Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Violet Sofia Say...

Kita Yang Menentukan 'Siapa' Diri Kita.

Orang asyik memperlekehkan hidup kita. Perasaan kita. Maruah diri kita. Dan memikirkan tentang karenah manusia keliling, sampai ke esok pun tak habis. Kan? Ala... abaikan mereka! Perlu apa pada orang yang tak mahu melihat kita bahagia sedangkan pilihan untuk kita menikmati bahagia dengan cara sendiri itu ada? Kita masih ada pilihan untuk bangun walaupun dah rebah, jadi kenapa mesti nak melepek di tanah terus? Bangunlah! Kalau orang tanak hulur tangan bantu kita sekalipun, kita masih boleh usaha sendiri. Jangan suka bergantung pada orang, sebab orang memang selalu akan kecewakan kita. Bukan nak suruh membenci orang keliling, tidak. Tapi bergantunglah hanya pada ALLAH dan diri sendiri. Kerana kita yang lebih tahu apa yang diri kita sendiri perlukan. Dari fikirkan tentang karenah orang keliling yg tak pernah berkesudahan tu, baik fikirkan tentang diri sendiri dan usahakan masa depan sendiri. Lagi bagus! Right? P/s: Dan tak perlu berusaha jadi macam apa yg orang nak kita...

Jadilah Yang Sentiasa Bertanggungjawab dan Bersikap Terbuka

That's it! Itulah kita. Timbulkan masalah, kemudian apabila masalah itu dipersoalkan, segera larikan diri. Dan bila orang keliling turut mula sama menghindarkan diri dari kita, kita kata orang abaikan kita. Padehal kita yang lebih dulu mengabaikan perasaan orang keliling dengan sikap tidak bertanggungjawab kita tu. Cuba tengok akhlak nabi Muhammad S.A.W. Baginda orang miskin, tapi orang disekeliling baginda tak pernah cuba hindarkan diri dari baginda. Padahal baginda bukannya berduit, bukannya kaya-raya. Tapi orang sentiasa suka dekati baginda. Sebab apa? Sebab baginda sentiasa bersikap terbuka. Menerima sesiapa yang datang kepada baginda dengan senyuman. Sebusuk dan sejijik apa pun tetamunya, baginda tidak akan mengusir. Sesuci dan sedosa apa pun tetamunya, baginda tidak akan menghindar. Sekalipun musuh (masalah) yang datang menuntut perkara yang tidak-tidak, pun baginda tetap tidak menghindari apalagi mengusir. Kenapa baginda buat macam tu? Kerana baginda tahu, setiap ya...

Tak Mahu Lagi Dibohongi

Hati saban hari berbicara duka. Tak tahu di mana lagi nak mencari kekuatan. Ya, percaya... ALLAH menguji bersebab. Hati juga redha, bukan merungut. Bukan juga mengeluh. Dan sedar sangat... diri hanya seorang hamba, layaklah diuji. Dan... bukan juga tak mengusir kesedihan itu. Bukan juga selalu melayan rasa. Cumanya diri hanya manusia biasa. Lemah. Adakalanya rebah juga. Bukan tak berusaha menjadi sehebat 'Hajar' mahupun 'Syaza' mahupun seperti mereka wanita-wanita muda pejuang jalan ALLAH, cumanya diri terlalu lemah. Bukan tak usaha mengumpul kekuatan, cumanya ada masa terbabas juga. Diri memang hanya manusia biasa. Dan hari ni... sungguh tak tertahan lagi sedih rasa hati. Nak terus menangis lagi, tak sanggup. Nak ketawa, tiada punca. Hanya tersenyum bersama hati yang menangis. Sungguh, itu sangat perit melakukannya. Ya Allah... Sukarnya mencari ketulusan di hati manusia. Kerap mendengar pembohongan. Kerap mendengar cerita-cerita rekaan...

Tarbiyah Untuk Semua Wanita...

Masa mula-mula saya masuk UITM dulu, Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah. Tudung saya atas dada. Ikhtilat tak berapa nak jaga. Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada. Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi. Tudungnya labuh sekali. Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihat dia. Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja. Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain. Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan .... Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu. Tapi bila lihat dia ni, tanpa sebut apa apa pun saya dah tertarik dengan dia. Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar. Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekali. Bila tiba part tonggek-2, dia akan b...

Nak Perbodohkan Siapa Sebenarnya?

