04 August 2013

My Aidilifitri Preparations. Yours?

Assalamu’alaikum and greetings to all…

Haihh… tahun ni taktau la kenapa rasa macam tak sabar sangat je nak pakai baju raya. Perasaan tu dah rasa balik macam masa kecik-kecik dulu je. Muahaha…

Tapi tahun ni saya tak beli pun baju raya pun. Just pakai baju raya yang dua tahun lepas je. Sebab apa tak beli dan kenapa kena pakai baju raya dua tahun lepas? Actually baju tu saya tak sentuh langsung pun masa raya dua tahun lepas atau tahun lepas. Sebab… dulu tu, saya tersangat-sangatlah kurus cekedingnya sampai bila pakai baju tu akan buat orang rasa nak cakap, ‘Sofia, awak rembat baju mak awak ey?. Hahaha… Demikian la bertapa kurusnya haku dulu. Tapi sekarang… Dah terlalu gemuk la pulak. -.-' Maa kata, ‘Macam ni okey la... Sedap sikit mata memandang.’ Tapi Ida and Kak Na kata, ‘Along gemok!’. Achik dengan Angah pulak kata, ‘Along boolart!’. Dan tak kurang jugak ade yang dengki tengok kita gemuk and nak jadi lebih dari kita ponnn ade. Kak Ngah kata, ‘Nanti Kak Ngoh nak jadi gemok lagi dari Along’. Uiks? Peliknya. Kita nak kuruskan badan, dia nak kalahkan kita pulak? -.-‘

Hahaha. Entahlah. Apa-apa jelah... Lantaklah orang nak cakap apa pun. Tapi yang pasti, bila dah gemuk nilah baru boleh pakai baju kurung riau yang comel kemain tuh. Hahaha. Perasan! -.-‘ Dulu tu tak pakai sebab tak padan. Besar sangat. Bila pakai, terus nampak selebet. Tapi sekarang bila try hari tu tengok… eh, dah okey la… tak selebet dah. Hahaha. Tapi dalam pada suka ade pakaian-pakaian yang bila dipakai sekarang nampak dan macam sedang elok, tapi sedey jugak sebab pakaian-pakaian lama dulu banyak dah tak boleh pakai sebab dah ketat. Haihhh… Kena kuruskan badan balik kut…

Okey. Tahun ni baju raya tak beli. Kasut raya pun tak beli. Sebab apa? Hahaha. Sebab saya ni sangat suka dan terlalu la gemonye membeli dan mengumpul kasut. Especially wedge yang tinggi-tinggi tentunya. Tapi pakainya tidok pun… -.-‘ Dah tu... mahu tak pakai, kasut-kasut tinggi ni sakit kaki tau. Kalau berjalan jauh-jauh buat ketegaq nak pakai jugak kasut tinggi, memang cari penyakit la tu. Karang habis melecet kaki. Tapi… sebab tulah jugak sebenarnya saya lebih suka beli kasut-kasut tinggi tu semua dekat kedai Kasut You. Kasutnya sangat selesa untuk jalan jauh-jauh and pakai lama-lama even kasut tinggi-tinggi pun. Sebab alas dan tapak dia sangat lembut, tebal dan selesa. Bila letak kaki atas kasut dia, rasa macam letak kaki atas permaidani tebal je rasa. Wahh… sangat selesa dan nyaman! “Ladang lavender…” (hahaha. gaya iklan Ambi Pure). Alaaa… Ala-ala macam kasut Bata gitu jugak la… tapi Kasut You lagi best dari Bata. Sebab Kasut You ni dia punya design banyak yang sesuai untuk golongan muda-mudi cam kita-kita ni. Kalau tua-tua lagi la best. Mana-mana je boleh grab kat Kasut You. Semua sesuai. Trust me. Tahan pun tahan. Payah nak tercabut atau putus bagai tu. Memang berkualiti.

