Actually saya baru sedar yang saya sebenarnya adalah seorang peminat jam tangan. Hahaha. Dulu arwah ayah pun memang peminat jam tangan jugak. Dan kini, menurun pulak pada anaknya yang ni. Hehehe.Sebab gemar sangat dengan jam la yang mendorong minat saya untuk jual jam MEM. InsyaALLAH, kalau ada rezeki, suatu hari nanti saya nak jadi pereka dan penjual jam tangan jenama sendiri pulak. Hehe. Aamiin...Tapi sungguhpun bermacam-macam jenis jam yang saya dah temui, tapi satu-satunya jam tangan yang saya paling suka, paling tetap menjadi pujaan hati saya dan paling menepati citarasa saya sehingga kini, hanyalah jam tangan Casio (seperti gambar di atas) yang satu ni je.Okay. Cuba teka dulu berapa harganya?Hahaha. Saya tak ingat saya beli jam ni tahun bila. Tapi masa tu tengah offer. Harganya dalam RM70 - RM95 dari harga asal seratus lebih-lebih gitu la masa tu kalau tak silap. Tak berapa nak ingat dah harganya. Tapi memang tak mahal pun. Murah je. Dan masa tu ada 1 ni je pun kat kedai tu. Taapiii... walaupun harganya tak seberapa mana, walaupun rekaannya kelihatan tak segah mana, namun tetap menjadi my favourite watches sehingga ke hari ni. Kenapa? Hmn... Saya pun tak pasti kenapa.
Oh! Lupa nak bagitahu. Actually jam ni dah rosak dah pun. Tu yang kalau tengok pada dua gambar kiri dan kanan tu jarumnya macam tak bergerak pun. Hahaha.Jam ni, dari rekaannya hinggalah kualiti ciptaannya, saya betul-betul suka. Ia jam tangan yang sederhana je. Tapi tak tau kenapa sangat menarik dan kena dengan jiwa saya. Benar-benar menepati citarasa saya. Bila letak kat tangan, saya rasa ia sesuai dengan saya. Sebab bukan senang tau nak jumpa jam tangan bentuk square macam ni yang sesuai dengan saya. Normally tangan saya lebih sesuai dengan yang bentuk bulat je. Mungkin... itu salah-satu jugaklah sebab kenapa saya suka sangat dengan jam ni.Hahaha... See? Nampak tak macam mana cerewetnya saya? Hahaha. Saya memang peminat jam. Tapi bukan mudah nak jumpa jam yang saya minati. Yang betul-betul minat lagilah susah nak jumpa. Setakat ni jam tangan yang saya suka, hanyalah MEM yang saya duk jual sekarang dan Casio yang seutas ni sahaja. InsyaALLAH, suatu hari nanti nak tambah lagi koleksi jam tangan berjenama di online shop (Violet Sofia Collection) saya. Hehehe. Nanti nak cuba dapatkan Casio dan Fossil original pulak. InsyaALLAH... Semoga ALLAH permudahkan usaha saya ni. Aamiin...Oh! Pasal MEM. MEM pulak yang paling menariknya sebab ia jam tangan tawaf yang sangat unik dengan tulisan Arabicnya. Biasanya orang panggil anticlockwise atau bahasa Melayunya jam ke kanannn... gituuu...! Eh! Eh! Eh! Terlajak bercerita pasal MEM la pulak. Hahaha. Okay. Okay. Kalau nak tau detail pasal MEM Watches, just visit kat my instashop je k? Ada macam-macam koleksi jam tangan MEM siap dengan detail terperinci semua bagai lagi kat my instashop. Supaya senang korang nak shopping. Klik je gambar kat bawah ni untuk pergi ke my instashop.
Baiklah. Sampai di sini sajalah catatan harian saya hari ni tentang jam. Eheee... Dah la sekali tak sekala je pun update blog, kan? Time-time rajin dan free dan kebetulan idea tetiba datang camni jelah nak update blog pun. Hehehe.Alaa... kita nak siap-siap tido dah la. Esok nak bangun awal. Banyak lagi kerja. Sekarang dah jadi peniaga online sepenuh masa, so banyak sikitlah kena bekorban masa. Sebab baru nak membangun, kan? Biasalah, kalau nak pergi lebih jauh, kalau nak berjaya, memang perlukan banyak pengorbanan. Tak gitu?Okay. Lepasni nak post pasal Maco sikit kat ig, dan lepastu kita terus landing kat tilam dan bantal musyuk, menghanyutkan diri ke lautan mimpi sebelum jumpa lagi esok ye? InsyaAllah... Well, gud nite and Assalamu'alaikum...
NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^
Comments
Post a Comment