Kehidupan
selepas mati tu patutnya anggap macam 'berehat' sementara tunggu hari
perhitungan. Sedangkan waktu hidup di dunia ni adalah peluang-peluang dan
ruang-ruang untuk kumpulkan bekalan untuk tempuhi perjalanan yang panjang
nanti, jadi kenapa kita mesti lebih suka berehat dan bersenang-senang di dunia?
Kenapa bukan buat diri penat sikit di dunia untuk supaya selepas mati nanti
dapat berehat?
Hidup
ni ada terlalu banyak peluang yang sebenarnya kita tak menang tangan nak grab
semua pun. Macam kejar bubble di udara. Kalau kita bangun dan berkejar, mesti
dapat pecahkan beberapa darinya. Tapi kalau diam dan tengok je, ia akan semakin
menjauh dan akhirnya dipecahkan sendiri oleh angin je.
Peluang
tu sebenarnya tak pernah tak ada. Tapi kita ni je yang tak nak manfaatkan
peluang yang ada.
Baiklah.
Kita pernah merasa terkilan tak dapat buat sesuatu masa dalam cerita-cerita
terdahulu dalam hidup kita. Pernah kecewa ditinggalkan. Pernah sedih
kehilangan. Dan hingga hari ni, hingga ke saat ni, kita masih merasa takut
andai di masa akan datang perkara yang sama berulang lagi, kan?
Sebenarnya
masa sentiasa berlalu. Yang kita takutkan tu, setiap saat menghampiri dan
meninggalkan kita ke belakang. Sedar tak? Dan setiap saat kita terus-terusan
merasa terkilan sambil terus merasa takut akan rasa terkilan lagi.
Dahlah...
Berhentilah hanya mengatakan diri takut akan merasa terkilan, kecewa atau sedih
pada perkara yang masih belum jadi sedangkan peluang untuk tidak menghadapi
semua ketakutan itu jelas terbuka di depan mata setiap hari.
Kalau
takut mati tak sempat kumpul amalan, kenapa tidak saat ni cepat-cepat mula
beramal?
Kalau
takut orang-orang yang tersayang pergi meninggalkan kita dengan perkara-perkara
yang buat kita terkilan kemudian hari macam pengalaman kehilangan-kehilangan
terdahulu dalam hidup kita, kenapa tidak sekarang mula manfaatkan peluang yang
mereka bagi dan hargai mereka?
Nak
tunggu peluang bila lagi? Nak tunggu peluang mana lagi? Selagi nyawa masih di
jasad, tu namanya peluanglah tu!
Andaikan
kita tak tahu sedetik lagi Malaikat Izrail akan datang mencabut nyawa kita, dan
saat ni kita tengah buat sesuatu yang tak baik, macam mana kalau nanti mati
dalam perkara yang menghinakan? Tengah berzina, maybe? Tengah membuli atau
menzalimi orang, maybe? Tengah hulur tangan nak sambut rasuah, maybe? Tengah
berjudi, maybe? Tengah mencuri, maybe? Atau apa-apa je lagi. Macam mana? Macam
kalau nanti mati dalam keadaan tengah buat benda-benda tak baik tu?
Memanglah
mati tu pasti... tapi nak ke mati dalam kekufuran?
Memanglah
setiap perkara yang terjadi dalam hidup ni dah ditakdirkan ALLAH... tapi kan
ALLAH dah kata, yang baik tu datang dari ALLAH, yang buruk tu sebenarnya datang
dari diri kita sendiri. ALLAH tak pernah takdirkan yang buruk untuk kita
melainkan kita sendiri yang membiarkan keburukkan tu terjadi. Kan ALLAH dah
kata, apa kita layak mengatakan yang kita beriman pada DIA sedang kita tak diuji?
Zaman nabi-nabi dulu kena uji lagi berat dari kita. Rasullullah S.A.W. siap
kena maki, kena hina, kena kecam, kena halau dan macam-macam lagi hanya sebab
nak perjuangkan ISLAM. Kita hari ni, Rasullullah S.A.W dah tinggalkan
kesenangan nak bagi kita mudah beribadah pada ALLAH dah. Tak payah nak berjuang
berperang kat mana-mana dah semata nak cari ruang untuk beribadah kepada ALLAH.
Tinggal berjuang dengan diri sendiri untuk kuatkan IMAN je. Islam memang
dah Islam dah. Tahu dah Islam tu benar. Jadi kenapa masih nak payah lagi nak
buat ibadah tu?

Sebenarnya
bukan hidup ni yang payah, bukan persekitaran kita yang memayahkan kita, tapi
diri kita sendiri yang buat segala apa yang kita nak buat tu jadi payah.
Kita
takkan ke mana selagi tak mulakan langkah pertama. Kita takkan ke sana, ke
sini, atau ke sinun, kalau malas nak buat langkah pertama. Dan kita takkan
dapat merasa langkah ke seratus pun kalau kita tak mulakan dengan langkah
pertama.
Betul...
mati tu tiba-tiba. Kita tak tahu bila mati. Tapi baiklah pernah buat langkah
pertama dari tak pernah buat apa-apa langsung. Baiklah sempat walaupun cuma
terniat nak buat baik je dari tak pernah terniat langsung. Baiklah PERNAH
CUBA UNTUK BERUBAH, DARI TAK PERNAH MENCUBA LANGSUNG.
