Okey. Seperti yang dah semua maklum, giveaway yang di atas tu dah pun berakhir. Dah tutup. Dah tamat. But... Sebelum pergi lebih jauh, firstly, nak mintak maaf dulu sebab lambat update blog, k? Jugak nak mintak maaf pade sesape yang mintak sambungan novel Excuse Me mahupun Scandal tu, tak dapat nak sambung lagi la... sorry sangat-sangat. Tapi insyaALLAH, kalau sempat buat autopost, kalau sempat la... nanti saya cuba draftkan dan tinggalkan kat blog untuk korang. Tapi tak janji la. Sebab sekarang memang macam tengah tak cukup tanah nak bekejar dah ni. Busy sangat... :-(So... Okey... Hari ni dah 16 Ogos, kan...? Hermnn... Lamanyeee tunggu Sofia update blog, kan...? Lagi-lagi tunggu pengumuman nak tau pasal sape pemenang giveaway yang hari tu tuh, kannn...? Hahaha... Elehhh.... tak sabarlah tu nak tau. Hek!Naaa... selepas menggodek-membelek-mengecheck-membanding-menilai segala bagai, akhirnya saya dah buat keputusan dan berjaya jugak memilih pemenang. Pening dan penat yang memang-memang-memanggggg la sangat-sangat boleh tahan rupanya bila menganjurkan giveaway sebegini. Tambah-tambah pulak kita la penganjur, kita la sponsor, dan kita la yang nak kena uruskan segala-galanya. Walaupun bukan la ga besar sangat pun, tapiii... tetap mesti kena adil dan tepati janji jugak kan...? Tapi sungguh laaaa...lepas raya ni terasa diri macam agak kelam-kelabut jugak. Mau tak, orang lain mood raya tengah tak habis lagi, kita raya keempat dah sibuk kelam-kabut nak bukak kedai la...apa la... Nak cuci kedai lagi...nak kemas tu, nak kemas ni. Tambah-tambah time baru-baru bukak kedai lepas raya macam gini, mangai... pelanggan macam nak dera orang je. Pagi sampai malam, pagi sampai malam, sampai nak duduk pun tak sempat. Kalau duduk pun, tak sempat nak panas punggung, bak kata orang tua-tua. Sampai rasa macam nak pitam pun ada. Mau tak, nak makan pun tak sempat. Haihh... nampak gaya kurus balik aku camnih. Hahaha...Okey. Stop membebel, and dan now straigh to the titik pulak.So... Siapakah pemenang giveaway kali ni ye? Ehem! Ehem! (eceh! sakit tekak la pulak... hahak!)Maka dengan ini sukacitanya saya Violet Sofia ingin mengumumkan dua orang pemenang bagi giveaway kali ini adalah...Jeng! Jeng! Jengggg.....Tadaaa!!!Eh, eh, eh. Blog sape tu? Header blog sape tu? Haha. Naaa... itu adalah Siti Nurazwaniza yang hari tu kata kalau menang nak novel ni...Dah tu, yang di bawah ni pulak blog sape ni?Naaa... oh, blog Cik Honney rupanya... Yang hari tu kata kalau menang nak novel yang kat bawah ni kan...?atau lagi senang di...Facebook je.Dan kepada yang dah join tapi tak menang, jangan sedih-sedih... next time cuba lagi k...? InsyaALLAH, rezeki tu ade... ^_^
NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^
tq sis...alhamdulillah xsangke ada rezeki...
ReplyDeletehttp://www.wadahberbicara.my/2013/07/let-join-hikayat-violet-sofia-giveaway.html