Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Macam Mana Korang Menginfakkan Rezeki?

Petikan tafsir ayat dari Surah Al-Balqarah. Ayat 2 dan 3 buat saya rasa 'deep' sangat-sangat! Yang bertanda nombor 2 & 3 tu petikan ayat dari Surah Al-Baqarah. Yang nombor 6 & 7 tu intisari ayat. Kira penjelasan lebih terperinci tentang ayat-ayat di dalam surah. Oh! Sebelum tu, nak diingatkan. Saya bukan alim-ulamak tau. Bukan ustazah. Bukan pendakwah yang layak digelar pendakwah. Saya orang biasa-biasa je. Saya hanya suka berkongsi tentang indahnya Al-Quran kepada semua. Mungkin kerana saya menjual Al-Quran Almumayyaz, jadi ini boleh juga dianggap sebagai salah satu teknik pemasaran. Tapi apapun yang pasti, saya hanya ingin berkongsi. Saya pun masih lagi belajar. Masih lagi dalam proses sedang mendalami Al-Quran. Sejak guna Almumayyaz nilah saya rasa senang sikit nak menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Tu yang bila 'terjumpa' part-part yang 'deep' macam ni, saya rajin je nak share. Sebab saya nak kongsikan perasaan yang saya rasa. Saya nak kora

Terlukanya Hati...

Hati berlagu sedih dan duka di hari raya kedua. Lahaihhh... (T_T) Bila dah selalu sangat dihadapkan dengan penipuan dan kecurangan, perlahan-lahan hati mula rasa tawar untuk bertahan. Hambar. Kerana luka yang terlalu beribu. Kerana tangisan yang jarang benar redanya. Kerana sakit yang sukar sekali sembuhnya dan kerap pula kebertandangannya. Maka, kerana semua itu, perlahan-lahan hati mula belajar untuk berdikari. Kerana membawa haluan sendiri itu kini terasa seperti adalah jalan yang terbaik. Agar hati tidak terus terluka. Agar jiwa tidak terusan menangis meratap hiba. Agar supaya luka itu selepas ini boleh sentiasa dihadap seolah-olah seperti berdepan dengan sebatang tunggul kayu yang mati. ALLAH... terluka hati. Dan sungguh, hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana rasanya. :'( Kuat lagi ke ni? Boleh bertahan lagi ke ni? Ke nak give up sekarang? Ya ALLAH, bilamana hati ini ku tauhidkan sentiasa agar tulus dan ikhlas kepada semua makhlukMU, maka berikanlah juga kepadaku ketulusan

Terapi Mengusir Dengki

Saat Nabi Adam alaihissalam diciptakan, iblis pun terkena penyakit ini yg membuatnya dilaknat oleh ALLAH. Maka seorang muslim yang hanif tentulah sedar bahwa dengki / iri hati / hasad adalah penyakit yang mesti diatasi mengingat bahaya yang ditimbulkannya teramat besar. . Berikut beberapa cara mengatasi penyakit dengki: 1) Mengakui bahawa dengki itu merupakan penyakit berat yang mesti dihilangkan. 2) Meng-imani bahwa segalanya telah ditetapkan berdasarkan qadha & qadar-Nya kepada para hamba-Nya, tidak akan berubah & tertolak kerana ketamakan & kedengkian seseorang. Pada hakikatnya, memiliki sifat dengki bererti mengotori keimanan yg dimiliki. 3) Membiasakan memaksakan diri melakukan sifat bertentangan dari perbuatan negatif yg muncul dari sifat dengki/hasad dgn amalan bermanfaat. ALLAH ta’ala berfirman, "Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, Maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara Dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi

Menyesal Beli Baju Raya

Sebenarnya tahun ni, yang gigih sangat beli baju raya, bukan sebab apa pun. Bukan sebab nak melawa sangat pun. Tapi sebab nak appreaciate diri sendiri dengan hasil dari usaha penat lelah berniaga online a.k.a berniaga sendiri selama setahun ni. Selama ni kalau nak beli apa-apa, mesti kena tengok harga dulu. Mesti nak kena kedekut jugak walau macam-macam mana pun. Sebab ingat sokmo... duit tu nak buat hidup untuk hari esok lagi. Jadi tak pernah dapat sokmo nak merasa kepuasan yang diri inginkan. Duit keuntungan berniaga, start dari awal berniaga sampailah dah hampir setahun ni, tak habis-habis buat modal pusingan dan tambahan untuk besarkan dan majukan bisnes. Sampai untuk diri sendiri tak pernah beli apa pun. Dari awal berniaga hari tu, sampai ke hari ni, mana merasa lagi enjoy duit hasil berniaga sendiri. Habis-habis merasa pun, buat beli kuih-muih kat pasar malam tiap hari Jumaat kat Kemasik tu je pun. Tak pernah lagi reward diri dengan apa-apa yang lebih dari tu dengan dui

Relakan Jiwa

Sail Away (Orinoco Flow) - Enya perlahan surut bunyinya di hujung lagu. Senyap. Hujung jari-jemari yang tak berapa nak runcing tetap meneruskan kerja mengetuk huruf-huruf yang dikehendaki di dada papan kekunci laptop di depan. Tengah bermain koding sebenarnya. Usaha nak mencantikkan blog sendiri. Mungkin kerana sayang duit nak upah designer, akhirnya tanpa sedar entah sejak bila dah terambil langkah menggodek dan mereka sendiri koding sehingga mampu merubah dan mencantikkan beberapa widget di blog sendiri. Tak tau la orang tengok cantik ke tak, tapi yang pasti, diri sendiri puas hati. Tengah ralat memikirkan letak susun koding di depan mata itu sambil dengan kedua-dua tangan sedang bersedia di atas papan kekunci menunggu arahan dari buah fikiran, dentuman kuat bunyi dram yang melantun keluar dari kedua-dua earbuds yang tersumbat di lubang telinga kiri dan kanan membuat diri tersentak. Hadoi... Kurus sekejap semangat. Eh tapi dah lama tak dengar lagu ni la. Dan memangnya seja

Follow 29 Blog Dalam Masa Tak Sampai 2 Jam!

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Okay. I got 5-10 minute sebelum nak pergi bersiap. Maa nak ajak pergi bandar. Saya dahlah start dari bangun pukul 4 tadi sampai sekarang dah 9 lebih tak tidur-tidur lagi ni. Dah la malam tadi tidur lewat. Tapi tu memang dah kebiasaan pun tidur lewat. Hehehe. So... sebelum pergi bersiap, kita nak umumkan sikitlah... yang sepanjang hampir genap 5 tahun kita berblogging, hari nilah first time kita follow blog orang dalam suatu masa dengan jumlah yang sangat banyak. 29 blog dalam masa tak sampai 2 jam??? Oh, yes! Seriously tak tipu. Dan they are semua actually.... adalah Sahabat Blogger dari grup WhatsApp je. Hehehe... Tapi sebelum tu, alang-alang dah settle follow 29 blog member dari grup WhatsApp Sahabat Blogger atau sekarang dah dinamakan 'SBians' oleh bebudak grup yang kekadang kepala masuk air. Hahaha. Selenge betol! Dorang-dorang time kepala masuk air, sesukati je tukar nama grup. Yang pasti, sebelum nak keluar nama yang cerd