tanah terus? Bangunlah!

Kalau orang tanak hulur tangan bantu kita sekalipun, kita masih boleh usaha sendiri. Jangan suka bergantung pada orang, sebab orang memang selalu akan kecewakan kita. Bukan nak suruh membenci orang keliling, tidak. Tapi bergantunglah hanya pada ALLAH dan diri sendiri. Kerana kita yang lebih tahu apa yang diri kita sendiri perlukan. Dari fikirkan tentang karenah orang keliling yg tak pernah berkesudahan tu, baik fikirkan tentang diri sendiri dan usahakan masa depan sendiri. Lagi bagus! Right?


P/s: Dan tak perlu berusaha jadi macam apa yg orang nak kita jadi. Just berusahalah jadi macam apa yg ALLAH suruh kita jadi. Kerana apa yg ALLAH suruh jadi itulah sebenarnya yg kita nak jadi. Jadi hamba yg beriman dan berjaya dunia akhirat. InsyaALLAH.=)

05 October 2015

Jadilah Yang Sentiasa Bertanggungjawab dan Bersikap Terbuka


That's it! Itulah kita. Timbulkan masalah, kemudian apabila masalah itu dipersoalkan, segera larikan diri. Dan bila orang keliling turut mula sama menghindarkan diri dari kita, kita kata orang abaikan kita. Padehal kita yang lebih dulu mengabaikan perasaan orang keliling dengan sikap tidak bertanggungjawab kita tu.

Cuba tengok akhlak nabi Muhammad S.A.W. Baginda orang miskin, tapi orang disekeliling baginda tak pernah cuba hindarkan diri dari baginda. Padahal baginda bukannya berduit, bukannya kaya-raya. Tapi orang sentiasa suka dekati baginda. Sebab apa? Sebab baginda sentiasa bersikap terbuka. Menerima sesiapa yang datang kepada baginda dengan senyuman. Sebusuk dan sejijik apa pun tetamunya, baginda tidak akan mengusir. Sesuci dan sedosa apa pun tetamunya, baginda tidak akan menghindar. Sekalipun musuh (masalah) yang datang menuntut perkara yang tidak-tidak, pun baginda tetap tidak menghindari apalagi mengusir.

Kenapa baginda buat macam tu? Kerana baginda tahu, setiap yang datang itu ada kemahuannya. Dan apa yang perlu dilakukan adalah, bukan menunaikannya, tapi menyelesaikan. Baginda sentiasa sudi memahami masalah yang diadukan orang kepada baginda. Baginda tak membantu dengan duit, dengan harta atau apa bantuan fizikal pun. Tapi anehnya selepas berjumpa baginda, hati mereka akan lapang dan lega. Kenapa? Kerana di antara ramai-ramai manusia yang enggan menerima mereka, masih ada yang sanggup menerima mereka dan memahami masalah mereka. That's it!

Faham tak di situ? Sebenarnya apa yang paling semua orang perlu apabila menjadikan diri kita sebagai tempat mengadu atau meluahkan perasaan, bukan duit semata-mata. Sekalipun itu yang diminta. Kerana memang fitrah setiap manusia itu selalu tak tahu apa yang terbaik buat dirinya. Padehal sikap keterbukaan dan memahami kita itulah yang paling utama yang diharapkan sebenar-sebenarnya. Perkara tu sebenarnya hampir semua orang tak reti nak mintak, tapi sebenarnya itulah yang paling dimahukan semua orang.

Ya, kita bukan nabi. Tapi mencontohi akhlak para nabi itulah yang sepatutnya kita kena buat. Salah boleh perbetulkan. Buruk boleh perbaiki. Tak baik boleh perbaikkan. Semua masalah ada penyelesaiannya. Jangan pernah tinggalkan masalah yang kita cipta ke belakang sementara kita cuba bersenang-lenang syiok sendiri. Dahlah. Cukup-cukulah bohong diri. Tak pernah ada orang bertenang hati pun selepas lari dari masalah. Take note this nasihat. Saya bukan nak jatuhkan sesiapa, saya cuma nak tengok semua orang jadi orang yang bertanggungjawab.