Ceh! Dan-dan je buat promot pulak kat sini ye? Hahaha. Macam la Kasut You bayar upah pun. Buat rajin jer... -.-'

Saya dah ade 3 pasang kasut yang dibeli tapi tak berusik lagi. So, kalau rasa nanti nak berlawa, tarik je mana-mana satu dari tu. Tak payah nak beli-beli kasut dah, membazir je! Kalau asyik nak ikutkan hati je… alamat nanti penuh sealmari la kasut baru tak berpakai. Huhu... Tapi saya beli jugak la untuk raya tahun ni at least selipar getah yang seploh hinggit tu. Buat spare. Hahaha… Senang nanti kalau lenguh pakai wedge, boleh tukar pakai selipar tu. Mana la tau kut-kut raya ni ade yang nak tarik kita beraya ke mana-mana ker…kan? Maklumlah... tahun ni adalah raya pertama kita beraya sebagai seorang pengguna jalan raya yang berlesen. Hahak! ;-p

Tapi dah plan dah... Awal-awal pagi raya nanti, nak rembat kereta maa nak pergi ke Paka dulu. Nak pergi kubur ayah. Lepas tu tengahari ke petang sikit baru nak balik semula ke sini. Kut kalau takde sape2 datang rumah, nak membungkan je. Ngeee.... Tapi biasa petang la ramai orang datang rumah. Tu yang petang tu kena ade kat rumah. Kalau tak nanti, kesian la maa melayan tetamu sorang-sorang…

Tapi sebenarnya yang buat jadi eksaited kemain sangat nak beraya tahun ni even tak berbaju baru raya mana sangat pun, alaaa… dah besar-besar tagun ni memang tak berapa dah sekarang pasal baju-baju raya tu semua… tapi yang buat jadi eksaited nak raya, nak dengar takbir raya, nak makan tapai-ketupat-satay-nasi impit di pagi raya bagai semua tu sebab… tahun ni adalah Ramadhan yang… boleh dikatakan bagi diri saya sendiri lebih bermakna dan baik dari tahun-tahun dulu. Walaupun hasrat nak khatam Quran dalam Ramadhan tahun ni rasa tak sempat dah ni nak tercapai sebab nak raya dah tinggal lagi 3 hari je. Tapi Ramadhan kali ni saya dapat banyak baca Quran. Banyak manfaatkan Ramadhan kali ni dengan ibadah. Puasa pun lebih banyak dari dulu-dulu sebab… ngeee… Allah dah bagi ‘cuti’ awal sebelum Ramadhan. Kira… pendek kata Ramadhan tahun ni memang saya dah manfaatkan elok-elok, comel-comel. So… bagi saya, Aidilfitri tahun ni kalaupun mungkin nanti tak semeriah mana, tapi inilah kemenangan dan kepuasan bagi saya. Sebab bagi saya raya tu adalah untuk meraikan kemenangan kita lepas sebulan dalam bulan Ramadhan tu macam-macam dugaan kita hadapi dengan sabar, kan?

Dan… kalau nak diikutkan, Ramadhan tahun ni saya tengok ramai orang dah macam… kira feelkan betul-betul erti Ramadhan tu la. Macam… masa pergi pusat bandar semalam teman adik untuk beli baju raya dorang, kat traffic jam tu takde la orang nak marah-marah mana even ade orang silap jalan ke apa pun. Macam masa kitorang wrong way masa nak masuk ke pakir dalam Centre Point semalam tu pun, orang tak marah pun. Bukan sekali, tapi dua-tiga kali jugak kitorang buat silap semalam. Maklumlah… jalan jam, pakir payah, manusia pulak ramai berkoyan macam semut je kat pusat bandar tu, tu yang kalut sikit. Nasib bukan saya yang drive. Achik yang drive. Kalau saya yang drive, mahu ketaq dulu kut. Hahaha. Tapi tu la.. Dorang cool je… Takdenye nak marah-marah even tarik muka patbelas sekalipun. Malah siap senyum dan angkat tangan lagi. Ceh! Gua rasa sejuk je hati masa tu.

