Skip to main content

Maco Collagen | Day 0: Maco Saya Dah Sampai!



Assalamu'alaikum. Alhamdulillah.... Sampai juga set Maco ke tangan saya tengahari tadi. Penat tunggu tau. Lambat betul abam posmen ni hantar. Eeeiii... piat tinge abam posmen ni kanggg haaa... Teheee...! Okay, gurau-gurau je. Peace yo!

Dua-dua set Maco ni adalah, Maco Collagen Peptite (MCP) dan Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT). Tengok botol comel je, kan? Cute miut je. Nampak gaya macam sedap isi kandungannya. Huhuhu. Tak sabar nak mencuba.

Malam nanti Sofia nak start consume Maco ni.

Jap gi nak tepek la muka sebelum consume Maco kat ig. Mean, muka yang hari ni la. Esok-esok, seminggu dua, boleh la refer balik gambar yang hari ni untuk tengok ada keberkesanannya ke tak Maco ni, kan?

Sebenarnya kannn... masa sebelum nak beli MCP & IPCT ni hari tu, Sofia dah siap-siap pasang azam dalam diri dah. Sofia nak try sendiri dulu MACO ni. Dan kalau sungguh berkesan macam yang diheboh-hebohkan tu, Sofia nak jual produk ni nanti. Sebab Sofia tau produk ni masih baru lagi di pasaran. Ramai lagi yang taktau pasal Maco. Sofia sendiri pun masa mula-mula tengok testimoni Maco ni... kat ig ke fb hari tu ek? Ah, tak ingat dah. Tapi Sofia sendiri pun blur pasal Maco ni. Maco ni apa? Produk dari mana? Tak pernah dengar. Bunyi macam produk Korea je, kan? Tapi tulah. Lepas siasat-siasat, dan setau Sofia Maco ni produk Malaysia rupanya, tetapi menggunakan formulasi Korea. Okeylah tu, kan? Dan you know la Sofia ni macam mana kannn.... Sofia suka jual apa yang Sofia sendiri suka guna. Sebab Sofia suka sebarkan kebaikkan sesuatu benda yang Sofia amalkan supaya orang lain pun boleh turut sama merasai kebaikkannya. Lagipun... senang, nanti kalau orang tanya apa-apa, kita pun tak pening dan tak terkial-kial nak menjawab. Pasal kita sendiri pun guna. Kan?

Hehehe... So sekarang, biar Sofia dulu try Maco ni k? Kta tengok dulu berkesan ke tak.

Tapiii... Hahaha... Alamakaih...! Nampak gayanya sekarang dah mula kena belajar jangan malu-malu berselfie dan tepek muka kat ig, blog dan fb bagai laa... kan? Kalau tak, macam mana nak buat testimoni? Macam mana nak buktikan yang diri sendiri dah consume produk sekian-sekian ni, kan? Hahaha. Selfie... Selfie... Bab selfie, Sofia takdelah malu sangat. Tapi bab upload gambar kat ig dan fb bagai, maaaaluuu sebenarnya. Korang tengok sendirilah ig ngan fb Sofia, berapa keping sangat gambar Sofia yang ada? Bukan apa. Bukan malu nak tunjuk muka sendiri. Tapi malu takut nanti orang kata kita syiok sendiri. Ataupun orang kata kita suka nak menunjuk-nunjuk. Ya Ampunnn... tak best kan kalau kena ngata gitu? Terasa macam teruk je diri sendiri.

Tapi. Tapi. Tapi. Mana boleh macam tu. Kalau nak ikut, kalau nak fikir apa yang orang kata, sudahnya tak ke manalah kita. Orang kata ke timur ada buaya, kita tak nak pergi. Orang kata ke barat ada rimau, kita takut. At last, duduk di situ je. Di takuk yang sama. Lepas tu, apa perubahannya?

Takde. Kan?

Betul laa... kadang-kadang hidup ni, kita kena ambil jugak risiko tu walaupun kita dah tahu akibat buruk sebab dengan risiko tu juga ada peluang yang cerah dan kejayaan yang manis untuk kita. Bak kata, macam ubatlah. Walaupun pahit, kena telan jugak sebab nak sembuh. Gitulah juga dengan permainan hidup, kan?

Hehehe... So takpe. Kita cuba. Yang penting, betulkan niattt... niat yang baik-baik je. Yang tak betul, buang! Niat selfie dan upload-upload gambar kat fb, kt ig and blog bagai hanya sebab nak menjadikan diri sebagai contoh yang baik untuk sesuatu yang baik. Bukan nak riak. Bukan nak nunjuk-nunjuk. Bukan nak berlagak. Hanya sekadar menjadi contoh. Hanya sekadar berkongsi. Dan insyaALLAH, moga ALLAH berkat segala usaha Sofia. Aamiin...!