Kadang-kadang rasa sakit hati bila kita sedar orang cuba perbodohkan kita. Tapi kadang-kadang tu rasa macam nak gelak pun ada. Bukannya kita taktau orang tu bersandiwara, hanya kita diamkan aje. Bukan sebab nak tengok sejauh mana dia nak 'bermain' dengan hati kita, tidak. Cuma kita rasa dah terlalu lelah memaafkan dan balik-balik diperbodohkan lagi, jadi cara terbaik yang kita boleh buat adalah, biarkan dan ignore it. Dengan erti kata lain, malas nak layan! Cuma yang rasa kelakarnya, dia tak rasa penat ke hidup berpura-pura macam tu? Bukannya dia taktau kita dah tau perangai sebenar dia, tapi tetap juga dia nak bersandiwara dengan kita. Dia nak perbodohkan siapa sebenarnya? Tak lain tak bukan, sudah tentu hanya dirinya sendiri, bukan? Heh!

This Is My Life

Cabaran 1 Hari 1 Entry | (1/8/15~30/8/15) | Day 11 Ahh... bestnya! Yes, ini baru betul cara hidup saya. Leganya... Woke up this morning dengan perasaan yang sungguh aman dan damai. Rasa sakit kepala dah semakin kurang. I got my peace life back. Rasa macam dah lama sangat je aku ketensionan dan ketertekanan perasaan. Lega hari ni dah dapat balik ruang persendirianku yang tenang dan tanpa gangguan. Taktau la berapa hari bertahan ketenangan dan kedamaian ni, tapi takpelah, syukur. Sekurang-kurangnya ada. Nanti kalau tension balik, pandai-pandai la ikhtiar cari cara tenangkan diri. Hidup, mana pernah lari dari ujian, kan? Takpe, saya tabah dan sabar. Allah ada. InsyaALLAH, always will do the best for my life. And InsyaALLAH, i'll be a good hamba ALLAH. InsyaALLAH. =) Apa-apa pun.... tetap, alhamdulillah dengan apa yang ada ni. Syukur. ^_^ P/s: Ada 2 lagi draf entry yang sebelum-sebelum ni belum publish. Termasuk la entry untuk cabaran 1 hari 1 entry. Nanti la, ada masa online blo...

Bahasa Panggilan Untuk Customer Online

Cabaran 1 Hari 1 Entry (1/8/15-30/8/15) | Day 7 Susah nak puaskan hati semua orang, kan? Post ni dah jadi viral dah kat laman sosial facebook. Facebook jelah yang saya tahu takat hari ni. Laman sosial lain saya tak tau. Sebab saya hanya 'layan' 3 jenis laman sosial ni je - Facebook, Instagram & Blog. Lain, saya tak reti. Tak reti lagi la untuk hari ni. Esok-esok tak tau la. Hehe... Dan saya, bukanlah berniat nak viralkan 'benda' ni pun. (Ah, well... cakaplah apa pun, bukan orang tau isi hati kita pun, kan? Hahaha. Biarlah. Tak kisah pun.) Cuma bila menyentuh tentang panggilan terhadap customer ni, terus saya sendiri turut rasa nak meluahkan perasaan dan pendapat. Untung-untung mana-mana customer yang pernah menghubungi atau akan menghubungi saya selepas ini bila dah terbaca entry saya kali ni boleh lebih faham sikap dan cara layanan saya terhadap mereka, rite? InsyaAllah... =) Dan, secara jujurnya saya sendiri pun sebelum ni selalu keliru dan kebi...

Macam Mana Korang Menginfakkan Rezeki?

Petikan tafsir ayat dari Surah Al-Balqarah. Ayat 2 dan 3 buat saya rasa 'deep' sangat-sangat! Yang bertanda nombor 2 & 3 tu petikan ayat dari Surah Al-Baqarah. Yang nombor 6 & 7 tu intisari ayat. Kira penjelasan lebih terperinci tentang ayat-ayat di dalam surah. Oh! Sebelum tu, nak diingatkan. Saya bukan alim-ulamak tau. Bukan ustazah. Bukan pendakwah yang layak digelar pendakwah. Saya orang biasa-biasa je. Saya hanya suka berkongsi tentang indahnya Al-Quran kepada semua. Mungkin kerana saya menjual Al-Quran Almumayyaz, jadi ini boleh juga dianggap sebagai salah satu teknik pemasaran. Tapi apapun yang pasti, saya hanya ingin berkongsi. Saya pun masih lagi belajar. Masih lagi dalam proses sedang mendalami Al-Quran. Sejak guna Almumayyaz nilah saya rasa senang sikit nak menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Tu yang bila 'terjumpa' part-part yang 'deep' macam ni, saya rajin je nak share. Sebab saya nak kongsikan perasaan yang saya rasa. Saya nak kora...

Terlukanya Hati...

