Skip to main content

Pandangan Orang Atau Pandangan ALLAH?



Seriously, cara mereka berfikir dan saya berfikir, sangat berbeza! Saya jenis yang memang straight. Fokus bila dah tetapkan satu-satu target. Kena sepak, kena terajang, kena humban ke mana pun, bila saya dah tetapkan satu-satu target, saya takkan ubah, saya takkan berpaling.

Betul... saya adakalanya payah dan tak reti dalam nak membuat satu-satu keputusan. Sebab tu bukan mudah-mudah untuk saya membuat keputusan, dan bukan mudah-mudah juga untuk saya mengubah pendirian. Bagi saya, apa-apa pun perkara yang saya nak buat, harus ikut apa yang ALLAH suruh dulu. Dan kalau berkemampuan, baru la ya kalau nak turutkan adat pun. Sebab saya selalu pesan pada diri, Islam tu addin. Addin tu maksudnya cara hidup. Jadi macam mana saya mengamalkan cara hidup saya, maka apa yang saya amalkan itulah nilai keIslaman saya.

Walaupun sahih saya dilahirkan dalam keluarga Islam, tapi bukan pelik kalau saya kata banyak lagi tentang Islam yang saya tak tahu arif. Tapi takat ni, apa yang saya dah tahu tu, patutnya saya amalkan la, kan? Dan yang salah, yang tak patut, tinggal-tinggalkanlah, kan? Kalau tak, apa ertinya belajar mendalami ilmu agama? Apa ertinya memeluk Islam kalau tak mahu menurut Islam? Bukankah kita mengakui Islamnya kita kerana kita cintakan Islam itu? Kan? So kalau betul cintakan Islam, nak ikut cara hidup Islam, adat tu bukan keutamaan.

Perspektif orang keliling tu bukan perkara utama yang kita kena dahulukan. Betul... nak buat apa-apa perkara pun, kena fikirkan jugak pandangan orang keliling. Tapi dalam memikirkan pandangan orang tu, kena compare la pemikiran kita tu dengan hukum-hakam agama kita yang jadi addin, yang jadi cara hidup kita.


Sebagai contoh, orang bercinta. Belum kahwin. Keluar dating berduaan. Nama pun dating, mestilah berdua, kan? Jalan-jalan pegang tangan bagai... nak-nak pulak, mesra-mesra macam picture pinjaman dari Encik Google macam kat atas tu. Lepas tu lagi sweet, lepak berdua duduk dekat-dekat di tepi pantai. Wahh... Rasanya kalau orang keliling tengok, elok tak tu? Manis tak? Orang mengata tak? Mesti orang mengata, kan? Dan kita, andaikan diri kita sendirilah... yang jadi watak pelakon di antara pasangan bercinta tu. Tanya diri kita sendiri, betul ke salah apa yang kita buat tu? Pada pandangan masyarakat keliling yang melihat yang merasa perbuatan kita tu tak senonoh, setuju ke dengan pandangan mereka? Okay, katakan jawapannya 'tak' la. Almaklumlah, orang tengah dilamun cinta kannn... biasanya semua yang pahit pun manis. Biasanya suka pegang dengan kata-kata macam ni, 'jangan sibuk hal orang'. Tapi, cuba compare pulak perkara tu dengan sudut pandangan Islam. Islam = agama kita. Kan kita Islam, so cara hidup kita patut kena ikut cara Islamlah. So pada sudut pandangan Islam, is that cara kita bercinta tu berdosa? Dan dah tentu-tentulah jawapannya berdosa, kan? Bersentuhan antara lelaki dan perempuan aje dah berdosa, inikan berpegangan tangan, bertepuk-tampar bagai. Hukum ALLAH itu logik. Bila ALLAH kata haram, maka ada sebabnya yang logik. Kalau tak percaya, fikirkan sendiri dengan lebih jauh dan mendalam. Bandingkan baik buruknya. Dan sorry, saya tak dapat temankan anda berfikir ke dalam isu tu sebab saya ada hal lain yang lebih perlu untuk diperjelaskan. So kalau pada pandangan agama yang kita pegang sendiri pun dah salah, maka wajar la di situ kalau kita nak endahkan dengan pandangan masyarakat yang anggap perbuatan kita tu salah. Sebab logik. See?


