BUNYI SELAK tombol pintu dibuka dari luar membuatkan dia agak
sedikit tersentak dan berpaling ke arah pintu utama. Dan seketika kemudian
bunyi ketukkan pula kedengaran apabila tombol pintu itu dipulas dari luar namun
tak berjaya dibuka.
Sufi
senyum mencebik sendiri. Memanglah tak boleh buka pintu tu kalau dah kena selak
dari dalam. Tulah... Padan muka! Siapa suruh balik lewat-lewat sangat? Nasib
baik orang tak tidur lagi. Sufi terus bangun dari sofa dan segera menapak ke
pintu. Dia hanya menarik selak dan kemudian terus berpaling menapak kembali ke
ruang tamu. Tak kuasa aku nak tolong bukakan pintu siap pelawa dia masuk gaya
diraja bagai aih...
Namun
bila dah beberapa tapak melangkah, dia terasa pelik apabila tak mendengar bunyi
pintu dibuka. Dia berhenti dan berpaling ke belakang. Serentak itu juga, pintu
itu terus dibuka dari luar.
Dan
Sufi seakan tergamam. Terasa hampir jatuh rahang bawah ketika itu apabila
melihat keadaan Ashraff yang basah kuyup macam baru lepas kena simbah dengan
setong deram besar air terpancul di muka pintu.
“Ehh...
Cop! Cop! Cop!” Cepat Sufi mengangkat tangan menahan apabila dilihatnya lelaki
itu nak melangkah masuk ke dalam rumah.
Ashraff
terhenti dengan hanya sebelah kaki sempat mendarat di atas lantai dalam rumah.
Dia mengangkat muka berpaling memandang Sufi. Hairan. Pandangannya bertanya.
“Kenapa
basah ni?” Sufi bertanya. Sekaligus menjawab kehairanan lelaki itu.
“Baru
lepas berenang dalam kolam kat depan rumah ni.” Selamba bersahaja Asraff
menjawab. Sarkastik.
O~la... Nak perli-perli orang pun agak-agaklah... aku tanya elok-elok kut! “Ouh. Rumah kita ada kolam meh?”
Sufi saja buat-buat dungu. Muka selamba tak bersalah.
Okey,
Raff... jangan nak cari pasal
memulakan pergaduhan. Sekarang bukan masanya. Tengah penat ni wei... “Dah tu... tengah-tengah hujan
lebat kat luar tu, boleh ditanya lagi.” Gumam Ashraff, perlahan. Terasa geram
juga dibuatnya.
Melihat
lelaki itu seperti nak melangkah semula ke dalam rumah, cepat Sufi menapak ke
arah lelaki itu. “Ehh... awak nak ke mana ni?”
“La?
Nak masuk dalam rumahlah. Apa, Sufi nak suruh abang tidur luar ke? Jangan kejam
sangatlah, Sufi.”
“Saya
tak kata pun nak suruh awak tidur luar.”
“Dah
tu?”
“Takkan
nak masuk dengan basah-basah macam ni?”
Ashraff
hanya pandangan Sufi dengan kening berkerut terangkat sebelah. Apehal dia ni? “Dah tu, Sufi nak dukung
abang?”
Sufi
memutarkan matanya ke atas. Tak kuasa! “Tunggu sini. Saya ambilkan towel.” Dia dah terus berpaling
melangkah ke kamar tidur.
Erk?
Ashraff agak tergamam seketika di situ. Apesal dia ni tetiba jadi baik sangat
ni? Mimpikah aku?
“Tunggu
je situ. Jangan nak basahkan lantai merata!” Sempat Sufi menambah amaran lagi
tanpa berpaling sebelum selepas itu terus hilang ke dalam bilik.
Ashraff
hanya tersenyum sendiri. Sufi... Sufi... Tang
cerewet tu, dari dulu sampai sekarang memang tak ubah.
Sufi
muncul semula dengan tuala putih rona di tangan dan menapak ke arah Ashraff.
“Nah.” Dihulurkan kepada Ashraff sebaik dia berdiri di hadapan lelaki itu.
Ashraff
tak segera menyambut. Dia hanya merenung Sufi dengan makna yang tak
tertafsirkan. Saja nak buat Sufi menggelabah.
“Apa
pandang-pandang orang macam tu? Ambil je la towel
ni. Salin dulu pakaian tu.” Sufi mengunjuk lagi tuala di tangan.
Pandang-pandang orang macam tuuu... apa?! Cucuk biji mata tu karang!
“Asyik
nak marah-marah je.” Ashraff menyambut tuala yang dihulur sambil mencebik buat
muka. Konon-konon nak merajuk, tapi sebenarnya tahu je takkannya ‘orang tu’ nak pujuk. “Datang bulan ke?” Sempat dia
mengusik.
“Sibuk
je!” Sufi terus berpaling menapak semula ke ruang tamu.
“Ikhlas
ke tak ni?” Ashraff tersengih. Tak puas
lagi menyakat.
“Tak.”
Sufi mencapai kusyen kecil di sofa dan terus melabuhkan duduk. Pandangannya
ditala semula ke skrin tv. Sambung balik tengok drama Korea Missing You tadi.
“Tak
naklah pakai towel ni. Salin baju
dalam bilik jelah.” Ashraff tahan muka selamba. Saja mengusik, nak tengok
respon Sufi.