Hati berlagu sedih dan duka di hari raya kedua. Lahaihhh... (T_T) Bila dah selalu sangat dihadapkan dengan penipuan dan kecurangan, perlahan-lahan hati mula rasa tawar untuk bertahan. Hambar. Kerana luka yang terlalu beribu. Kerana tangisan yang jarang benar redanya. Kerana sakit yang sukar sekali sembuhnya dan kerap pula kebertandangannya. Maka, kerana semua itu, perlahan-lahan hati mula belajar untuk berdikari. Kerana membawa haluan sendiri itu kini terasa seperti adalah jalan yang terbaik. Agar hati tidak terus terluka. Agar jiwa tidak terusan menangis meratap hiba. Agar supaya luka itu selepas ini boleh sentiasa dihadap seolah-olah seperti berdepan dengan sebatang tunggul kayu yang mati. ALLAH... terluka hati. Dan sungguh, hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana rasanya. :'( Kuat lagi ke ni? Boleh bertahan lagi ke ni? Ke nak give up sekarang? Ya ALLAH, bilamana hati ini ku tauhidkan sentiasa agar tulus dan ikhlas kepada semua makhlukMU, maka berikanlah juga kepadaku ketulusan ...

Menyesal Beli Baju Raya

Sebenarnya tahun ni, yang gigih sangat beli baju raya, bukan sebab apa pun. Bukan sebab nak melawa sangat pun. Tapi sebab nak appreaciate diri sendiri dengan hasil dari usaha penat lelah berniaga online a.k.a berniaga sendiri selama setahun ni. Selama ni kalau nak beli apa-apa, mesti kena tengok harga dulu. Mesti nak kena kedekut jugak walau macam-macam mana pun. Sebab ingat sokmo... duit tu nak buat hidup untuk hari esok lagi. Jadi tak pernah dapat sokmo nak merasa kepuasan yang diri inginkan. Duit keuntungan berniaga, start dari awal berniaga sampailah dah hampir setahun ni, tak habis-habis buat modal pusingan dan tambahan untuk besarkan dan majukan bisnes. Sampai untuk diri sendiri tak pernah beli apa pun. Dari awal berniaga hari tu, sampai ke hari ni, mana merasa lagi enjoy duit hasil berniaga sendiri. Habis-habis merasa pun, buat beli kuih-muih kat pasar malam tiap hari Jumaat kat Kemasik tu je pun. Tak pernah lagi reward diri dengan apa-apa yang lebih dari tu dengan dui...

Relakan Jiwa

Sail Away (Orinoco Flow) - Enya perlahan surut bunyinya di hujung lagu. Senyap. Hujung jari-jemari yang tak berapa nak runcing tetap meneruskan kerja mengetuk huruf-huruf yang dikehendaki di dada papan kekunci laptop di depan. Tengah bermain koding sebenarnya. Usaha nak mencantikkan blog sendiri. Mungkin kerana sayang duit nak upah designer, akhirnya tanpa sedar entah sejak bila dah terambil langkah menggodek dan mereka sendiri koding sehingga mampu merubah dan mencantikkan beberapa widget di blog sendiri. Tak tau la orang tengok cantik ke tak, tapi yang pasti, diri sendiri puas hati. Tengah ralat memikirkan letak susun koding di depan mata itu sambil dengan kedua-dua tangan sedang bersedia di atas papan kekunci menunggu arahan dari buah fikiran, dentuman kuat bunyi dram yang melantun keluar dari kedua-dua earbuds yang tersumbat di lubang telinga kiri dan kanan membuat diri tersentak. Hadoi... Kurus sekejap semangat. Eh tapi dah lama tak dengar lagu ni la. Dan memangnya seja...

Follow 29 Blog Dalam Masa Tak Sampai 2 Jam!

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Okay. I got 5-10 minute sebelum nak pergi bersiap. Maa nak ajak pergi bandar. Saya dahlah start dari bangun pukul 4 tadi sampai sekarang dah 9 lebih tak tidur-tidur lagi ni. Dah la malam tadi tidur lewat. Tapi tu memang dah kebiasaan pun tidur lewat. Hehehe. So... sebelum pergi bersiap, kita nak umumkan sikitlah... yang sepanjang hampir genap 5 tahun kita berblogging, hari nilah first time kita follow blog orang dalam suatu masa dengan jumlah yang sangat banyak. 29 blog dalam masa tak sampai 2 jam??? Oh, yes! Seriously tak tipu. Dan they are semua actually.... adalah Sahabat Blogger dari grup WhatsApp je. Hehehe... Tapi sebelum tu, alang-alang dah settle follow 29 blog member dari grup WhatsApp Sahabat Blogger atau sekarang dah dinamakan 'SBians' oleh bebudak grup yang kekadang kepala masuk air. Hahaha. Selenge betol! Dorang-dorang time kepala masuk air, sesukati je tukar nama grup. Yang pasti, sebelum nak keluar nama yang cerd...