Percayalah. Apabila kita bahagiakan orang, ALLAH akan bahagiakan kita lebih lagi. Seperti sedekah. Apabila kita bersedekah ke jalan ALLAH, ALLAH akan berikan kita rezeki yang lebih baik lagi. Dan jangan lupa, bahagia itu juga rezeki. Perasaan berlapang dada itu juga rezeki. Perasaan tenang tidak dihimpit masalah itu juga rezeki. Fikir-fikirkanlah. Semoga kita semua sama-sama berusaha memperbaikkan diri kita je jalan yang diredhai dan dirahmati ALLAH. InsyaALLAH. ☺ - violetsofiasay...

03 October 2015

Biarlah Nak Kata Apa Pun...


Apakah perasaannya bila seseorang yang akrab, seseorang yang dikasihi, seseorang yang mengatakan kasihnya amat tinggi terhadap diri ini, membuat perumpamaan diri ini seperti binatang? Cuba menggambarkan bertapa buruknya wajah ini di matanya? Ya ALLAH, itu benar-benar buat air mata diri ini gugur tanpa dapat ditahan. Terluka sangat. Amat tersinggung rasa hati.

Namun semua itu buat saya sedar bertapa tingginya kebencian dia terhadap saya. Sejak itu saya mula mendiamkan diri dan tidak mahu menyuarakan apa-apa lagi dah terhadapnya. Sememangnya kami dah tak berbual. Berhubung pun sekadar untuk perkara-perkara yang penting sahaja. Saya dah menerima terlalu banyak kata-kata hinaan dan sindiran. Saya dah terlalu sarat menyimpan luka. Dan saya juga dah penat mencuba meluahkan rasa yang terbuku. Dah penat mencuba memperbaiki. Dah penat menanggung air mata. Saya... dah hilang semangat. Semua yang saya buat, segala yang saya usahakan untuknya, dari dulu sampai sekarang, hanya disia-siakan. Sudahnya, keburukkan dan kesalahan saya jugalah yang dicari, diungkit. Segala pengorbanan, segala usaha, segala kesabaran saya, bagaikan ditolak angin... menjauh ke laut.

Serius, penat menjadi orang yang dianggap remeh.

Saya dah terlalu bosan diremehkan. Saya tak mahu macam ni lagi. Cukuplah. Saya bukannya teruk sangat pun sampai nak mengemis kasih orang hingga macam ni sekali.

Dah hina saya. Dah kata macam-macam kat saya. Dah kutuk saya. Dah persendakan saya... Oh teruknya!

Tapi...


Bersabarlah, Sofia...

Mungkin ini balasan ALLAH atas dosa lalu?

Macamlah saya selama ni baik sangat, kan? Saya hamba yang banyak khilaf jugak. Maka layaklah saya diuji ALLAH. Sekalipun ini ujianNYA.

Ya, saya tahu saya harus redha atas segala apa yang berlaku ni... Tak perlu membenci, tak perlu berdendam. Dan dosa lalu, insyaALLAH takkan ulangi lagi. Dah cukup terlalu banyak segala penyesalan yang mencengkam hati saban hari selama ini. Cukuplah. Dah tak larat menghukum diri lagi. Semoga ALLAH mengampunkan segala dosa saya. Aamiin...

Dan biarlah orang nak kata apa. Biarlah orang nak kutuk apa pun. Hodoh macam mana pun diri saya di mata orang, saya yakin ALLAH tak memandang saya seteruk itu.

It's okay, ALLAH ada. :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::: Nota Penting! :::

Segala perkongsian saya di dalam blog ini adalah hasil penulisan saya sendiri. Copy-paste atau tiru-meniru adalah DILARANG sama sekali. Jika perkara tersebut berlaku, saya sebagai empunya blog tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.