Skip to main content

Absolutely Correct!



Assalamu'alaikum. Selamat pagi and greetings to all... *tetibe hari ni rajin nak beri-beri salam bagai, kan? hah! =D*

Pagi tadi... bukak blog dan tengok dashboard ada beberapa comment. Eh? Tetiba hari ni rajin pulak nak ngecheck-ngecheck blog, kannn...? Lepas tu rajin pulak update blog sampai dua kali hari ni, kannn...? Hmn... tulah. Maybe sebab pagi ni rasa macam larat sikit (walaupun tengah sakit tekak maybe nak demam) dan mood pun okay, so terus I tarik laptop dan on blog. Hehehe... Dan sesungguhnya, sebenarnya, sejujurnya, saya sangat-sangatlah teruja setiap kali bila bukak blog dan nampak paparan perkataan warna orange yang tertera di dashboard dengan ayat yang berbunyi gini,

'5 comment awaiting moderation'

Tak kisahlah berapa pun number tu, tapi asal ada, memang wajib buat saya tersenyum happy sensorang. Hahak! So... lepas tu tadi, terus check dan baca semua comment. Dan... saya sangat tertarik dengan satu comment yang ditinggalkan oleh seorang pembaca ni.

"Dear Violet Sofia. its very true that not everyone will agree with our way or how we portray ourself. bagi saya, saya cuba menerima yang semua orang berbeza..ada yang sangat sensitf, ada yang sangat selamba ada yang macam takde perasaan. saya pulak, saya tidak tahu saya rajin atau tidak. Tapi saya puas dan seronok bila dapat menjalankan kerja dengan sebaik mungkin, walaupun kadang2 hasilnya mengecewakan...namun saya telah berusaha. terpulang bagaimana orang menilai saya, yg pasti hanya redha Allah yang saya cari dalam kerja saya, bukan kepuasan peribadi." - Hannah Safiyah

Yeahhh... you are absolutely correct! Cik Hannah, memang itulah yang Sofia maksudkan. Rajin yang menurut dan menuntut redha ALLAH. Ia boleh je jadi kepuasan peribadi kalau kita faham dan boleh selaraskan kepentingan rajin tu dengan keperluan hidup kita. Hidup ni dah teratur, cuma kita je kena kenal bagaimana aturannya dan ikut dengan baik aturan tu. Bukannya mencipta aturan sendiri kemudian lupa pada tujuan sebenar yang sepatutnya, sehingga menjadi tamak untuk memiliki segala apa yang bukan keperluan kita. That's too much, kan? Tapi orang tak sedar. Semua orang terlalu ghairah berlari dan pandang ke depan je sampai lupa nak pandang ke tanah. Seolah-olah apa yang di bawah itu semuanya tinggalan yang tak penting. -.-'

O'ouhh...! Haraplah Cik Hannah Safiyah tak marah kita share comment dia. Alaaa... tak mengaibkan, kan? Bende baik, apa salahnya dikongsikan, kannn...? Jangan sebar hal buruk orang sudah. Tak gitu? Well... Pendapat dan pandangan Cik Hannah tu, kita sangat-sangat suka. Macam boleh masuk sama kotak dengan kita je. Eheh!

Anyway, terima kasih banyak-banyak kat semua visitor and reader yang tak jemu jengah blog kita. Dah jarang sesangat sekarang ni update blog. Tapi still terharu dibuat korang, sebab walaupun blog dah bersawang, tapi tengok pada stats setiap hari still ada jugak pengunjung. Tacing tite tau... :') Terima kasih ye? =D


Harap sangat la nanti akan masa balik macam dulu-dulu atau lebih baik dari dulu-dulu untuk menulis balik. Dan untuk saya fokus balik pada minat dan urusan saya. Saya nak sangat-sangat happykan pembaca-pembaca blog saya, dan happykan diri sendiri. Saya tau korang nak baca 'Excuse Me! dan novel-novel yang lain, kan? Tapi saya takde masa nak menulis sekarang... :-( Sekarang ni asyik sibuk tolong mak je. Haraplah nanti mak saya akan dapat pekerja baru yang baik, dan saya boleh tinggalkan dia dengan bisnesnya untuk kembali fokus pada urusan saya sendiri semula. Rasa penat sangat asyik berlari-berkejar macam ni sebenarnya. Sampai kadang tak sempat nak pandang kiri-kanan dah. Tapi takpelah... Sabar. ALLAH uji macam ni, mesti ada sebabnya, kan? At least sekarang saya dah banyak belajar bersabar dan tahan diri untuk tetap senyum walaupun kadang marah macam nak meletup. Hahaha...! Tapi I'm okay. Alhamdulillah. ALLAH dah ajarkan yang terbaik untuk saya. InsyaALLAH, nanti I'll back for good for you all. Doakan. ^_^

P/s: Akhir-akhir ni terasa sungguh teringin nak pergi bercuti. Penat sangat kut...

Comments

  1. Very energetic post, Ӏ likeɗ tɦat bit. Wіll thre be a part 2?


    My web blog ... Dash Cam Videos

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing such a good idea, piece of writing is nice, thats why i have read it entirely

    Feel free to visit my webpage :: Topher di Maggio

    ReplyDelete
  3. Lenders are plentiful due to the low risk and safe haven aspects of U.

    hay day cheats free diamonds This is attributed largely on the accomplishment of Clash of Clans which may be
    also prepared to gross significant amounts of revenue for your game owner.
    t ought to drill into your pants pocket to make oneself poorer just to enjoy
    this game towards the fullest.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.