Skip to main content

Rasa Bersalah | Maafkan Saya...



Assalamu'alaikum. Hai!

Weh! *muka terkejut*  Apa ni? Apa ni??? Ngaaa... Habuk??? Sawang??? *cuak* Hurppp... *terus sedut angin* Fuhh! Fuhh! Fuhhh....!!!! *tiup habuk dengan penuh perasaan* Ceh! Tiup habuk la aku kononnn... Tapi hapeee... Dengan air-air lioq sekali tersembur keluar. Agagaga... *gelak berguling-guling atas lantai sambil tekan-tekan perut.*

Hahaha... Okay. Okay. Serius. Serius.

Woahhh... Lama gila tak update blog ni, kan? Wuwuwu... sorry sesangat. Disebabkan tak update blog, stats blog pun dah malas nak tengok dah sekarang. Ingatkan bila takde update, mesti makin kurang la visitor. Dan bila tengok jumlah kedatangan visitor dah kurang, hati pun rasa tak seronok. Well, sebab tu la kita malas nak check traffic. Tapi silap rupanya. Hari ni, bila tengok traffic blog, baru sedar yang rupanya walaupun blog ni dah lama tak update, tapi masih lagi ada pengunjung rupanya. Kut puluh-puluh je, tak la terkejut sangat. Tapi bila tengok jumlah visitor macam maintain ratus-ratusan je hari-hari, subhanallah... terharunya. Tak sangka rupanya masih ramai lagi yang suka melawat blog ni (hehe... walaupun takde update).

Adakah itu tandanya penulisan saya memang dah melekat di hati korang? Atau... saya yang dah melekat di hati korang? Hahak! Gurau je. Tapi still, memang rasa terharu sungguh. Kunjungan korang ke blog saya ni memang benar-benar menyentuh hati dan membuatkan saya terharu. Tsk. Tsk. :')

Tapiii... sebenarnya apabila melihat semua ni, tak dinafikan memang buat hati saya makin rasa bersalah jugak... Saya tahu, ramai yang singgah ke blog ni sebab nak baca update baru dari memana penulisan saya kat blog ni, kan? Tapi selalu hampa sebab... usah nak harapkan update, blog pun langsung tak berusik kan? Takde perubahan langsung. Sibuk sungguh. Kalah menteri. Hahaha. Kan?

Tapi sungguh, saya mintak maaf bebanyak k...? Nak kata takde idea sangat nak sambung menulis pun, macam tipu sangat. Sebab idea tu datang jugak kekadang. Walaupun sekali tak sekala. Cumanya... ruang masa dan kelapangan yang masih tak dapat-dapat lagi ni. Dan faktor tubuh yang dah terlalu penat bila dah kerja sehari-harian pun puncanya jugak. Mintak maaf, keh?

Takpe... walaupun tak ada update kat blog, tapi kat belakang, kat manuskrip, ada juga sikit-sebanyak saya duk sambung. Takat ni dah... lebih-kurang 6/10 nak siap la. InsyaALLAH, saya usahakan jugak untuk siapkannya. Tapi kepada semua para pembaca, tolonglah doakan jugak untuk saya. Doakan semoga ALLAH berikan saya idea yang bagus-bagus... ilham yang luas... serta ruang dan masa kelapangan juga untuk supaya saya dapat menulis dan berkarya dengan baik, okey? Semoga saya dapatkan tunaikan hajat semua orang yang nak baca full 'Excuse Me!' dan penulisan-penulisan yang lain. Insya-ALLAH. Doakan ya?

Terima kasih sudi tolong doakan yang baik-baik untuk saya.
Jazzakallahu khairan kasira.
^_^

P/s: Kepada para penggemar LINE's (including me. haha.) Jemput klik link ni ye. >> (SPECIAL Crazy deals on LINE Shopping!)

Comments

  1. ejaculation

    Look into my web site blackjack

    ReplyDelete
  2. The symptoms of ectoplic pregnancy include immense abdominal pain
    and spotting. Weather and climate relate to each other as theey arre the study of
    the sawme phenomena. About the Author-Author loves to write article
    on different health relatted topics and this article is related
    to issujes involved in elderly care.

    Also visit my weblog :: codes psn gratuit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.