Skip to main content

Scandal | Teaser I


“SUFI.”

Pandangan Sufi ke kaca tv laju berpaling ke arah suara yang menegur.

“Kenapa tak masuk tidur lagi?”

Sufi tak menjawab. Pandangannya ditala semula ke kaca tv. Sengaja tak dipedulikannya kata-kata lelaki itu. Suka hati akulah… Namun kata-kata itu hanya berbisik di dalam hati. Tak berani nak dituturkan keluar. Bukan takut, tapi malas nak bergaduh panjang. Remote control di tangan dihala ke kaca tv dan ditekan-tekan menukar siaran.

“Sufi, abang tanya ni. Dengar tak?”

Sufi mengeluh perlahan. Akulah… bosan sungguh dengar nada aura mendesak tu. Nada yang seolah membayangkan kalau tak dijawab pertanyaannya, cari nahaslah tu. “Tak ngantuk.” Dia menggumam perlahan. Pandangannya tetap ke kaca tv.

“Dah pukul berapa ni, Sufi…” Raff dah mula mengeluh. Apa lagilah ni…?

Sufi buat tak endah. Dia hanya menjeling lelaki itu dengan hujung mata. Dah aku kata tak ngantuk, tak ngantuk la. Yang nak memaksa orang tetiba ni kenapa?

“Sufi?”

Tak layan.

“Sufi.” Aura temperature nak naik seakan hampir nak mula kedengaran.

Sufi merengus perlahan. Aku benci dia ni! Kenapa suka mendesak aku? Kenapa tak boleh nak faham bertapa bencinya aku dekat dia? “Apa…?” Gumamnya, geram. Seakan merungut dan rimas nadanya. Namun terkesan juga dia dengan aura temperature tu. Karang lagi tinggi meter tu, parah!

“Masuk.” Serius.

“Tak nak.” Dingin.

“Dah tengah malam, Sufi.”

“Biarlah.”

Kening Ashraff berkerut. Ni apa hal nak melawan-lawan sangat ni? “You know what’s time now?”
Sufi menjeling sekilas jam yang tergantung di dinding belakang tv. “2 pagi.” Jawabnya selamba dengan pandangan tetap ke kaca tv.

“So?”
Sufi berpaling. Tajam matanya memandang ke arah lelaki itu. “Yang sibuk sangat ni kenapa?” Soalnya dengan muka bengang.

“Abang nak tidur.”

“Dah nak tidur, pergi jelah tidur. Yang sibuk dengan orang tu kenapa? Bukannya berkongsi mata pun.”

“Sufi, I’m your husband, okey.”

“Peduli apa aku...” Gumamnya perlahan. Namun cukup untuk sampai ke pendengaran Raff di tengah malam yang sunyi dan dengan bunyi tv yang tak berapa nak kedengaran tu.

Wha…? Raff tergamam. ‘Peduli apa aku?’ Huh! Raff sengih sumbing sambil mengeleng perlahan. Terasa bengang juga dia mendengar kata-kata sebiadap itu. Kau memang cari penyakitlah tengah-tengah malam ni, Sufi. Dia terus menapak ke ruang tamu menghampiri Sufi.

Tercengang gadis itu melihat Raff mendekatinya.

Raff merampas remote control di tangan Sufi dan terus mematikan tv. Tangan Sufi dicapai kasar dan ditariknya gadis itu agar mengikut. “Jom!”

“Apa ni?!” Sufi membentak dan cuba merentap semula tangannya, namun gagal. Terkial-kial dia cuba melepaskan pergelangan tangannya dari pegangan kemas lelaki itu. “Orang kata tak nak, tak naklah. Tak faham bahasa ke?!” Dia membentak geram.

“Abang kata masuk, masuk! Faham tak?!” Raff meneking. Dia memang dah malas nak bersabar. Perempuan ni memang payah walaupun bercakap elok-elok.

Sufi tersetak. Tercengang. Terkejut dengan tengkingan itu. Seketika dia hanya merenung tajam ke mata ke lelaki itu. Bengang. Namun bila Raff jugak tetap bertahan membalas renungan Sufi dengan renungan tajam bercampur bengangnya juga, Sufi menjeling melarikan pandangannya ke lain. Kemudian pandangannya jatuh pada pergelangan tangannya yang masih didalam genggaman lelaki itu. Dada kini dah mula terasa sesak dan berbuku. Kelopak mata terasa panas tiba-tiba je. Aku benci lelaki ni! Sufi mengigit bibir bawah. Walaupun tahu khudrat dirinya takkan mampu, namun dia tetap menarik-narik tangannya dan cuba melepaskan dari cengkaman lelaki itu.

Raff menarik nafas panjang. Walaupun Sufi menundukkan wajah dan cuba menyembunyikan sepasang mata berkacanya itu, namun hati Raff tetap terasa berdetap bila air mata gadis itu gugur juga menitik di atas lengannya. Terasa lemah je semangat melihat kilau air mata itu menitik di atas kulitnya sendiri. Namun walaupun terasa bersalah, tapi dia nekad, kali ni dia takkan mengalah. Sufi dah melampau. Bukan setiap masa dia boleh bersabar. Dia tahu Sufi bencikan dirinya. Tapi sebenci apa pun, Sufi kena sedar diri jugak. Dia suami. Dan Sufi perlu hormati itu.

“Masuk sekarang.” Cuba bertoleransi.

Dada terasa macam kena cucuk dengan beribu jarum je dengar arahan tegas lelaki itu. Bukan dia takut nak melawan, tapi sekarang dah rasa diri macam dah dikalahkan bila air mata dengan sendirinya gugur tanpa dapat ditahan. Tengkingan Raff buat hati terasa sebak tiba-tiba. Bukan sedih. Tapi… entahlah. Terkejut. Dan bila Raff menarik kasar tangannya, dia hanya menurut tanpa sepatah kata. Tolonglah… aku benci lelaki ni!

.....BERSAMBUNG.....

 

Comments

  1. Replies
    1. uih! tanjat akak. hana baca blog akak? huhu... terharunye... :') ngee... insyaALLAH, nanti akak sambung k... sabar2... 'Excuse Me!' pun tak siap2 lagi ni... -.-'

      Delete
  2. Napa Sufi marah Sgt dgn Raff....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naaa... jeng... jeng... jeng... ade ler tuuu... hehehe... tunggu nanti kita siap tulis full dulu ye? sekarang kita kena more fokus pada 'Excuse Me' dulu... sabar ye...

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih... tapi zaza tetap kena sabar jugak. ngeee... =D

      Delete
  4. Baca teaser pun dah tau cite ni best ....

    ReplyDelete
  5. It's verу trouble-free to find out any matter on ԝeb as compaгed to
    textbooks, as I found this pіece of wгitіng at thiѕ site.


    Alsߋ visit my site; temp2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.