Sebelum Sofia stop dan nokhtahkan entry ni, nah amik sekeping dua ni dulu gambar kita sebelum consume Maco ni. Ngeee...


Gelap kulit mak masa ni, nak. Hahaha. Ni gambar masa kat taman rekreasi Pantai Kemasik dua bulan lepas. Masa ni baru balik dari pergi ambik gambar passport. Nampak gemuk, kan? Hahaha. Masa ni masih dalam proses menurunkan berat badan lagi. But seriously, gambar ni no edit langsung! Original. Guna kamera handphone Note II. 8 megapixel. Tapi tak ingat masa ni guna flash ke tak.



Dan yang dua ni, yang terbaru. Yang hari ni. Tengahari tadi. Siap pegang botol Maco lagi tu. Pun no edit. Guna kamera handphone Note II yang 8 megapixel tu juga. Tapi... dalam gambar ni macam cerah, kan? Maybe sebab ambik gambar kat depan tingkap. Ngadap cahaya. But don't worry, no flash. Actually dalam gambar ni Sofia nak tunjuk masalah kat bahagian bawah pipi dan dagu Sofia. Ada jerawat kecik-kecik dalam kulit yang buat bahagian bawah pipi dan dagu nampak gelap dan berkerutuk. Tapi taktau kenapa tak nampak dalam gambar ni. Maybe pasal lighting. Takpelah. Nanti untuk testimoni, kita tunjuk gambar lain.

Sooo.... Tu jelah dulu. Sekarang, mari kita mencuba Maco dulu! Nanti kesannya, kita cerita kemudian ye. Jumpa lagi...!

Hey! Kalau sudi, jom add saya di Facebook atau follow saya di Instagram. Klik je gambar di bawah. ^_^


https://instagram.com/koleksivioletsofia

https://www.facebook.com/violetsofiaII


P/s: Terima kasih sudi singgah blog kita tau. Jangan lupa tinggalkan komen atau pesanan atau tanda jejak anda di rungan komen ye? Terima kasih! Jazzakallahu khairan kasira! (moga Allah s.w.t. ganjarankan kepada kamu kebaikan sebanyak-banyaknya!) ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Maco Collagen | Merawat Tumit Pecah

Lagi positive feedback dari customer Sofia. Tengok tu, tumit kaki dia yang pecah-pecah now dah okay. Dah cantik-licin-mulus dah. Hehehe... Sofia tumpang happy untuk dia. Dia happy, Sofia lagilah puas hati! Sebab kepuasan pelanggan itu keutamaan Sofia. Suatu anugerah yang besar tau bagi Sofia bila pelanggan puas hati dengan produk yang Sofia jual. Dan suatu kepuasan yang amat-amatlah memuaskan bagi Sofia bila jual Maco, dapat feedback yang macam ni. Terima Kak Wan Mariam sebab sudi bagi feedback dan sudi keep in touch serta repeat order dengan Sofia. Terima kasih sangat-sangat sebab sudi beli Maco dari Sofia. Terima kasih kerana percayakan Sofia. Sofia benar-benar hargai tu. =) So korang... tak nak try Maco jugak ke? Cubalah... confirm takkan nyesal. Maco ni best sangat tau. Bukan takat rasanya sahaja yang sedap, tapi kesannya juga sangatlah memuaskan. Tak caya? Try la! HARGA PROMOSI:  Maco Collagen Peptide (MCP) RM99 *normal price RM150  Ibu Putih Collagen Tablet (IPCT)

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Me & Music | Dia Muhammad - In Team (With Lirik)

  LENOVO NOTEBOOK terletak elok di atas riba beralas bantal jadi pengganti cooling pad. Microsoft word terpampang di skrin dengan bait-bait kata dari kumpulan manuskrip yang bertajuk ‘Excuse Me!’. Tengah mengedit Bab 3. Ingat kalau sempat, malam ni nak publish di blog. Insya-ALLAH... Hearphone di telinga baru mula nak berlagu lagi dengan Dia Muhammad by In Team . Ni bahana terdengar dari Tilawah Al-Quran kat tv tadi la ni. Terus masuk bilik, download lagu tu kat 4shared.com (klik pada link kalau nak download jugak mp3 lagu tu), lepas tu dengar berulang-ulang kali. Dan sampai sekarang pun, masa tengah taip ni pun tengah dengar lagi. Best.