 |
gambar ihsan en. google. ^_~ |
Ramai yang ragu-ragu
pasal alkohol ni. Ustaz-ustazah masa sekolah-sekolah dulu pun pernah pesan
jugak perfume atau make up yang mengandungi alkohol tak boleh dibawa solat. Ma
dengan abah pun pesan camtu jugak. Hmn... memang laa... Bende-bende macam ni la
yang banyak menimbulkan keraguan kita dalam beribadah sebenarnya, kan? Padehal
tanpa kita sedari sebenarnya semua tu hal yang remeh dan ringan je. Tapi
disebabkan ragu-ragu, kita merasakannya terlalu berat dan susah. Including me
jugak la tu. Dan percaya tak, disebabkan tak tahu dan ragu-ragu, ramai je yang
tinggalkan kewajipan solat tu sebab malas nak cuci make-up atau tukar pakaian
yang dah terkena alkohol?
Orait. Tadi masa duk
google-google, secara tak sengaja terklik la ke e-fatwa.gov... lepas tu
terjumpalah pasal penggunaan alkohol ni....
Tarikh
Keputusan: 1 Jan,
1970
Keputusan:
Menurut
maklumat yang di terima alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah
saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (-OH), dan dikenali
ada dua jenis yang agak baik, iaitu:
i)Alkohol
kayu (methanol)
ii)Alkohol
biji-bijian (ethanol)
Kedua
jenis alkohol ini mempunyai sebatian yang merupakan formula am struktur (R-OH.
Methanol
adalah sebatian yang mempunyai formula struktur (CH-OH). Di hospital ia
dikenali dengan nama 'spirit' yang dipakai untuk membunuh kuman. Jenis ini
tidak digunakan untuk minuman.
Ethanol
adalah sebatian yang mempunyai formula struktur(CH3CH2-OH) bahan inilah yang
digunakan sebagai campuran dalam minuman keras.
Dari
penjelasan ringkas mengenai jenis alkohol itu dapat dapat disimpulkan bahawa
setiap arak atau minuman keras ada mengandungi alkohol tetapi tidak semua
alkohol itu adalah arak.
Alkohol
dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis. Alkohol yang dibuat bukan
melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum.
Selain
itu alkohol juga terhasil dari lebihan proses pembuatan makanan seperti
tapai,sama ada dari ubi kayu atau pulut.Ianya adalah tidak najis dan harus
dimakan.
Ubat-ubatan,
minyak wangi yang dicampurkan alkohol yang diproses bukan untuk pembuatan arak
adalah harus dan dimaafkan.
Untuk lebih kepastian
tentang penggunaan alkohol semasa solat, boleh visit sendiri e-fatwa.gov dengan
klik sini - e-fatwa.gov
Comments
Post a Comment