Skip to main content

Relakan Jiwa


Sail Away (Orinoco Flow) - Enya perlahan surut bunyinya di hujung lagu.

Senyap.

Hujung jari-jemari yang tak berapa nak runcing tetap meneruskan kerja mengetuk huruf-huruf yang dikehendaki di dada papan kekunci laptop di depan. Tengah bermain koding sebenarnya. Usaha nak mencantikkan blog sendiri. Mungkin kerana sayang duit nak upah designer, akhirnya tanpa sedar entah sejak bila dah terambil langkah menggodek dan mereka sendiri koding sehingga mampu merubah dan mencantikkan beberapa widget di blog sendiri. Tak tau la orang tengok cantik ke tak, tapi yang pasti, diri sendiri puas hati.

Tengah ralat memikirkan letak susun koding di depan mata itu sambil dengan kedua-dua tangan sedang bersedia di atas papan kekunci menunggu arahan dari buah fikiran, dentuman kuat bunyi dram yang melantun keluar dari kedua-dua earbuds yang tersumbat di lubang telinga kiri dan kanan membuat diri tersentak. Hadoi... Kurus sekejap semangat. Eh tapi dah lama tak dengar lagu ni la. Dan memangnya sejak bila pun aku dengar lagu? Berzaman dah kut tak layan muzik.

Kusangka hidupku...

Perhhh... apesal ni? Apesal starting lagu ni terasa macam menusuk kalbu sangat ni? Gemersik suara Hazama nak melagukan Ku Relakan Jiwa terasa chilling sungguh.

Selamanya gelap...

Perasaan hati seakan terasa hilang arah tiba-tiba. Terasa tak keruan. Kedua tangan di atas papan kekunci tanpa sedar dibawa turun letak di riba. Ya, memang dulu itu yang aku rasa. Hidup sendirian dalam kegelapan...

Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta...

Cinta? Heh! Bibir tanpa sedar menarik senyum sinis.

Memaksa diriku...

Degup jantung mula terasa lari rentak. Laju. Berdebar.

Menapaki jalan...

Kelopak mata mula terasa hangat. Sebab memang susah nak menapak berjalan kala semangat diri tengah lemah dan merundum macam sekarang ni. Tapi sabar. Pura-pura kuat je.

Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku...

Sebelah tangan beralih naik ke meja. Menongkat, menyentuh dahi dengan hujung-hujung jari. Mengurut. Nafas ditarik panjang-panjang. Dihembus keras. Memang semua ni bukan apa yang aku mahukan. Masalah! Kenapa tetiba lagu ni, nih? Tengah-tengah keadaan diri aku yang macam ni, nih...

Dan engkau pun hadir...

Kelopak mata terbuka semula. Teringat semula saat-saat mula kehadirannya. Alabale! Fikiran mula kusut. Hati gelisah.

Memberi cahaya...

ALLAH... Memang lagu ni nostalgik sangat. Memorinya!

Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri...

Ya ALLAH... Mata terpejam menahan rasa. Rasa hati yang bakalan diurung sebak.

Menuntun hatiku...

Hati aku. Bukan hati dia. Dan hati nilah yang meruntun sebak kala ini.

Ke palung asmara...

Ya ALLAH... Tak sepatutnya aku ingat semua ni. Segala kenangan yang dah terkebelakang, saat ini tiba-tiba terasa menerobos laju menembusi tiap-tiap dinding ingatan.

Seakan ku hidup kembali dari matiku...

Mati? Aku belum lagi mati. Tapi sebab lagu ni saat ni aku boleh mati lemas bermain rasa sakit, lemas dan kecundang yang selama ni aku usir tepi seolah seperti tak pernah rasa apa!

Engkaulah cinta...

Ya. Engkau.

Yang selama ini aku cari...

Tapi akhirnya hanya penghancur, penglebur hati aku.

Ku Relakan jiwa...

Jiwa? Jiwa mana lagi untuk aku relakan?

Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu...

Ya. Tapi itu hanyalah peluang yang tak pernah kau hargai.

Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku...

Dan kini mematikan segala hasrat dan semangat rasaku yang baru saja seketika menemukan bahagia... Air mata tanpa sedar membanjiri takungan kelopak mata.

Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku...

Dan akhirnya aku tetap juga kembali sepi sendiri... Air mata mula gugur tanpa sedar.

Hati bukan untuk dimiliki...
Tapi untuk dicinta dan mencintai...
Kurelakan jiwaku padamu...

Tak. Aku tak sepatutnya melakukannya.

Engkaulah cinta...

Bukan.

Yang selama ini aku cari...

Tidak! Kepala tanpa sedar menggeleng sendiri. Bukan yang aku cari. Bukan ini yang aku cari.

Ku relakan jiwa...

Tak mahu... Seakan menzahirkan perasaan di dalam hati kala itu, kepala terusan menggeleng sendiri di bawah sedar.

Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu...

Bukan. Bukan hati itu yang patut aku huni.

Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku...

Nadi? Tidak...

Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku...

Hati aku dah sepi. Hati aku tetap juga sepi. Sama macam dulu. Jadi apa gunanya semua ni?

Seandainya waktu...
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu...

Aku menyesal. Tak sepatutnya aku jumpa dia.

Akan kubiarkan mati hatiku selamanya...
Sehingga kau datang membangunkan aku...

Tak perlu. Aku akan bangun sendiri. Aku akan menapak sendiri. Tak mahu sesiapa lagi. Nak jaga diri sendiri. Biar berapa lama pun, asal jangan terluka lagi. Tak mahu menangis lagi. Tak mahu terluka lagi. Penat. Penat sangat-sangat... Dan air mata kini kian laju. Gagal berhenti. Perasaan terlalu sebak. Hati terlalu rasa sakit. Terlalu terhiris. Terlalu sedih. Terlalu... Ya ALLAHHH......

Earbuds di kedua-dua telinga direntap kasar. Hempas letak di tepi meja. Terus bangun dari meja kerja dan menapak keluar dari kamar menuju ke bilik air.

Bad song!

Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.