Skip to main content

Tak Mahu Lagi Dibohongi

Hati saban hari berbicara duka.

Tak tahu di mana lagi nak mencari kekuatan.

Ya, percaya... ALLAH menguji bersebab. Hati juga redha, bukan merungut. Bukan juga mengeluh. Dan sedar sangat... diri hanya seorang hamba, layaklah diuji. Dan... bukan juga tak mengusir kesedihan itu. Bukan juga selalu melayan rasa. Cumanya diri hanya manusia biasa. Lemah. Adakalanya rebah juga.

Bukan tak berusaha menjadi sehebat 'Hajar' mahupun 'Syaza' mahupun seperti mereka wanita-wanita muda pejuang jalan ALLAH, cumanya diri terlalu lemah.

Bukan tak usaha mengumpul kekuatan, cumanya ada masa terbabas juga. Diri memang hanya manusia biasa.

Dan hari ni... sungguh tak tertahan lagi sedih rasa hati. Nak terus menangis lagi, tak sanggup. Nak ketawa, tiada punca. Hanya tersenyum bersama hati yang menangis. Sungguh, itu sangat perit melakukannya. Ya Allah...

Sukarnya mencari ketulusan di hati manusia.

Kerap mendengar pembohongan. Kerap mendengar cerita-cerita rekaan. Namun diri tetap diam. Hanya mendengar. Hati tak mengiyakan, namun gagal juga untuk menidakkan. Takut salah mentafsir. Tapi akhirnya... selalu saja tersedar dari hakikat pembohongan. Peritnya Ya Allah... Sudahnya, diri hanya mampu menangis. Menangis dan terus menangis. Hingga betul-betul rasa dah tak berdaya lagi dah untuk bertahan apa lagi meneruskan hidup.

Ya ALLAH... sukarnya menemukan bahagia.

Kenapa ada pembohongan setelah bahagia tercipta? Kenapa manusia itu gemar benar berpura-pura? Sukarkah menghargai kejujuran dan ketulusan seorang Sofia? Remeh sangatkah perasaan hati seorang Sofia hingga dipersendakan setiap kali?

Sofia tak mahu membenci. Sofia tak mahu berdendam. Biarlah sekejam apa pun permainannya. Tak mahu membalas apa-apa. Bukan kerana lemah. Bukan kerana tak mampu. Tapi kerana tak mahu menambah lagi penyakitnya hati. Hanya mahu... cukuplah segala penderitaan. Kalau tidak ada setia... tidak ada ketulusan... tidak ada kejujuran... jauhkanlah Sofia dari semua ini. Sofia bukan bahan untuk dipersendakan.

Tak guna juga memiliki jika hanya terus-terusan dibayangi pembohongan. Jika yang dicintai dengan ketulusan hati itu adalah insan lain, lebih baik mengalah. Lebih baik berundur. Lepaskan.

Tak mahu lagi mencari. Tak mahu juga mengejar. Bukan memilih. Bukan memaksa diri. Cuma takut terluka lagi. Cukuplah nikmat hidup sekadar yang ada. Cukuplah bersyukur dengan seadanya apa yang ALLAH beri. Ada jodoh, adalah. Tak ada, tak akan usaha lagi. Bukan putus asa. Tapi benar-benar tak mahu disakiti lagi. Sebab tak pernah jumpa yang tulus. Sebab tak pernah jumpa yang setia. Sebab tak jumpa yang jujur. Mereka terlalu gemar berbohong. Dan diri ini terlalu muak benar mendengar pembohongan. Bukan tak percaya masih ada insan yang berhati tulus, cumanya... tak mahu berharap. Cukuplah. Tak mahu dengar apa-apa pembohongan lagi.

Biarlah... berserah segalanya pada ALLAH. Ada, ada. Tak ada, redha. Sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ini.




Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.