Mereka Memang Tahu!

Allah... Allah... Allah... Astaghfirullahal'adzim... pegang dada kejap terbaca komen sorang facebooker ni kat post Alvin Tan yang kutuk-kutuk pasal muslimah yang berhijab tengah-tengah musim panas gini tadi. Tahu dah Alvin tu saja je nk buat hot. Saya bukan nak layan pun kata-kata Alvin tu. Tak tersinggung langsung! Sebab dah tau si Alvin tu siapa. Cuma, tadi nak tengok feedback orang ramai tentang post Alvin tu je. Tapi memang semua kutuk Alvin pun. Dan tujuan saya aim bende ni (komen facebooker tu) bukan nak bukak topik pasal dia pulak, tak. Sebab nasihat dia kat komen tu baik sebenarnga. Cuma pengakuan dia tu yang menyentap perasaan saya sangat-sangat! Why? See... Dia kata, 'Aq sbg org kafir laqnatullah pown reti'. Mean, dia tahu dan sedar sangat-sangat akan kekafirannya? Mean, dia tahu sangat-sangat agama yang dipilih itu salah? Mean, dia sedar dan tahu sangat-sangat siapa itu ALLAH??? Allah... I is rasa nak nangis je baca komen dia tadi. Nak nangis sebab...

Kata Orang? Peduli Hape!

Throwback. Teringat balik 'perbualan' yang hari tu. Ma kata kat seseorang, "baru mok wan tahu, rupa-rupanya ada jugok orang duk bercakap hal keluarga mok wan." Saya yang terdengar, gelak sinis dalam hati. Lalu kemudian dalam hati berbicara membebel sendirian... Well, fitrah tu. Mulut manusia kita mana boleh tutup. Sebaik apa pun kita rasa kita dah berusaha untuk jadi, ingat semua orang nak anggap kita baik ke? Alahai... orang anggap kita baik ke, buruk ke, kita peduli kenapa? Sekalipun orang memandang hina kepada kita, waktu kita lapar, merekakah yang menyuapkan kita makanan? Tentu tidak bukan? Jatuh-bangun-sakit-lelah-menangis-berteriak selama ni pun kita bergagah dengan kaki dan khudrat sendiri, kan? Jadi kenapa peduli sangat dengan APA KATA ORANG? Sedangkan ALLAH tak menghina kita pun. Orang bagi kata-kata buruk, tapi tetap melimpah je rahmat ALLAH pada kita selama ni. Dapat makan sedap-sedap. Dapat tidur lena. Dapat senyum-ketawa terus i...

Jangan Jadi Sebab Diri Berduka

Faham tak maksud quote Sofia dari gambar di atas? Okay. Kalau faham, take note. Kalau tak faham, baca lagi sampai faham. Hahaha. Actually. Muhasabahkanlah dan motivasikanlah diri kita sendiri. Bukan untuk orang lain pun, untuk kebaikkan kita sendiri juga. Sebab bagi Sofia, Sofia lebih yakin yang sebenarnya kita ni sendiri yang mencipta sebab untuk senyuman gembira mahupun air mata duka kita. Bukan orang lain. So, jangan pernah pedulikan hal-hal yang tak menjadikan kita gembira bilamana ia tak membawa kebaikkan kepada diri kita. Rightio? Okay. Tu je. Selamat malam semua! ^_~ Hey! Kalau sudi, jom add saya di Facebook atau follow saya di Instagram. Klik je gambar di bawah. ^_^ P/s: Terima kasih sudi singgah blog kita tau. Jangan lupa tinggalkan komen atau pesanan atau tanda jejak anda di ruangan komen ye? Terima kasih! Jazzakallahu khairan kasira! (moga Allah s.w.t. ganjarankan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya!) ^_^

Sorry No Update

Assalamu'alaikum. Naaa... ni muka separuh happy selepas siap reply semua wassap. Lega sikit. Settle dah sebabak. Huhu... hari ni seharian takde update langsung dari Sofia, kan? Baik fb, mahupun ig, yellek! Super busy, kelam-kabut dan penat sangat hari ni. Sungguh. Penat sangat. Pastu lapar dan teringinnyeee nak makan Char Kue Teow. Eh tetibe, kan? Hahaha. Tapi sungguh, syioknye kalo dapat. Tapi tak dapat. Maka pasrah jelah. -.-' Btw, Selamat Pengantin Baru buat Kakakku Kak Na. Walaupun dia takde blog, fb & ig, tapi tetap nak ucap jugak. Hahaha. Esok kita #throwback k? Malam ni #tidurawal. Tak larat dah. Kehabisan tenaga dah. Selamat malam semua! P/s: Jangan lupa 1 atau 1/2 scoop #MCP atau 2 biji #IPCT before sleep untuk esok wake up dengan happy dan bertenaga. InsyaALLAH. For more detail, sila visit dan follow Instagram: @macocollagenoriginal atau Facebook Fan Page: Maco Collagen Original.

