25 July 2013

Kovensyen Usahawan Muslim | Join Contest Dan Menang RM1250 & Free Ticket


Assalamu’alaikum and greetings to all…



Hari tu saya ade terjumpa pasal satu event ni... Konvensyen Usahawan Muslim 2013. Tu pun disebabkan ade kawan jugak yang inform, pasal tu tahu. Oh. Event tu punya tagline - 'Bisnes sebagai fardhu kifayah'. Naaa… interesting bunyinya, kan? Tapi memang betul la pun tu. Fardhu kifayah. Dan sape yang rasa nak improvekan dirinya dalam dunia keusahawanan, memang keputusan yang tepat dan bijak kalau ikut join kovensyen ni.

Actually dah lama sebenarnya nak post entry pasal ni, tapi asyik tak nyempat je. Ceh, konon...! Busy sangat la aku ni yerk? Hahak! Koya tak sudah... -.-'

Program anjuran bersama MentorNiaga.com dengan WangCyber ni akan berlangsung pada 7hb November 2013 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAWI) dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Untuk turut serta Kovensyen Usahawan Muslim yang dengar khabar adalah yang terbesar di Malaysia tu, boleh dapatkan tiket dengan harga berikut:

1 Orang = RM150
2 Orang = RM250
3 Orang = RM300
10 Orang = RM1,000 (Percuma 1 tiket)

Ade yang terkejut tengok harga tiket ke? Bhahaha. But trust me, lagi terkejut petala bergegar bumi kalau tau siapa para speaker yang akan turut serta dalam konvesyen tu. Antara speaker yang akan ada masa program tu nanti adalah… See da pica kat bawah ni?


Tu diaaa… Daebak… Daebak…

Dari kiri:

Dato’ Husammudin Yaacub
(CEO Kumpulan Media Karangkraf)

Tuan Haji Ali Hassan Mohammad Hassan
(Pengarah Urusan Al-Ikhsan Sport Sdn Bhd)

Datuk Nadzim Johan
(Pengasas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Datuk Wira Dr. Haji Ameer Ali Mydin
(Pengarah Urusan Mydin Holdings Sdn Bhd)

Dato’Dr Rusly Abdullah (Chef Li)
(Mentor Jutawan Senyap)

Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
(Penceramah Bebas)

Naaa... rasa macam nak menggelupur guling-guling atas tanah siap hentak-hentak kaki bagai lagi tau nak mintak duit dengan mak nak beli tiket untuk nak ikut join the convention punya pasal. Panel-panel semua hebak-hebak belake. Dan paling best, ade tokoh yang sangat saya kagumi. 'Tokei' Mydin tu. Perh... Mydin memang superbest ar. Dan sebenarnya, saya agak terkejut dan baru tau yang rupa-rupanya Al-Ikhsan tu ownernya Melayu ek? Bhahaha... Ulu sakdung sungguh aku nih! -.-‘

Orang yang nak jadi usahawan, orang yang nak jadi orang berjaya, pastinya akan 'nampak' program sebegini sebagai suatu peluang yang wajib direbut-dirembat-dirampas *ahh... kau punya suka la nak pakai perumpaan apa pun. takde yang kisahnya. janji kau paham sudahhh...*. Dan orang yang nak jadi usahawan, orang yang nak jadi orang berjaya, akan tak kisah samada dapat free tiket atau kena bayar sendiri, mesti akan wajibkan diri untuk pergi jugak ke program ni, kan? Sebab... Orang yang nak jadi usahawan, tahu yang takde orang berjaya jadi yang namanya betul-betul usahawan kalau dengan tanpa ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi dengan ilmu pengetahuan yang luas. Ni kira meluaskan lagi ilmu pengetahuan la dengan join event macam ni. Dan orang yang nak jadi orang yang berjaya tahu bahawa untuk jadi orang yang berjaya, usaha adalah perkara paling wajib kena buat. Dan dengan menghadirkan diri ke event-event berilmu-bermanfaat-berguna macam ni jugak la dinamakan usaha. Usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang dia nak tempa kejayaan tu. Trust me, no doubt, takde satu manusia pun kat dunia ni yang berjaya jika tidak sebab kerana dia berusaha. Letak la kau anak dato', anak menteri, anak raja, anak orang kaya mana pun, tapi kalau kau nak berjaya namun dengan tanpa usaha, kau takkan pernah berjaya punya. Takkan! Bak kata Hlovate, nehi never! Bak kata aku orang Terengganu ni pulak, dok akang perenoh!

Why?

Ehem! Wak bijok sket. Hahaha. Kenapa ek? Hmn... bagi pendapat saya la... sebab kejayaan tu adalah kepuasan. Paham dok, mana ade orang rasa kenyang kalau tak makan, kan? Ke guane? Gitu la dok...? Maksudnya, kejayaan tu akan namanya kejayaan bila kita sendiri rasa puas dengan apa yang kita capai tu. Dah tu, kalau kita tak usaha, mestilah kita takkan rasa puas, kan? Even kerja nak menipu orang pun kena usaha. Cotcet-cotcet menabur tipu-helah-daya tu kira usaha jugak tu. Usaha nak menipu. Bhahaha. Tapi toksalah kita duk buat kerja menipu. Kata nak jadi Usahawan Muslim Berjaya? Bawak nama Islam baik-baik la...

