LENOVO NOTEBOOK
terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft
word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang
bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak
publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi
dengan Dia Muhammadby In Team.
Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik,
download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak
download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai
sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.
Awwalul kalam dengan salam...
Barisan
lirik rangkap pertama mula kedengaran.
Buat junjungan Khairal Anam...
Dan
kalau tak silap, rasanya ni suara Suhaimi rasanya. Ceh! Kenal je aku ni.
Dalam selawat yang disulam...
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam...
Kemudian,
tukar suara orang lain pulak.
Lembaran sirah pun berperi...
Berperi.
Klasik perkataan tu. Dah lama tak dengar. Okey, apa ada tercerita dalam
lembaran sirah ni...
Riwayat insan yang terpuji...
Mata
mula terpejam dengan kepala dan belakang badan yang beralas bantal bersandar ke
dinding di belakang. Tangan kini dah tak lagi menaip. Telinga dengan minda sama
bekerja je menghayati lagu.
Bersalasilah para nabi...
Keturunan Quraisy yang molek pekerti...
Keturunan
Quraisy yang molek pekerti. Hati tanpa sedar mengulang sendiri. Oh... Aku baru
tahu ke aku lupa pasal ni ek? Rasa-rasa macam benda ni ada belajar masa sekolah
dulu. Bukan ada ke dalam Pendidikan Islam masa sekolah menengah dulu?
Ahmad!
Tersentak.
Suara-suara yang melaung nama tu dalam lagu buat mata aku kini terbuka semula
tiba-tiba.
Itu nama yang tersurat
Tersurat?
Dalam Injil juga Taurat
Oh...
nama baginda S.A.W. pun ada dalam Injil dan Taurat. Sungguh aku memang jahil.
Memang tak tahu pun sebelum ni. Dan sekarang tahu pun dari lirik lagu ni.
Apatah lagi
kitab Al-Qur'an
Tahu.
Sebab selalu jumpa masa baca Quran.
Dia Muhammad!
Penutup sekalian nabi
Tahu.
Kan baginda la rasul terakhir. Dan kita kan umat baginda. Rasul akhir zaman.
Dan baginda la pembela di mahsyar nanti. Ingat balik semua ni buat hati aku
rasa tersentuh sangat. Rasa nak nangis teringat bertapa mulianya hati baginda.
Teringat bertapa tingginya kasih baginda terhadap kita umatnya ni. Teringat
bertapa risaunya baginda pada kita sampai masa saat-saat akhir ajal baginda pun
masih nak sebut pasal kita. MasyaALLAH... Mulia sungguh baginda Muhammad S.A.W.
Selawat dan salam ke atas baginda.
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
Islam
tu agama yang diredhai. Sebab Islam tu agama yang benar.
Dari gelita jadi cahaya...
Dari derita jadi bahagia...
Indahnya
kata-kata dalam lagu ni... Subhanallah...
Kerana dia pembawa rahmat...
Kerna dia jua pemberi syafaat...
True.
Agree.
Ahmad!
Itu nama yang tersurat...
Dan
nama yang takkan pernah lupa sampai bila-bila. Lekat kuat dalam hati. Akan
pastikan sentiasa.
Dalam Injil juga Taurat...
Ya.
Sekarang dah tahu. Ada tersurat dalam Injil dan Taurat.
Apatah lagi kitab Al-Qur'an...
Dia Muhammad!
Penutup sekalian nabi...
Penyampai risalah suci...
Dia pembela di Marsyah nanti...
Mudah-mudah
dia sudi membela aku juga...
Huwa Muhammad,
Uh?
Kening terangkat sebelah.
Huwa khatimunnubuwah,
Lunaknya
suara ni.
Huwa balighurisalah,
Vokal
siapa ni? Sedap dengar.
Huwa saiyiduna wa imamuna...
Beruntungnya
dia punya suara yang seindah tu. Semoga ALLAH berkati inderanya tu. Dan semoga
dia sentiasa gunakan kelebihan tu ke jalan ALLAH. Itu boleh senjata dia.
Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Kan?
