Skip to main content

Hanya Dia Yang Tahu



Sungguh. Hanya ALLAH tahu hati aku.

Sakitnya. Peritnya. Beratnya. Bebannya. Penatnya. Lelahnya. Dahaganya. Sunyinya. Kosongnya. Pedihnya. Lukanya. Dan sebenarnya untuk segala rasa yang samada temannya air mata atau ketawa, hanya ALLAH sajalah satu-satu yang peduli dan mahu peduli tentang aku.

No one care.

I have no one.

You?

No. You takde masa I nangis.

Dia?

Heh. Dialah sebab kenapa aku sakit.

He?

Dia takmo dengar cerita sedih aku. Dia takmo dengar cerita aku. Dia hanya mahu aku dengar cerita dia. Mungkin dia bukan tercipta untuk waktu dukaku. Dia hanya ada untuk kala suka saja. Waktu duka? Mungkin aku kena duduk menangis kat ceruk dapur. Ah... redha jelah.

Dan how about them?

Mereka?

Mereka lagi suka buat hal sendiri.

Pernah ke? Rasanya tak pernah lagi kala aku jatuh mereka menghulur tangan tanpa dipinta.

Arghh... aku sendiri rupanya!

Macam mana aku jadi setabah ni?

Lamanya aku menanggung. Lamanya aku memendam.

Tapi... memang sakit pun.

Tapi... mana aku letak segala sakit tu?

Bukannya sakit tu tak pernah menghiris hati. Bukannya sakit tu tak pernah buat aku menangis. Bukannya sakit tu tak pernah buat aku menyembam.

Tapi... aku tak pernah pulak lumpuh.

Aku selalu bangun dan tetap teruskan hidup.

Macam mana aku buat ye?

Sabarnya aku!

Hmn... Sebenarnya... walaupun ALLAH je yang dengar dan faham aku, tapi DIA selalu tolong. Sampai tak sedar bila masa DIA tarik beban-beban tu dari bahu aku. Hingga sebenarnya tanpa aku sedar, aku tetap terus berjalan bersama beban di bahu yang walaupun tak pernah rasa surut, tak pernah pula rasa semakin memberat yang sampai melumpuhkan kaki aku untuk terus melangkah.

Betul la... ALLAH uji ikut kemampuan kita.

Tapi... sebenarnya jugak, aku dah tak tahan dengan semua ni.

Mohon padaMU, Ya ALLAH. Lepaskan Sofia dari semua ni. Jangan Sofia tertekan macam ni lagi. Takut sakit sangat nanti sampai jadi trauma.

I'm just 27.

Bukan 72.

Nak hidup dan jalan jauh lagi.

Amalan tak cukup lagi.

Iman tak penuh di dada lagi.

Dosa banyak lagi tak habis cuci.

Permudahkanlah dan ringankanlah penanggungan Sofia supaya Sofia boleh jadi hamba yang soleh dunia-akhirat, Ya ALLAH...

Jangan la selalu macam ni. Tak larat. (T__T)



Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.