Skip to main content

Maaf. Termembebel.


Mungkin orang tengok hidup insan yang bernama Sofia ni nampak mudah, tenang, macam takde masalah, macam takde kerisauan. Dan saya bukan nak merungut dengan apa yang saya lalui. Tapi percayalah, sebaik apapun hidup seseorang tu di mata awak, percayalah, hidup dia tak semudah apa yang awak fikirkan. Kalau awak rasa susah hidup sebab makan nasi lauk ikan kering je hari-hari sedangkan orang lain makan nasi lauk tomyam siap dengan sayur kailan ikan masin, tapi terfikir tak yang dia mungkin ada hidangan lauk enak di hadapannya tapi nak telan sebiji nasi tu payahnya peritnya rasa macam menelan durian sebiji dengan kulit-kulitnya yang berduri tu. So, tak sedar ke? Tak nampak ke? Yang ujian ALLAH tu ALLAH berikan dah cukup adil pada semua makluknya.

Islam tu dieertikan dengan YAKIN dan PERCAYA pada ALLAH. Tak perlu bagitau orang merata bertapa susahnya hidup kita. Bukannya taktau manusia ni bukannya ada khudrat hebat pun boleh tolong ubah nasib hidup kita. Kalau boleh berubah sekelip mata pun, itu hanya ALLAH je yang boleh buat. Kut rasa penat, rasa lelah, bolehlah tumpang bahu orang kejap buat bersandar. Tapi kut kalau rasa berat dan terbeban sangat, bukan bawak mulut merata canai nasib buruk hidup sendiri. ALLAH tu yang Maha Mengetahuinya. Susah atau senang macam manapun hidup kita, DIA je yang boleh ubah. Dan kalau hidup masih tak berubah walaupun rasa dah perit jenuh bersabar, mesti ada la tu sebabnya silap kita kat mana-mana. Jangan duk kutip cungkil salah orang. Jangan duk mengeluh dengan takdir ALLAH. Cari cungkil salah sendiri dulu. Kutip tenung cara apa yang bagus untuk ubah nasib diri jadi lebih baik macam yang kita nak tapi biar dengan berkat ALLAH supaya usaha kita tu tak jadi sia-sia. Dan bersyukurlah dengan hidup walaupun secikai apa pun nasib yang kita hadap sekarang. Sebab susahnya kita ni, percayalah ada yang rasa hidupnya lebih susah dari kita walhal kita rasa apa yang dia hadap tu kita mampu hadap tanpa sedikit keluhan pun. Kita taktau apa yang orang rasa, dan orang pun taktau apa yang kita rasa. Tapi, kita boleh faham dengan letakkan sangka baik dulu di depan. Peace yo! No war! ^_~

Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.