Sebagai peniaga, maaf kadang-kadang terpaksa kena bersikap tegas dan selfish. Sebab pembeli ni memanglah kita anggap always right, tapi yang jenis naik lemak, suka pijak kepala dan jenis kasi betis nak peha tu ramai sangat. Naik pening kepala Sofia nak melayan dibuatnya. Siapa nak percaya atau tak beli barang online dengan Sofia, tu terserah. Sofia dah penatlah dengan sikap terlampau curiga dan ragu-ragu tu semua. Tak nafikan sekarang memang banyak scammer, peniaga online yang menipu. But please trust me, i'm not one of them. Sofia nak cari rezeki halal je. Nak hidup senang kat dunia, nak hidup senang jugak kat akhirat. Takmo tempah tiket neraka. Harga tiket syurga bukan mahal sangat pun. Beli dengan ikhlas dan jujur je.
Urusan jual-beli online ni, paling penting dan perlu, adalah kepercayaan je. Sofia punyalah buat macam-macam laman sosial personal untuk supaya senang orang kenal dan detect Sofia in case kalau takut sangat Sofia ni scammer ke apa, kan? Tapi adeeee jugak yang still 'pandang' Sofia macam Sofia ni scammer. Sakit hati kita tau!
Boleh nak rasa curiga, nak ragu-ragu, tapi berpada-padalah. Peniaga pun manusia jugak. Sama macam pembeli. Dan jangan ingat orang yang berniaga ni tak takut kena tipu. Sebelum menjadi seorang 'peniaga', kami dah dulu lagi dah rasa berada di tempat sebagai 'pembeli'. Ingat produk-produk yang kami jual tu kami tak kena beli apa-apa ke? Kena beli jugak wei... Kami pernah rasa juga takut kena tipu. Tapi tulah... kan dah kata, ini semua kepercayaan. Risiko yang kita terpaksa kena ambil kalau nak menjalankan urusan dengan seseorang.
Oh! Oh! Oh! Terlebih beremosi la pulak kita hari ni ye? Hehehe... Sorry! Sorry! Maaf kalau ada terasa atau tersinggung hati dengan kata-kata Sofia kali ni k? Seriously... Sofia sedih sangat-sangat bila setiap kali ada customer mesej atau call nak order apa-apa dengan Sofia, tapi dengan nada curiga yang terlampau. Bunyi macam benci benor la dengan kita peniaga online ni. Kecik hati sangat-sangat tau. Ikutkan hati kadang-kadang macam malas je nak layan. Memanglah faham mereka berhak untuk ragu-ragu, tapi kalau terlampau sangat sampai Sofia yang belum buat apa-apa salah lagi ni, yang belum lagi diberikan kepercayaan dan peluang ni, dah dibuat, dilayan dan dipandang rendah macam orang jahat, you know, i'm so rasa nak nangis tau! Sadis giler!
Tak boleh ke peniaga dan pembeli online saling bertoleransi dan memahami? Boleh aje menyimpan perasaan curiga dan ragu-ragu tu supaya kita berhati-hati. Semua orang boleh faham perasaan tu. Tapi letak jugaklah di depan tu semua sikap berbudi bahasa dan beradap sopan. Saling berkomunikasilah dengan cara baik. Guna bahasa yang baik. Since penjual pun dah layan kita dengan baik, apa salahnya kita pun layan baik jugak? Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa dengan tampal la sikit senyuman ke... apa ke... kan? Tak pun, bila cakap dalam tepon tu janganlah terlampau-lampau bunyi sangat nada 'kesombongan'nya tu. Dan bila hantar mesej tu, janganlah terlampau-lampau kasi ayat yang menyesakkan kepala orang nak menjawab... boleh?
Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI: Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150 Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)
i feel you. ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah... =)
DeleteSy pernah beli dengan akak sofia. hihi urusan beli dgn akak laju je. best 3 hari dah sampai sabah ;)
ReplyDeleteEh! Eh! Hahaha... kira ada jugak la customer Sofia yang dari blogger nih ye? Hahaha... tak perasan langsung. Btw, thanks sudi shooping and berikan kepercayaan kat kita. Lain kali beli ngan kita lagi ye? Hehehe... =)
DeleteWalhal ada juga pembeli yang suka mengambil kesempatan...
ReplyDelete