Skip to main content

Lama Betul Tak Blogging Macam Dulu-dulu


Assalamu'alaikum.

Haish... sibuk semendang Sofia sekarang yerk? Hahaha. Bab-bab sibuk, malas nak citer dah hari ni. Takmo ingat. Takmo pikir.

Yang nak ingat, yang nak pikir sekarang, mak aiii... baru hari nilah pun terasa bapokkk rindunyer nak blogging macam dulu-dulu. Dulu.... kemain kan, blogging siap ping entry bagai. Bapok rajinnye menulis blog dulu. Dulu la... Sekarang? Perh! Bapokkkk pemalaihnye aih! Hahaha. Update entry pun semata-mata pasal baju je. Tu pun taktau la ade orang baca ke tak entry yang membosankan gitu. Ah, lantak la. Tu kira salah satu cara Sofia mempromosikan produk Sofia. Orang kata untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Kut ada rezeki tunggu kat cabang blogging, yaaa... untung guwe! Hehehe.

Tapi hari ni.... Taktau camner la boleh terajin pulak Cik Pia korang ni berblogging. Tadi gi blog +sheda ucu, dapat tau pasal citer Asam Pedas Untuk Dia tu dah bersiaran kat TV3 eh? Siyesly, Sofia taktau langsung. Dan lepas terbaca kat blog Sheda, nilah pun baru tau. Sibuk melampau mak, nak. Sampai nak tengok tv pun takde masa. Ceh! Giler menyampah baca statement nih kan? Hahaha. Papejelah!

Tapi sebelum tu sebenarnya dah menggodek-godek dah beberapa blog ni... Mula-mula tu singgah blog si tukang masak yang selalu buat orang kecur liur bila tengok resepi-resepi dia - aziejaya.blogspot.com. Eceh! Sembangnya makcik kau ni gaya macam konon tuan blog aziejaya tu kenal je dengan dia, kan? Hahaha. Pastu... gi blog: http://fizalgk.blogspot.com... www.ciktom.com... ayakawanie.blogspot.com... dan fizalgk.blogspot.com... Naaa... tu semua sebenarnya kes menggoogle mencari resepi Nasi Goreng Tom Yam, sebenarnya. Taktau kenapa tadi tetibe teringin nak tengok resepi nasi goreng tom yam. Pernah try dah buat sendiri hari tu. Tapi taktau la... rasa macam tak 'mengena' je rasanya resepi Sofia hari tu. Hehehe... tu yang menggagau tengok resepi orang nih. Ceh! Rupanya senang je pun resepinya. Err... Resepi la senang. Bikinnya tak lagi nih. Hahaha... Takpe. Jap gi. Jap gi. Perut memang tengah lapar ni. Takpe. Sekarang hapdet entry dulu seketul.

So conclusionnye lepas dah menggodek-godek blog orang, baru tersedar dan terasa sensorang, mak aihhh... rindunya nak berblogging!

Sungguh... Teringat masa zaman kanak-kanak rebbina dulu *kononnya*. Masa tu suka sangat blog walking gi blog orang. Cari dan tambah kawan baru melalui blogging. Tukar-tukar link blog dengan kengkawan. Aku follow kau, kau follow aku.

Sofia ingat lagi orang pertama yang follow blog pertama Sofia dulu. Dhiya Fariza. Tu masa blog pertama dulu la. Blog ni dia tak follow dah. Hehehe. Taktau kut kita dah tukar blog baru. Atau mungkin tak ingat dah kut member blogger dia yang kian tercorot sorang ni gamaknya. Maklumlah, member blogger dia pun dah bersepah sekarang. Ngeee... Kelakar betul ingat masa baru-baru buat blog dulu, kan? Masa tu kat blog Sofia mana ada entry apa sangat pun. Entry-entry jiwang karat kut banyak la masa tu. Yelah... masa tu mana reti blogging lagi. Main coding-coding pun tak paham kebende lagi. Dah tu bila tetibe tengok ada tulisan kaler oren kat dashboard yang tulih '1 follower' tu, terus jadi pelik sensorang. Eh? Apa ni? Ada orang follow blog aku ke? Kenapa dia follow blog aku ek? And blablabla lagi soalan-soalan pelik bermain dalam kepala masa tu. Sebab masa tu siyes taktau langsung pasal follow-memfollow nih. Haks! Dan masa tulahhhh jugak pun baru tahu apa kerjanya button 'follow' yang duk kat tepi blog tuh. Terus lepastu gi follow balik blog doktor muda nan ayu sorang tuh. Hahaha.... Lucu! Seronok je dulu-dulu masa baru blogging.

Tulah... Lepas blogwalking blog orang tu blog orang ni tadi, teringat la balik perasaan seronok tu. Rasa macam nak mengulanginya lagi je. Tapi... tulah kan... Kekangan masa. Masa 24 jam 7 hari seminggu tu pun dah rasa macam tak cukup dah sekarang. Banyaknya hal. Albiaselah. Bila kita dah dewasa... dah mula reti pikul tanggungjawab... semua benda kita nak mempertanggungjawabkan dah. So akibatnya, jadi macam nilah. Takde masa nak bersosial even just berblogging pun. Haish... Bosan! -.-'

Comments

  1. selamat malam..jom ke blog syira...sertai giveaway simple and menang pelbagai hadiah hebat serta wang tunai :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.