Taaapiii... kalau contoh yang macam ni pulak. Katakan awak nak kahwin. Mas kahwin... oh, ni yang saya suka. Saya suka sebab di negeri Terengganu ni, mas kahwin tak ada ditetapkan berapa-berapa. So ni kira boleh serah kat si lelaki la untuk nak letak berapa-berapa pun. Sukanya bagi saya sebab dengan tu kita boleh melihat berapa nilai yang ikhlasnya lelaki tu nak bagi. No paksaan-paksaan terhadap si kaum lelaki. Memanglah kalau ikut nak kata beli anak orang ni mana cukup dengan nilai wang ringgit, tapi itu atas kebijaksanaan dan ketulusan hati si lelaki tu sendiri la nanti macam mana nak menjawab. Ngeh! Ngeh! Ngehhh...! Suka betul nak menguji orang, kan? Huhuhu.... Hehehe.... Tapi betul, kan? Kat Terengganu takde ditetapkan berapa-berapa mas kahwin yang wajib pun, kan? Lagipun itulah yang saya temui selepas pertanyaan dengan Encik Google tadi. (ceh! menggoogle rupanya. hampeh... -.-') Tapi kononnya... kita letak la harga mas kahwin tu RM100. Okay? Hantaran pulak... letak la RM10,000. Wow! Dah macam nak terjojol biji mata mendengarnya, kan? Hahaha...! Buttt.... Pada pandangan masyarakat, is that betul? And you know what masyakat keliling jawab? Bukan betul atau salah, tapi bagus! Atau mungkin akan jawab... hantaran tu tak boleh up lagi dah ke? Haaa... tu dia. Suka kan kalau hantaran tinggi-tinggi? Tapi cuba compare dengan sudut pandangan agama kita - Islam. Dengan mas kahwin RM100 dan hantaran RM10,000, Islam akan kata, boleh je... tapi bukan wajib. Yang wajibnya, mas kahwin. Hukum syarak mengutamakan mas kahwin, bukan hantaran ok!

Oh! Ada satu entry dari sinar harian yang saya ada baca dan bagus untuk korang rujuk. Klik sini - Fahami Konsep Wang Hantaran.

Hantaran tu, adat sahaja semata-mata. Ada sebut ke dalam hukum agama Islam hantaran tu mesti kena letak berapa-berapa dan wajib kena bayar berapa? Ada? Tak ada kan? So... if kata la awak nak kahwin nak hanya ada duit mas kahwin je tak payah ada duit hantaran, is that salah?

Secara hukum syaraknya, tak salah pun. Tapi I'm sure yang korang sebenarnya lebih suka memilih 'salah'. Kenapa salah? Sebab malu tak ada hantaran, kan? Kawan-kawan, anak-anak jiran hari tu... hantarannya tujuhlapanribu. So korang kalau boleh nak up la sikit. Malu la dengan kawan-kawan yang dah lepas... muka tak cun pun tapi hantaran RM8,000. Kita yang muka kalah ratu dunia ni, hantaran tu paling kurang kut nak la RM10,000. Ye dak? Ceh! -.-'

Tapi biasa bab-bab tang letak harga hantaran ni mak-bapak yang paling excited-maited! Dah gaya macam nak jual anak pun ada. So kita sebagai anak ni, kadang tak terkata apalah kan...? Biasa kebanyakkan orang muda sekarang dah lebih peka dan banyak kesedaran dah pasal bende-bende macam ni. Dah tak kisah sangat pasal nilai hantaran. Tapi mak bapaklah yang over selalunya. Kan? Haihh... payah... payah... kan?

Sebenarnya tujuan entry saya ni bukan nak cakap pasal kahwin, tapi nak luahkan ketidakpuasan hati saya pasal mentaliti masyarakat kita hari ni yang lebih utamakan pendapat orang dari hukum syarak. Kenapa macam tu?


Buat apa nak fikirkan tentang pandangan orang sedangkan Allah tak pernah menghukum apa yang kita buat itu salah? Malah lebih disukai Allah. Buat apa takut orang tak suka kalau Allah dah lebih suka? Pelik sungguh mentaliti masyarakat hari ni. Mulut je cakap nak ikut apa Allah suruh, tapi gerak perbuatan tu sebenarnya ikut adat dan apa yang orang suruh je. Sedarlah... kalau kita nak puaskan hati manusia, sampai dunia kiamat pun takkan tercapai. Jadi, lebih baiklah kita tetapkan suatu-suatu pendirian ataupun matlamat kita, dan laksanakannya ikut cara yang disukai ALLAH. Bukan ke ALLAH itu destinasi utama kita?

P/s: Sungguh, kenapa nak sibuk-sibuk sampai takut risau duk fikirkan pandangan orang keliling kalau ALLAH tak menghukum salah pun apa yang kita buat?

Comments

  1. Sokong part dating tu..hehehe...minta dijauhkan dari keluarga dan anak2 saya..part hantaran errr..sokong juga cuma, jgn lah terlampau2 pulak mahal hantarannya kan..yang penting tidak menyusahkan pihak bakal pengantin lelaki..right?

    http://hanamarsom.blogspot.com/2014/06/indahnya-bergelar-surirumah.html

    ReplyDelete
  2. betul tu...sangat bererti. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.