Dan memang sebenarnya tahun ni saya dapat rasa yang orang-orang sekarang dah lebih hargai Ramadhan dari Raya. Memang la dua-dua tu pun hari yang suci… Hari best… Hari bahagia… Hari elok… Tapi Ramadhan tu adalah hari lebih kita kena… orang kata apa, manfaatkan… Bermuhabasah dan insaf diri… Dan kira nampak la orang sekarang feel dengan roh Ramadhan tu. Nampak kalau pergi mana-mana pun sekarang orang dah tunjukkan roh Ramadhan tu. Kalau kat bazar pun saya rasa mungkin orang tak ramai dah yang jenis yang nak kedarah sangat tu. Tapi taktau la tu sebab tahun saya memang tak pergi langsung bazar. Pasal apa yang masak kat rumah ni pun tak berhabisan. Tapi yang pasti, memang Ramadhan tahun ni, kat mana-mana pun dah nampak macam Ramadhan. Ye dak? Korang ade rasa macam tu tak? Ke saya je? Tapi kadang… orang bila dah eksaited buat sesuatu bende ni, dia je yang perasan lebih, kan? Hahaha. Cam saya la. Kut saya je yang rasa semangat kemain kut Ramadhan kali ni, tapi ade orang lain tak rasa macam tu pun. Ke tak?

So… kalau jadi, kira sambut Aidilfitri hari Khamis ni la kita semua ye? Wuwuwu… Dah rasa sedih la Ramadhan nak habis dah. Lepas ni, setan dah boleh bebas semula dah. Sebulan Ramadhan tu rasa macam tak cukup je nak mendidik dan melenturkan semula diri. Bertahun dah kena hasut dan goda dengan setan. Entah dah kejahatan bende dah ditinggalkannya dalam diri ni yang pasti mesti ade yang dah tertinggal melekat. Yang kadang buat kita tanpa rasa sedar masa bulan puasa tu rasa macam kena hasut dek setan je kadang-kadang... (walhal dorang tu mana ade pun). Yang tu la yang masa Ramadhan ni duk gigih sangat nak cuci buang. Sebab masa dalam bulan Ramadhan, setan takleh kacau takleh buat apa, so kita boleh la kikis buang bende-bende jahat dalam diri kita tu tanpa sebarang halangan. Tapi Ramadhan dah nak habis dah… Taktau la dah habis kikis buang ke belum kejahatan-kejahatan dalam diri ni. Tapi harapnya even dah lepas Ramadhan ni nanti dalam diri ni dah cukup kuat, terdidik dan boleh bimbing diri dengan baik la… Insya-ALLAH….

Dan bila teringat akan Ramadhan tahun depan, terasa macam nak meleleh je air mata. Soalan pertama yang muncul dalam kepala, ‘sempat ke aku?’ Sedih, kan? Sebab kita taktau berapa panjang umur kita ni. Kalau sempat, Alhamdulillah… Kalau tak sempat pun, Alhamdulillah jugak sebab ALLAH dah menjemput balik dulu. Balik awal-awal tu kan tandanya ALLAH sayang. Sape tak nak jadi orang kesayangan ALLAH, kan? Kira… dua-dua tu pun saya bersyukur je mana-mana yang datang dulu…

Tapi siyes, bila kenangkan ade lagi 3 hari Ramadhan, memang rasa nak meleleh je air mata. Taktau kenapa sedih sangat nak berpisah dengan Ramadhan kali ni. Mungkin… agaknya sebab Ramadhan kali ni buat saya rasa sangat dekat dengan ALLAH… Ramadhan kali ni jugak buat saya pertama kali bersolat di masjid lepas sekian lama tak pergi masjid. Rasanya last solat kat masjid pun masa zaman-zaman sekolah menengah dulu. Tu pun Zuhur dengan Asar. Tapi ini kali, solat Subuh. Ya ALLAH… rasa damai je pagi tu masa first time pergi. Rindunya… Rindunya… Rindunya… :'( Ah! Sebak la...