Betterlah
pernah buat kebaikkan tu dari tak pernah buat langsung. Kan kita hidup ni mesti
nak kena selalu bertambah ke arah kebaikkan? Bukannya keburukkan. Better pernah
halang diri dari buat dosa, dari tak pernah halang diri buat dosa. Sebab nanti
kat akhirat bila ALLAH tanya apa yang kita dah buat untuk Islam, walaupun
selama hidup ni tak banyak amalan, dan perkara tu pulak sangat-sangatlah kecil
je hasilnya, tapi sekurang-kurang boleh kata pada ALLAH, kita pernah halang
diri kita dari buat dosa. Kan ALLAH dah kata, ALLAH tak pandang natijah, ALLAH
pandang usaha kita.
Kalau
burung yang kecil cinonet tu sanggup bawa air yang walaupun dia cuma mampu bawa
sikit je untuk padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s, tapi dia buat
jugak. Sebab apa? Sebab nanti kat akhirat bila ALLAH tanya apa yang dia dah
buat untuk agama ALLAH, dia akan cakap dia pernah CUBA padamkan api yang nak
membakar Nabi ALLAH tu untuk selamatkan Nabi ALLAH. Burung cinonet tu pun boleh
faham erti better pernah buat kebaikkan dari tak pernah buat kebaikkan, kita
yang dah lengkap dengan akal fikiran ni kenapa tak boleh faham lebih baik dari
tu?
Saya
bukanlah seorang yang bagus. Tak banyak hal pun, sikit hal pun saya tak rasa
saya ni bagus. Bukan sebab rasa rendah diri, tak. Tapi saya akui saya bukan
orang yang bagus-bagus. Mungkin ada kebaikkan atau kelebihan diri sendiri yang
saya tak nampak, tapi buat masa ni apa yang saya nampak, saya bukanlah orang
yang hebat. Orang biasa yang terlalu biasa. Malah saya budak teruk jugak
sebelum ni. Bukan jenis makan saman punya orang jugak... Hidup
tunggang-langgang jugak. Bergaul tak tentu hala... Redah sana redah sini tak
kira tempat... Hidup sesungguhnya hidup. Lara, lalai, leka, hanyut dengan hidup
sama je macam budak-budak muda baru nak naik dewasa yang biasa korang lihat sana-sini
tu. Cuma sekarang je dah banyak berubah. Change for good for future life
yang... ala, nanti nak mati jugak, nak enjoy dengan hidup ni berapa lama sangat
kalau nanti masuk kubur tak boleh bawak pun semua tu? Orang hidup tak nak buat
benda sia-sia. Kalau boleh segala benda yang dibuat dalam hidup kat dunia nak
biar sampai boleh bawa ke mati. Kalau enjoy-enjoy hidup tak tentu hala tapi
lepas mati nanti kena seksa, baiklah manfaatkan peluang hidup yang ada ni untuk
buat apa-apa je yang boleh buat senang lepas mati nanti kan? Sape nak kena
seksa dalam kubur? Sape nak kena marah dengan ALLAH? Tak nak kan?
Sebab
tu... biar apa pun yang dah pernah saya buat dalam hidup saya di masa lalu,
biar sebanyak mana pun rasa terkilan-kecewa-hampa saya pada sejarah lalu hidup
saya sendiri... tapi ada satu perkara yang sangat-sangat saya pegang dalam
hidup saya. Better pernah cuba untuk berubah dari tak pernah mencuba langsung.
Better
pernah dari tak pernah.
Tak
kisahlah kalau orang tak boleh terima perubahan kita. Asal kita berubah untuk
kebaikkan, dan kita terima perubahan diri kita sendiri tu dengan berlapang
hati, nak risau apa? Kita buat apa yang ALLAH suka.
Lagipun,
kita tak boleh buat semua orang faham kita. Dan orang tak boleh faham kita
sebaik diri kita sendiri. Biarlah apa orang nak cakap pun. Janji kita buat
benda baik, dan kita tak buat jahat kat orang. Kita memang tak boleh tutup
mulut orang. Nak pergi letak tangan tang mulut orang tu supaya jangan bercakap,
memang tak boleh kan? Tapi kita boleh doa supaya ALLAH 'tutup' mulut orang tu.
ALLAH tu Maha Berkuasa Lagi Maha Mengetahui. Apa yang Dia tahu, lebih dari apa
yang kita tahu. Apa yang dia tentukan pastinya lebih baik dari apa yang kita
tentukan. Biar Dia je yang bantu kita selesaikan halangan tepi-tepi jalan hidup
tu, kita teruskan je perjuangan hadapi cabaran di depan. Orait?

P/S: Kalau dulu... masa zaman jahiliah dulu tu suka buat aci better pernah
enjoy... pernah rasa tu.. pernah buat ni... dari tak pernah dalam hidup. Tapi
sekarang bila dah datang kesedaran tu, mula dah ubah better tu kepada bunyinya
macam ni pulak - better pernah buat kebaikkan dari tak pernah buat kebaikkan.
Comments
Post a Comment