“Buat
la... buat. Kasi makan mop lantai baru tahu.” Sufi menggumam dengan pandangan
tak beralih dari kaca tv. Kata-katanya berbaur ugutan walaupun tak seserius
yang ditutur.
Ashraff
senyum sendiri menahan ketawa. See?
Memang seperti yang dah dijangkakan. “Jadi isteri tak baik zalim kat suami
tau.” Sambil tu, dia mula menyalin pakaian dengan tuala yang diberikan Sufi.
Sufi
hanya mencebik. “Awak dari mana sebenarnya?”
“Risau
jugak Sufi kat abang ye?”
“Tanya
je pun.”
Ashraff
mencebik sendiri. Orang baru je nak
berangan diri disayangi sikit,
dikasinya ayat dingin macam tu, dahhh patah hati dah. “Baru balik kerjalah.”
Katanya kemudian.
Kening
Sufi berkerut pelik. Tahulah hujan tengah lebat menggila kat luar. Maklumlah...
sekarang dah masuk bulan 12. Tabiat musim hujan. Tapi... Kan balik kerja dengan
kereta? Kereta berhenti pun di porch
depan rumah. Dan porch pun, bukannya
tak berbumbung. Patutnya keluar dari kereta mana kena hujan. Ni hujan sesat
mana yang ‘menyimbah’ baju dia macam orang menyelam dalam laut ni?
“Kereta
awak tak ada bumbung ke?”
Raff
tahan ketawa yang terasa nak pecah dengan menggulum senyum sebaik mendengar
soalan sarkastik Sufi tu. Sinis, tapi lawak bunyinya. “Tak ada. Tercabut.”
Sufi
berpaling dengan muka geram tak puas hati. “Buat lawak eh?”
“Dah
tu, tanya lagi soalan macam tu.”
“Dah tu
yang sampai basah kuyup macam tu, kenapa?”
“Saja.
Mandi hujan.”
Urgh!
Sufi memutarkan matanya ke atas. Loya buruk pulak
dia ni. “Apa-apa jelah.” Dia terus berpusing semula ke kaca tv.
Siap
bersalin, Ashraff terus membawa pakaian basahnya ke dapur. Nak dimasukkan ke
dalam mesin basuh. Dan seketika kemudian, lelaki itu keluar semula dari dapur
dan menapak ke ruang tamu.
“Sayang
jugak Sufi kat abang ye?” Kata lelaki itu sambil menghenyakkan punggungnya di
sebelah Sufi.
Terus
Sufi mengelak sedikit ke kiri, menjarakkan sedikit tubuhnya dengan lelaki itu.
Dia memandang Ashraff dengan kerutan di kening. Muka tak puas hati. Ni apa kes
ni? Macamlah dah tak ada tempat lain nak duduk. Dahlah pakai towel je. Tak malu!
Namun
Ashraff buat-buat tak perasan. Dia bersahaja dengan pandangan menala ke kaca
tv. Cerita apa Sufi tengok ni?
Melihat
Ashraff tak mengendahkannya, Sufi hanya menjeling lelaki itu dan menala semula
pandangannya ke kaca tv. Terpaksa akur membiarkan saja. Tak kisahlah. Jangan
nak macam-macam sudah. Kang ku baling
dengan remote tv kat depan ni karang... baru tahu rasa!
“Kalau
selalu macam ni, kan bagus?” Ashraff tiba-tiba bersuara lagi.
“Apa?”
Sufi tak faham. Apa yang bagusnya?
“Lepas
ni, selalu-selalulah caring kat abang
ye? Abang suka Sufi sayang abang.” Ayat orang perasan.
Sufi
memutarkan matanya ke atas. “Oh, jangan nak perasanlah! Saya cuma tak nak awak
kotorkan rumah je. Nanti saya jugak yang penat nak kena mop balik.”
“Jangan
bilang benci... kalau ada cinta harus bilang sayang...” Dah selamat lirik lagu
Cinta Dan Sayang – Khalifah dimodifiednya.
“Pergi
masuk pakai bajulah!” Dan selamat juga kusyen kecil di atas riba dibaling ke
tubuh Ashraff.
.....BERSAMBUNG.....
P/s 1: Amacam? Terubatkah rindu di hati?
Ngehehe...
P/s 2: Ini masih draf. So sorry kalau ada
kesilapan ejaan atau mana-mana yang tersilap dalam part ni ye? Malas nak edit
ar... hehehe... sorry. Apa-apa pun, sangat la berterima kasih pada semua yang
sudi baca my hikayat yang tak seberapa nih. Thank you. Komawo. Jazzakallahu
khairan kasira. ^_~
P/s 3: Oh, ya! Jemput la like my page di Facebook ye?
Klik sini - Violet Sofia Official.
Atau boleh add account Facebook saya je.
Klik sini - SofiaRazali (Violet Sofia)
lamanya baru dapat n3 baru.... excuse me pe cer... xnk sambung g ke
ReplyDeletebakal menyusul kemudian. harap dapat bersabar lagi ye? hehehe... sorry, sebab buat menunggu lama. :-(
DeleteBest..hehhehe..tp pendek je cite ...;)
ReplyDeletetang cerita ni belum nak datang mood serius sangat lagi... huhu...
Deletebest! sambung, kak. siapkan mss penuh n then hantar kat any pubs. kan senang
ReplyDeletetengah mengerjakannya la ni yunk... memang hajat nak bukukan cerita ni pun... sebab tu bagi teaser2 jer... huhu...
Delete