Dan mungkin Ramadhan kali ni buat saya rasa dekat dengan arwah Ayah even ini la Ramadhan pertama melalui Ramadhan dengan hakikat saya dah tak berayah. Sebab dulu-dulu… tak rapat pun dengan arwah ayah. Dan bila Ramadhan ni, walaupun ayah dah takde, tapi selalu ade ayah dalam apa-apa pun perbuatan. Berdoa, akan sebut pasal ayah. Berzikir, bertasbih, mengaji Quran sekalipun akan ingat juga untuk ayah. Kadang-kadang… rasa macam sekarang yang lebih dekat dengan ayah dari masa ayah hidup dulu. Sebab sekarang dalam apa-apa hal, buat apa-apa pun, mesti ingat nak doa dan sedekah kat ayah. Tapi dulu… lagi jauh ayah pergi, lagi jauh ayah tinggalkan saya, lagi saya tak ingat nak sebut pasal ayah. Mungkin sebab dari kecik dah berpisah dengan ayah, so bila dah besar dan membesar dengan tanpa ayah di depan mata, memang ketiadaan seorang ayah tu tak reti dah nak rasa macam mana. Memang selalu je rasa ada yang camping… tapi sebab memang ayah tak pernah ada untuk saya, jadi taktau macam mana nak perbaiki kecampingan tu.

Takpelah… saya dah maafkan semua salah ayah. Dan harapnya moga ayah berbahagia la dia alam sana. Along dah redha dengan pemergian ayah… Along dah boleh terima hakikat… insya-ALLAH Along akan berusaha jadi manusia yang berjaya yang boleh buat ayah bangga even depan ALLAH nanti pun. Dan, akan jadi anak ayah yang soleh juga… Along akan jaga Maa dan adik-adik… Along ikhlas… :’) Dan kalaulah pernah ada silap atau salah Along pada Ayah, ampunkan la Along, Yah. Selamat Hari Raya, Ayah. :-)

Hahaha. Tersedih-sedih la pulak. Terima kasih la sudi baca entry panjang berjela sampai cecah lantai ni… Hehehe. So, macam mana persediaan raya korang? Kongsikan la… Meh sini cerita, meh. ^_^

P/S: Tak terlalu awal kan kalau nak ucap selamat hari raya? Hehehe... Mana la tau kut raya nanti tak sempat nak update blog ke...takde idea nak taip ke apa ke... so, Sofia wish awal-awal boleh eh? hehehe... Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan Blogger, Facebook, Twitter, Nuffnang, ChurpChurp, juga kepada semua reader blog ni yang kenal ke tak kenal... and kepada semua yang mengenali diri ini juga. Mohon maaf zahir dan batin ye? Pada yang balik kampung, hati-hati dalam perjalanan... jaga diri elok-elok... jaga keselamatan. Dan pada yang tak ke mana-mana even stay kat rumah je pun, do take care yourseld bebaik jugak la k... jaga kesihatan juga... Raya nanti jangan kedarah banyak sangat, nanti tak menyempat ke tandas. Hahah... Gurau je. Just... Ah! Sebenarnya nak mintak maaf, mintak ampun kalau ade silap and salah tang mana-mana je.. Maafkan Sofia, k? Selamat Hari Raya...! ^_^
 
 

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya dari mama..
    sempat lagi tu nak khatam... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya juga, mama... InsyaALLAH, Sofia cuba. =)

      Delete
  2. Selamat Hari Raya jugak. Kirim salam kat fmly. Hihi ^^,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::: Nota Penting! :::

Segala perkongsian saya di dalam blog ini adalah hasil penulisan saya sendiri. Copy-paste atau tiru-meniru adalah DILARANG sama sekali. Jika perkara tersebut berlaku, saya sebagai empunya blog tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.