LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team. Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.
Awwalul kalam dengan salam...Barisan lirik rangkap pertama mula kedengaran.Buat junjungan Khairal Anam...Dan kalau tak silap, rasanya ni suara Suhaimi rasanya. Ceh! Kenal je aku ni.Dalam selawat yang disulam...Alun zikir memuji Sohibul 'Alam...Kemudian, tukar suara orang lain pulak.Lembaran sirah pun berperi...Berperi. Klasik perkataan tu. Dah lama tak dengar. Okey, apa ada tercerita dalam lembaran sirah ni...Riwayat insan yang terpuji...Mata mula terpejam dengan kepala dan belakang badan yang beralas bantal bersandar ke dinding di belakang. Tangan kini dah tak lagi menaip. Telinga dengan minda sama bekerja je menghayati lagu.Bersalasilah para nabi...Keturunan Quraisy yang molek pekerti...Keturunan Quraisy yang molek pekerti. Hati tanpa sedar mengulang sendiri. Oh... Aku baru tahu ke aku lupa pasal ni ek? Rasa-rasa macam benda ni ada belajar masa sekolah dulu. Bukan ada ke dalam Pendidikan Islam masa sekolah menengah dulu?Ahmad!Tersentak. Suara-suara yang melaung nama tu dalam lagu buat mata aku kini terbuka semula tiba-tiba.Itu nama yang tersuratTersurat?Dalam Injil juga TauratOh... nama baginda S.A.W. pun ada dalam Injil dan Taurat. Sungguh aku memang jahil. Memang tak tahu pun sebelum ni. Dan sekarang tahu pun dari lirik lagu ni.
Apatah lagi kitab Al-Qur'anTahu. Sebab selalu jumpa masa baca Quran.Dia Muhammad!Penutup sekalian nabiTahu. Kan baginda la rasul terakhir. Dan kita kan umat baginda. Rasul akhir zaman. Dan baginda la pembela di mahsyar nanti. Ingat balik semua ni buat hati aku rasa tersentuh sangat. Rasa nak nangis teringat bertapa mulianya hati baginda. Teringat bertapa tingginya kasih baginda terhadap kita umatnya ni. Teringat bertapa risaunya baginda pada kita sampai masa saat-saat akhir ajal baginda pun masih nak sebut pasal kita. MasyaALLAH... Mulia sungguh baginda Muhammad S.A.W. Selawat dan salam ke atas baginda.Penyampai risalah suciIslam agama yang diredhaiIslam tu agama yang diredhai. Sebab Islam tu agama yang benar.Dari gelita jadi cahaya...Dari derita jadi bahagia...Indahnya kata-kata dalam lagu ni... Subhanallah...Kerana dia pembawa rahmat...Kerna dia jua pemberi syafaat...True. Agree.Ahmad!Itu nama yang tersurat...Dan nama yang takkan pernah lupa sampai bila-bila. Lekat kuat dalam hati. Akan pastikan sentiasa.Dalam Injil juga Taurat...Ya. Sekarang dah tahu. Ada tersurat dalam Injil dan Taurat.Apatah lagi kitab Al-Qur'an...Dia Muhammad!Penutup sekalian nabi...Penyampai risalah suci...Dia pembela di Marsyah nanti...Mudah-mudah dia sudi membela aku juga...Huwa Muhammad,Uh? Kening terangkat sebelah.Huwa khatimunnubuwah,Lunaknya suara ni.Huwa balighurisalah,Vokal siapa ni? Sedap dengar.Huwa saiyiduna wa imamuna...Beruntungnya dia punya suara yang seindah tu. Semoga ALLAH berkati inderanya tu. Dan semoga dia sentiasa gunakan kelebihan tu ke jalan ALLAH. Itu boleh senjata dia.Dia MuhammadDia tauladan utamaSunnahnya jaminan syurgaKan? Sebab tu kita tak perlu ragu-ragu untuk ikut sunnah baginda.Berlandaskan wahyu yang Maha EsaNaa... Lagilah kalau macam tu. Kan?Waimma cerca ataupun hina,Hatta dihunus pedang kuffar durjana...Sebab baginda memang sangat tabah. *tsk! tsk! touching... :’(*Namun baginda beralah tiada,Kerna percaya Allah tetap bersamanya...Betul. Kita pun kena macam tu jugak. Kena yakin selalu ALLAH bersama kita. Percaya selalu yang biar sejahat atau seteruk apa pun kita, jangan pernah lupa yang ALLAH selalu dekat dengan kita. Dan sebab tu jugak, kalau kita tersesat ke mana pun, jangan pernah sesekali pun takut untuk kembali ke pangkal jalan sebab ALLAH selalu ada dekat dengan kita bukan semata-mata sebab nak perhati dan peliharankan kita je, tapi sebab dia nak kita dekat kembali pada DIA. DIA nak kita tak lupa untuk kembali pada DIA. DIA nak kita tahu yang DIA tak pernah bosan mahupun jemu tunggu kita. Maka selalulah berbalik pada ALLAH. Pintu ALLAH tak pernah tertutup untuk kita biar siapa pun kita.Dan lepas tu bait-bait lagu Dia Muhammad tu terus-terusan mengasak telinga membawa rasa tenang dan ingatan yang tulus pada baginda Rasulullah S.A.W. sehingga ke habis lagu. Kemudian berulang lagi selama mana nak dengar lagi. Asal tak terlalu leka dan hayut sampai tak ingat apa, dengar puji-pujian pada rasul pun dapat pahala kan?Dan kini terasa rindu. Sungguh, rasa rindu sangat. Rindu pada baginda. Rindu pada ALLAH.Astagfirullahaladzim... rasa berdosa tiba-tiba je. Rasa teringat balik segala dosa pada ALLAH selama ni. Maha Suci Ya ALLAH... banyak dah buat dosa dengan ALLAH, tapi tahu ALLAH tak pernah buang diri ni. ALLAH masih jugak sayang diri ni biarpun selama ni dah buat macam-macam. Masih jugak tetap bagi diri ni dengan macam-macam nikmat biarpun diri ni selalu tak bersyukur selama ni. Ya ALLAH... Maha Mulia Engkau Ya Tuhanku Yang Maha Suci... T_TDan rasa macam sekarang nak buat solat taubat dan sujud syukur je sebab ALLAH bagi hidayah macam ni. Alhamdulillah... Syukur sangat sebab hati masih ada kerinduan ni. Rindu yang membuka pintu-pintu dalam hati yang mula makin nak tertutup sebab lena balik dengan dunia. Rindu yang terasa macam perlahan tanpa sedar buat hati terasa jadi bersih sedikit demi sedikit siap bagi rasa segar macam kepala lepas guna syampu Clean & Clear yang ada cool menthol tu je.Ahmad!Itu nama yang tersurat...Dalam Injil juga Taurat...Apatah lagi kitab Al-Qur'an...Dia Muhammad!Penutup sekalian nabi...Penyampai risalah suci...Dia pembela di Marsyah nanti...Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,Huwa balighurisalah,Huwa saiyiduna wa imamuna...Dia, Muhammad!Dia tauladan utama...Sunnahnya jaminan syurga...Berlandaskan wahyu yang Maha Esa...Dia, Muhammad!
Boleh download lagu nasyid Dia Muhammad by Inteam tu di sini jugak. (Klik link kat bawah)
NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^
bagus... generasi yang mengagungkan rasululah sbg ikutan. meletakkan irama nasyid sebagai muzik kegemaran... susah nak jumpa org2 muda mcm kamu ni.. bagus. semoga istiqamah..
ReplyDelete