Skip to main content

HiShop Ade Promosi Antipodes 3 Perfect Potions?


Bestnye... cantik kan kulit dia?

Tahu tak, rupa-rupanya dekat HiShop ade promosi Antipodes 3 PerfectPotions yangmana menggabungkan 3 bende yang super owesome ni –
Apostle Serum (30ml)
+
Divine Face Oil (25ml)
+
Hosanna Skin Plumping Serum (25ml)



Dan 3 produk antipenuaan tu adalah hanya dengan harga RM388 after less dari RM478 yang harga biasa tu.



Dahlah dengan free pos lagi tu. Murah kut! Kan?



Dan paling penting, beli online dengan HiShop ni memang tak mengecewakan. Takyah risau barang tak sampai ke apa sebab dorang ni memang dah diyakini dan tak pernah kecewakan pelanggan.



Okey. Jom tengok 3 produk best tu.



 

Apostle Skin-Brightening & Tone Correcting Serum - Adalah serum yang berasaskan air yang membantu sasaran pigmentasi (atau senang sebut, penuaan la...kan?). Serum ni jugak bertindak mencerahkan kulit dan memulihkan atau lagi senang sebut, menjadikan nada kulit kita sekata. Tak la tompok sana, tompok sini lagi dah. Kalau macam saya ni... jenis kulit berminyak, so takdelah mengalami masalah kulit tompok-tompok atau bahasa sopannya kulit tak sekata tu. Tapi orang yang kulit biasa-biasa atau kulit kering, mesti pernah atau selalu alami masalah tu kan? Hmn...baru teringat, selalu tengok kulit muka adik tiri saya jadi camtu. Nanti nak suggest kat dia la benda ni. Produk dari Antipodes ni memang bagus sangat tau. Sebab...dia mengamalkan dan menggunakan bahan-bahan organik semulajadi. Boleh google tengok kat official web dorang kalau tak caya. Lagipun, Antipodes ni produk yang diiktiraf dan dah dapat banyak anugerah kecemerlangan. Memang cayalah! Okey. Lepas tu, kebaikkan air mineral waiwera yang terkandung dalam Apostle Skin Serum ni pulak membantu memulihkan lembapan penting kulit disamping memberikan kebaikkan Vinanza yang sangat berpotensi yang kaya dengan anti-oksida tuuu... selain turut mengatasi penghasilan melanin yang menyebabkan perubahan warna kulit tuuu... Manakala Vinanza Oxifend pula mempertahankan sel-sel kulit daripada tekanan oksidatif yang membantu mengurangkan kemerahan kulit. Dan Enzim pengelupasan Kiwi pula memperbaharui kulit kita untuk buat kita rasa and jadi true fresh-faced beauty gituuu... Ececeh... Lepas tu dah la bau macam epal hijau dengan buah pelaga gitu, mwahhh... wanginye! *dan-dan je berangan bau. Hahaha.* Oh! Paling penting, product ni aproved for sensitive skin tau. Kira...kalau yang jenis kulit sensitif macam saya ni, boleh la guna product ni dengan tanpa kebimbangan petala kelapan dah sebab product ni suited to all skin conditions especially yang sensitive, sensitised & irritated.




Divine Face Oil Organic Avocado Oil & Rosehip – Secara saintifik bertujuan untuk merangsang sintesis pengeluaran collagen dalam sel kulit manusia sehingga 51%. Divine Face Oil yang kaya dengan nutrien ini juga give a lift to tired, stressed dan sun-damaged skin yang membantu menyampaikan antioksida dan khasiat penting untuk kulit segar sihat. Kira macam kasi naik seri muka gitu la... berseri-seri ala-ala macam kulit muka orang Korea gitu ek? Hahaha. Comeynyeee...! Dan keunggulan tindakkan peningkatan collagen dari minyak avokado pula membantu mengurangkan kemunculan garis-garis penuaan dan parut pada wajah. Kira memang sangat la bagus Divine Face Oil ni dijadikan sebagai rawatan harian nutrisi penting untuk kulit. Divine face oil ini boleh digunakan sebelum menggunakan pelembap atau sebelum mengenakan sebarang solekan. Baunya macam jasmine & sweet orange. Sesuai untuk kulit biasa, especially yang jenis kulit kering and cobination.



Hosanna H2O Intensive Skin-Plumping Serum –
Secara saintifik bertujuan untuk merangsang sintesis penghasilan collagen dalam sel kulit manusia sehingga 72%. Menggunakan air dan oil-free bioactive serum yang bertindak segera menghilangkan kulit kering-kehausan dan membantu meningkatkan pembaikkan kulit dari masa ke semasa. Revolutionary anggur Vinanza yang antioxidant pulak mengekalkan kulit super-hydrated dan melindungi kulit dari kerosakkan yang disebabkan oleh keadaan persekitaran sekeliling kita yang tercemar ni. Selain itu, mamaku black fern pula membantu menggalakkan pembaharuan sel yang sihat. Yang bestnya, serum ni bau bunga rose & buah pelaga. Oh! I like bau bunga rose. Romantik je baunya. Kan? Kan? Kan? Well... Hosanna Serum ni sesuai untuk semua jenis kulit. Especially dry, sensitive, sensitised & irritated skrin.  