Sebab tu kita tak perlu ragu-ragu untuk ikut sunnah baginda.
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa
Naa...
Lagilah kalau macam tu. Kan?
Waimma cerca ataupun hina,
Hatta dihunus pedang kuffar durjana...
Sebab
baginda memang sangat tabah. *tsk! tsk!
touching... :’(*
Namun baginda beralah tiada,
Kerna percaya Allah tetap bersamanya...
Betul.
Kita pun kena macam tu jugak. Kena yakin selalu ALLAH bersama kita. Percaya
selalu yang biar sejahat atau seteruk apa pun kita, jangan pernah lupa yang
ALLAH selalu dekat dengan kita. Dan sebab tu jugak, kalau kita tersesat ke mana
pun, jangan pernah sesekali pun takut untuk kembali ke pangkal jalan sebab
ALLAH selalu ada dekat dengan kita bukan semata-mata sebab nak perhati dan peliharankan
kita je, tapi sebab dia nak kita dekat kembali pada DIA. DIA nak kita tak lupa
untuk kembali pada DIA. DIA nak kita tahu yang DIA tak pernah bosan mahupun
jemu tunggu kita. Maka selalulah berbalik pada ALLAH. Pintu ALLAH tak pernah
tertutup untuk kita biar siapa pun kita.
Dan
lepas tu bait-bait lagu Dia Muhammad tu
terus-terusan mengasak telinga membawa rasa tenang dan ingatan yang tulus pada
baginda Rasulullah S.A.W. sehingga ke habis lagu. Kemudian berulang lagi selama
mana nak dengar lagi. Asal tak terlalu leka dan hayut sampai tak ingat apa,
dengar puji-pujian pada rasul pun dapat pahala kan?
Dan
kini terasa rindu. Sungguh, rasa rindu sangat. Rindu pada baginda. Rindu pada
ALLAH.
Astagfirullahaladzim...
rasa berdosa tiba-tiba je. Rasa teringat balik segala dosa pada ALLAH selama
ni. Maha Suci Ya ALLAH... banyak dah buat dosa dengan ALLAH, tapi tahu ALLAH
tak pernah buang diri ni. ALLAH masih jugak sayang diri ni biarpun selama ni
dah buat macam-macam. Masih jugak tetap bagi diri ni dengan macam-macam nikmat
biarpun diri ni selalu tak bersyukur selama ni. Ya ALLAH... Maha Mulia Engkau
Ya Tuhanku Yang Maha Suci... T_T
Dan
rasa macam sekarang nak buat solat taubat dan sujud syukur je sebab ALLAH bagi
hidayah macam ni. Alhamdulillah... Syukur sangat sebab hati masih ada kerinduan
ni. Rindu yang membuka pintu-pintu dalam hati yang mula makin nak tertutup
sebab lena balik dengan dunia. Rindu yang terasa macam perlahan tanpa sedar
buat hati terasa jadi bersih sedikit demi sedikit siap bagi rasa segar macam
kepala lepas guna syampu Clean & Clear yang ada cool menthol tu je.
Ahmad!
Itu nama yang tersurat...
Dalam Injil juga Taurat...
Apatah lagi kitab Al-Qur'an...
Dia Muhammad!
Penutup sekalian nabi...
Penyampai risalah suci...
Dia pembela di Marsyah nanti...
Huwa Muhammad,
Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah,
Huwa saiyiduna wa imamuna...
Dia, Muhammad!
Dia tauladan utama...
Sunnahnya jaminan syurga...
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa...
Dia, Muhammad!
Boleh
download lagu nasyid Dia Muhammad by Inteam tu di sini jugak. (Klik link kat
bawah)
bagus... generasi yang mengagungkan rasululah sbg ikutan. meletakkan irama nasyid sebagai muzik kegemaran... susah nak jumpa org2 muda mcm kamu ni.. bagus. semoga istiqamah..
NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^
bagus... generasi yang mengagungkan rasululah sbg ikutan. meletakkan irama nasyid sebagai muzik kegemaran... susah nak jumpa org2 muda mcm kamu ni.. bagus. semoga istiqamah..
ReplyDelete