So... Kalau nak jadi orang yang berjaya... nak jadi usahawan yang berjaya... jom, wajibkan diri untuk turut serta Kovensyen Usahawan Muslim 2013 ni.

Confirm memang kalau pergi event ni terus balik nanti jadi berjaya ke?

Aku la haihh... Sape yang keluar soklan camtu, saya dengan aura naga petala gunung berapi dengan segala hormatnya sangatlah sudi untuk tolong menyumbatkan mulut orang yang bertanya soalan gaya ngalahkan budak umur 3 tahun tu dengan tapak kasut. Nak tapak wedge lima inci ke atau nak tapak selipar jamban? Ataupun nak makan sup stoking? Heee... apa nih... babab kang!

Saya, malah i’m sure mahupun penganjur atau speaker program tu pun tak mungkin akan beri jaminan yang dengan pergi event tu korang terus confirm jadi usahawan berjaya. Mereka cuma nak bantu kita untuk improve diri kita menjadi lebih baik dengan perkongsian ilmu pengetahuan mereka yang jauh lebih baik dari kita dan dengan hasil perbincangan dan nasihat-nasihat mereka. Pergi la program ni. Kutip banyak-banyak ilmu masa kat sana nanti. Korek banyak-banyak rahsia dia orang. Belajar cara dia orang berbisnes. Kan kita dah tengok, dah tahu, dah nampak kejayaan dorang? Saya percaya, disebalik kejayaan mereka semua, ada rahsia dan prinsip pegangan masing-masing yang sehingga menjadikan mereka usahawan muslim yang berjaya pada hari ni... orait?

Oh. Untuk pengetahuan, Kovensyen Usahawan Muslim tu juga rupa-rupanya ada buat contest weh. Contest yang memang best sangat untuk para blogger macam kita ni join. Dan pasal contest tu, perh... memang super daebak la hadiah-hadiahnya! Boleh menang wang tunai yang berjumlah keseluruhannya RM1250 dan dapat sekali dengan tiket percuma untuk ke konvensyen tu. Tiket aje pun dah RM150. Kalo dapat free, siapa tak nak kan? Takyah dah lepas ni nak berlari ke dapur-keliling rumah-hambat mak-kejar bagai-sampaikan kalau tak dapat siap menggelupur guling-guling atas lantai sambil hentak-hentak kaki kalah gaya Kim Jong Kook Oppa tu pasal nak mintak duit untuk nak beli tiket dah. Kan?


Tarikh Pertandingan : 8 Julai 2013 – 18 Ogos 2013

Hadiah Pertandingan :

Tempat Pertama : 1 x Wang Tunai RM500 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim

Tempat Kedua : 1 x Wang Tunai RM300 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim

Tempat Ketiga : 1 x Wang Tunai RM200 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim

Hadiah Saguhati : 5 x Wang Tunai RM50 + 1 Tiket Percuma Konvensyen Usahawan Muslim

Apakah Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Menyertai Pertandingan Ini?

1. Tulis 1 entry/post berkaitan “Konvensyen Usahawan Muslim” atau apa-apa post berkaitan dengan topik perniagaan di blog anda.

2. Pastikan di dalam post tersebut, anda meletakkan link ke website ini : www.KonvesyenUsahawanMuslim.com

3. Submit URL blogpost anda itu di sini http://www.konvensyenusahawanmuslim.com.

Dah tu... mende agi...jom la kita pakat join contest tu. Mana tau untung menang, boleh la buat belanja beli baju raya... kan? Kan? Kan? Hahaha.

Untuk detail pasal hadiah-hadiah yang ditawarkan dan cara-cara penyertaan semuanya tu, atau untuk maklumat lanjut pasal Kovensyen Usahawan Muslim tu, boleh tengok sendiri dekat website dorang. Malas dah nak citer panjang. Entry ni pun dah superb panjang dah. Orang yang baca pun dah bertongkat dagu. Jenuh gamaknya. Hahaha. Untuk pergi website dorang, klik link ni je...: http://konvensyenusahawanmuslim.com/

P/S:

9 comments:

  1. owhh... ada contest.. masuk tak? macam berminat je... hmm... due date pun jauh lagi.... boleh kumpul2 bahan tu.. hihi... kalau sofia joint... good luck ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeee... camne boleh xperasan ni...? *kening double jerk* hahaha. pape pun, tenkiu. =)

      Delete
  2. Assalamualikum,
    cun lah entri ni. boleh di kemaskan lagi. setiap perengan buat tajuk kecil. mesti gempak lah. selamat berjaya.. ^^

    ReplyDelete
  3. thanks info saya ttg nih . Kena fikir nak karang apa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat2 fikir, cepat2 join. hehe... ^_^

      Delete
  4. tq violet sofia..kalau dpt menang tiket free 1 tu kan memang best c:

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kalo camtu, join la kak. mana tau ade rezeki? *kening double jerk* hehe...

      Delete
  5. http://budak-cinta-tarbiyyah.blogspot.com/

    follow mine =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::: Nota Penting! :::

Segala perkongsian saya di dalam blog ini adalah hasil penulisan saya sendiri. Copy-paste atau tiru-meniru adalah DILARANG sama sekali. Jika perkara tersebut berlaku, saya sebagai empunya blog tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.