Skip to main content

Heart Broken | Random 1#


Bunyi suara rengekkan dan tangisan bayi dari bilik sebelah untuk ke sekian kalinya mengejutkan dia dari tidurnya lagi. Dia merengus perlahan. Dipusingkan tubuhnya ke kiri pula. Cuba pejamkan mata semula. Namun mungkin kerana dah terlalu kerap terjaga, lenanya tak mahu lagi berkunjung. Dia mengeluh. Bosan dan tertekan sungguh dengan semua ni!

Akhirnya dia bangun dari baringnya di tilam dan terus ke tingkap. Langsir yang menutupi tingkap diselak dan dipintalkan ke tepi. Selak tutup cermin tingkap nangkuh itu dibuka. Dia menarik nafas cuba menghirup udara pagi dari celah-celah cermin nangkuh yang terbuka. Namun pagi yang dah menginjak ke tengahari itu tak membawa sedikitpun udara segar. Ah! Suasana alam juga tak membantu menenangkan aku!

Kerusi di depan meja tulis di tepi tingkap ditarik dan dia melabuhkan duduk. Laptop yang dah sedia ada di atas meja di depan hanya dipandang dingin. Tak rasa lagi nak mula buat kerja. Mood masih belum datang. Dan tambahan hati pula tengah galau sungguh waktu ni.

Dia mengeluh sambil pandang susunan novel-novel pelbagai tajuk yang tersusun di atas rak di depan meja. Namun fikirannya bukan ke situ. Bukan pada wujudnya buku-buku yang berlambak di depan mata itu. Fikirannya saat ini sedang memikirkan hal lain. Ya, semuanya kerana lelaki itu!

Wajah itu... wajah yang selalu menerbitkan rindu di hati itu terlampau kerap muncul diingatan akhir-akhir ini. Bahkan terlalu kerap hinggakan tak ada walau seminitpun dalam sehari dia tak mengingatinya. Namun semuanya menjadi duka gara-gara peristiwa tu! 

Ya ALLAH... Kalaulah dia tak menghianati aku... Kalaulah dia menghargai dengan baik kepercayaanku... Kalaulah dia menghormati rasa cintaku dan mengerti bertapa terlukanya perasaan hatiku dengan semua perbuatan itu... Dah tentu hingga ke hari ni, aku masih bahagia di sisinya dan dia juga akan sentiasa cuba aku bahagiakan. Tapi kenapa dia khianati aku?

Dan ketika ini, semakin wajah itu muncul di ingatannya, semakin jelas terpancar kesedihan di wajahnya. Dia tahu pemilik wajah itu terlalu menghancurkan hatinya, tapi bukannya dia tak cuba melupakan lelaki itu. Dia dah terlalu mencuba. Namun hanya kegagalan yang ditemui.

Ya ALLAH... sampai bila nak macam ni...?

Tangan kanan perlahan dibawa menggosok-gosok dada sendiri. Ya ALLAH, cepatlah semua ni berakhir. Cepatlah sembuh wahai hati. Cepatlah normal semula keadaan. Tak tahan dah.... Tangan dibawa pula ke pelipis, memicit. Sakitnya kepala. Dah beberapa malam dah tak boleh tidur dengan baik. Bukan kerana tangisan anak kecil di bilik sebelah yang payah nak ditidurkan mamanya tu. Tapi kerana diri sendiri yang memang can't stop thinking about 'him' and can't stop crying...

Dia melepas nafas berat. Ya Allah... tak larat dah rasa aku ni.

Kepalanya terus dijatuhkan ke meja dengan beralaskan sebelah lengan menahan kepala. Ya ALLAH, aku betul-betul tak sanggup macam ni. Sakitnya rasa. Kenapa dia buat aku macam ni...?

Tanpa dapat ditahan, air mata mengalir lagi untuk kesekian kalinya. Hiba.

Dan entah untuk kali yang ke berapa, dia menangis lagi di depan meja tulis itu. Sejak kejadian tu, air mata jadi murah sungguh. Mudah benar mengalir. Tapi sedihnya, tak ada sesiapa pun yang memujuk. Hanya diri sendiri sahaja yang selalu memujuk hati sendiri yang semakin lama semakin payah sungguh nak dipujuk.

Setiap kali terkenangkan lelaki itu, mata mudah benar terasa berkaca. Dan air hangat yang bertakung di kelopak mata, mudah benar gugurnya walaupun dah habis daya dicuba tahan. Ya ALLAH, kenapa ini bayaran dia untuk kesetiaan dan kepercayaan yang aku berikan padanya? Tak bermakna langsungkah rasa cintaku padanya?

Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.