Skip to main content

Berhati-hati Ketika Keluar Dan Masuk Kereta


HARUS BACA!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma! Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !

Jadikan amalan :

1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar. 
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta. 
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam.

P/S: Sebarkan.

Comments

  1. scary.. huhu.... skrg macam2 jadi kn.. kene hatii2... hurmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe. take care tia... pasni kalo kuar kereta isi minyak tu, hati2 la nak masuk balik.

      Delete
  2. wah takutnya. thanks for sharing. sangat sangat berguna seriesly :)eh esok hari jadi dia lah.. heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2. eh, eh, ha'ah la... esok bufday org tu lar... ngeee... :-D

      Delete
  3. thanks for sharing the tip..:)
    http://vitamindelight.blogspot.com/2013/02/pentingkah-make-up-remover.html

    ReplyDelete
  4. Hidup sekarang ni kena senantiasa berhati-hati sebab penjenayah ada di mana-mana. Tapi itu pun, entah Menteri bebal mana kata yang Malaysia ni masih aman. Aman lah sangat, sampai rumah Menteri Belia dan Sukan pun kena rompak, inikan pulak rumah rakyat biasa macam kita ni.

    Ni nak balik kampung pun tak berani nak tinggal rumah lama-lama.

    ReplyDelete
  5. great info...come and visit my blog
    http://misseiymir.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. tak kira lah.. baik lelaki mahupun wanita... perlulah hati ketika meninggalkan kereta... masuk pun sama... kalau boleh, kalau kat tempat x ada org, jgn la berhenti kalau tak ade apa2 urusan...

    hati2 la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.