Hati berlagu sedih dan duka di hari raya kedua. Lahaihhh... (T_T)
Bila dah selalu sangat dihadapkan dengan penipuan dan kecurangan, perlahan-lahan hati mula rasa tawar untuk bertahan. Hambar. Kerana luka yang terlalu beribu. Kerana tangisan yang jarang benar redanya. Kerana sakit yang sukar sekali sembuhnya dan kerap pula kebertandangannya. Maka, kerana semua itu, perlahan-lahan hati mula belajar untuk berdikari. Kerana membawa haluan sendiri itu kini terasa seperti adalah jalan yang terbaik. Agar hati tidak terus terluka. Agar jiwa tidak terusan menangis meratap hiba. Agar supaya luka itu selepas ini boleh sentiasa dihadap seolah-olah seperti berdepan dengan sebatang tunggul kayu yang mati.
ALLAH... terluka hati. Dan sungguh, hanya ALLAH saja yang tahu bagaimana rasanya. :'(
Kuat lagi ke ni?
Boleh bertahan lagi ke ni?
Ke nak give up sekarang?
Ya ALLAH, bilamana hati ini ku tauhidkan sentiasa agar tulus dan ikhlas kepada semua makhlukMU, maka berikanlah juga kepadaku ketulusan dan keikhlasan yang sama. Aku takut akan hukumMU, maka janganlah pula ada antara mereka yang ku kasihi mengkhianati aku. :'(
Tak apa, yang lepas tu lepaslah... Biarlah walau dia telah dan pernah melukakan saya. Tak dendam dan tak mahu berdendam. Memaafkan itu mungkin masih sukar buat masa ni. Menerima itu juga lagilah payah. Untuk mengizinkan diri didekatinya, lagilah terasa peritnya. Bukan kerana benci, tapi kerana takut yang amat jika diri yang lemah lagi rapuh ini dilukai lagi. Ya ALLAH, Sofia mohon perlindungan dariMU. Perliharakan dan lindungilah hati dan perasaan Sofia agar sentiasa di bawah jagaanMU dan dibawah sepenuh-penuh limpahan rahmat dan kasih-sayangMU. Berilah Sofia kasih-sayang dan cinta yang tulus dan ikhlas. Aamiin... :')
Orang takde, tapi ALLAH sentiasa ada bersama. :')
NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^
Comments
Post a Comment