Kenapa Benci Melihat Saya Gembira?

Adakah senyuman saya suatu perkara yang menyakitkan hati? Adakah melihat kebahagiaan dan kegembiraan saya membuatkan anda rasa menyampah? Kenapa...? Kenapa sakit hati tengok saya gembira? Kenapa benci kegembiraan saya...? Kenapa...??? Kenapa layan saya macam ni...???  (T_T) Saya bukan tunggul kayu! Saya manusia yang punya hati dan perasaan! Saya juga berhak untuk gembira! Tolonglahhh..... (T_T) Masalah betul kalau ada orang yang asyik suka berhasad dengki dan berburuk sangka nih! Hati dia sendiri yang busuk, nak menyusahkan hidup orang pulak. Apesal dia ni ek? Kalau saya rapat atau baik dengan sesiapa, ada je akalannya nak jauhkan saya dari orang tu. Macam nak suruh semua orang bencikan saya je. Tapi apesal? Saya rasa saya tak pernah buat jahat kat dia. Tapi apesal macam benci sangat tengok orang baik kat saya? Salah ke untuk segala apa yang saya dah lalui, untuk segala lelah saya dengan hidup, saya nak deserve yang diri saya berhak untuk happy? Untuk ada kawan. U...

Turn To ALLAH

Kadang-kadang kan, nak je buat jahat. Nak doa, mintak ngan ALLAH semoga ALLAH bagi balasan balik kat orang yang khianati kita. Kan doa orang yang teraniaya tu selalu dimakbulkan ALLAH? Tapi boleh nampak tak bertapa tak sedar dirinya kita kat situ? Orang khianati kita, kemain nak mintak biar ALLAH balas balik bagai, kan? Tapi kita yang dah selalu khianati ALLAH ni, pernah ke kita sedar kesalahan kita pada ALLAH? Husnuzon... Bukan nak kata kita harus maafkan semua orang begitu saja, tak. Tapi dengan dugaan-dugaan begitulah sebenarnya ALLAH nak sedarkan kita supaya insaf dan kembali semula pada DIA. ALLAH kan Maha Pengampun, dan Dia Maha Pengasih. Orang mungkin tak menghargai kita, tapi ALLAH Yang Maha Pengasih takkan pernah biarkan kita sendiri walau bertapa buruknya pun orang mencampakkan kita. Subhanallah... baiknya ALLAH. :') Hey! Kalau sudi, jom add saya di Facebook atau follow saya di Instagram. Klik je gambar di bawah. ^_^

Kalau Kita Jodohnya...

Betul, kan? Kalau kita memang jodoh seseorang tu, hanya kita saja yang istimewa di mata dia. Kalau mata dia masih melihat keistimewaan orang lain dari kita, maknanya bukan jodoh kita la tu. Sebab, perempuan ni kan tulang rusuk kiri lelaki? Half of diri dia kut. Dekat dan kuat sangat. So kalau memang kita pasangannya, dia akan rasa cukup dan lengkap. Tetapi jika adanya kita tak menjadikan dia merasa cukup dan lengkap, itu bermakna kita bukan tulang rusuk kiri dia. Kadang-kadang Allah temukan kita dengan orang yang salah bukan sebab nak duga kita jugak, tapi mungkin Allah nak ajarkan kita sesuatu supaya kita jadi lebih baik. Lebih kuat. Lebih kebal. InsyaALLAH... InsyaALLAH... Sofia redha... Sofia kuat. Allah kan ada. :')

Airmata Lagi...

Ah. Nangis lagi... Ya ALLAH... Berat rasanya ujian ni. Tapi dosa Sofia pada ALLAH tentu lebih besar lagi, kan? Jika inilah balasan ALLAH atas dosa-dosa lalu Sofia, Ya ALLAH... Sofia mohon... berilah Sofia kekuatan iman dan ketabahan hati untuk hadapi semua ni dengan redha dan berlapang dada. Semoga ALLAH ampunkan segala dosa-dosa Sofia. Aamiin... Semoga luka ni cepatlah sembuh. Sofia perlu teruskan hidup...