Kalau nak tahu, Antipodes adalah sangat serius dalam mengehadkan pendedahan manusia terhadap bahan kimia sintetik dan mengehadkan kesan manusia terhadap alam sekitar. Jadi sebab tu mereka sangat memperakui produk organik dan berhasrat untuk mengurangkan kesan karbon.



Antipodes sentiasa mengutamakan penggunaan bahan-bahan mentah yang ditanam di kebun secara mampan yang disahkan organik.



Apakah kriteria untuk produk organik yang diiktiraf sepenuhnya?



1. 100% bahan semulajadi.


2. 70-95% daripada bahan-bahan semulajadi mestilah disahkan organik.


3. Kriteria antarabangsa yang mengawal ketat semua bahan-bahan lebihan.



Produk Antipodes disahkan organik oleh badan bebas kerajaan AsureQuality Ltd. Yang merupakan pembekal terkemuka dalam keselamatan makanan dan perkhidmatan biosekuriti di hemisfera selatan. Yang sangat berpegang teguh kepada piawaian organik yang ketat di seluruh dunia.



Produk-produk semula jadi premium Antipodes dalam erti kata lain adalah sangat bersih dan tulen, serta menggunakan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi dengan komponen sisa yang rendah atau tidak.



Kalau nak tahu detail pasal set yang macam gambar kat atas tu, boleh klik sini. Antipodes 3 Perfect Potions. Atau boleh je klik terus pada mana-mana gambar yang kat atas.



P/S: Haishhh... rasa macam best je nak order. Agak-agak, tahun ni boleh dapat duit raya lagi tak? Ngeee.... ^_^  -.-'


Comments

  1. wah ada promosi..xpenah lg cuba beli kat hishop..pas ni boleh la tgk2 kejap =)

    ReplyDelete
  2. promosi bagus ni... sape2 nak jaga kesihatan wajah... ni la jawapannya... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Al-Quran Mumayyaz Membantu Mengaji Dengan Lancar

"Kenapa kita baca Quran kalau kita tak faham?"
"Dah kenapa kau tengok drama Korea?"
"Lain. Ada subtitle."
"Quran ada terjemahan, kan?"

Betul. Sekarang ni dah ada macam-macam jenis mushaf yang sangat membantu dan memudahkan kita untuk membaca Al-Quran. Macam-macam pilihan ada. Dan antara yang terbaik di masa kini, salah-satunya adalah Al-Quran mushaf Almumayyaz.
Sebab apa saya katakan mushaf Almumayyaz ni antara yang terbaik?
Oh, tahukah anda? Mushaf Almumayyaz adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan transliterasi rumi perkata (iaitu perkataan rumi di bawah perkataan Arab bagi memudahkan sebutan). Dan ayat-ayat di dalam Al-Quran Almumayyaz turut dikelaskan dengan 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi memudahkan dan melancarkan proses pembacaan. Ini sekaligus membuatkan kita mudah untuk mengenal tajwid dan membaca tiap-tiap baris ayat suci Al-Quran dengan lebih tepat.
Dannn... tahukah juga? Selain itu, Al-Quran Almumayyaz ini turu…

Jam Tangan Tawaf Yang Super Awesome!

Assalamu'alaikum. Hai! Berita baik untuk korang yang teringin nak cuba pakai jam tangan tawaf. Ataupun kepada peminat-peminat jam tangan tawaf yang teringin nak tukar pakai model lain pulak, sekarang ni dah ada jam tangan tawaf jenama MEM.

Sebelum tu… Apa itu jam tawaf ye?

Jam tawaf ni adalah jam yang pergerakkan jarumnya mengikut pusingan tawaf. Ataupun ada orang panggil anti-clockwise. Ataupun lebih mudah orang panggil jam pusing ke kanan.Naaa... gitu!

Dan kini MEM ada menyediakan jam tangan tawaf untuk lelaki dan perempuan tahu. Tapi kalau rasa nak sedondon dengan pasangan, yang couple set pun ada. Tapi jangan lupa, kena tahu jugak yang MEM pun ada sediakan jam dinding yang semuanya super-duper comel, cantik, menarik, tertarik lagi kau memang dabom! *Eheh! Terover la pulak… -.-'*

MEM BRAUNE

So macam gambar yang kat atas tu, tu adalah jam tangan tawaf dari MEM yang direka khas untuk kaum lelaki. Tak ke nampak macho lagi segak bergaya lengan mamat model yang peragakan jam d…