Skip to main content

Menyesal Beli Baju Raya


Sebenarnya tahun ni, yang gigih sangat beli baju raya, bukan sebab apa pun. Bukan sebab nak melawa sangat pun. Tapi sebab nak appreaciate diri sendiri dengan hasil dari usaha penat lelah berniaga online a.k.a berniaga sendiri selama setahun ni. Selama ni kalau nak beli apa-apa, mesti kena tengok harga dulu. Mesti nak kena kedekut jugak walau macam-macam mana pun. Sebab ingat sokmo... duit tu nak buat hidup untuk hari esok lagi. Jadi tak pernah dapat sokmo nak merasa kepuasan yang diri inginkan.

Duit keuntungan berniaga, start dari awal berniaga sampailah dah hampir setahun ni, tak habis-habis buat modal pusingan dan tambahan untuk besarkan dan majukan bisnes. Sampai untuk diri sendiri tak pernah beli apa pun. Dari awal berniaga hari tu, sampai ke hari ni, mana merasa lagi enjoy duit hasil berniaga sendiri. Habis-habis merasa pun, buat beli kuih-muih kat pasar malam tiap hari Jumaat kat Kemasik tu je pun. Tak pernah lagi reward diri dengan apa-apa yang lebih dari tu dengan duit hasil berniaga online ni.

Tapi alhamdulillah, dekat-dekat nak raya ni rezeki berniaga online melimpah sikit. Sebelum nak tolak kepada modal pusingan, ada la lebihan boleh buat untuk belanja diri. Kira nak merasa enjoy tu tak semput mana sangat dan tak buat diri rasa bersalahlah kalau belanja lebih sikit. So dapatlah merasa beli baju raya mahal sikit... Kira ikut kemahuan hati tanpa toleh kiri kanan la ni...

Eh tup-tup tadi terbaca post sorang sahabat ni pasal hakikat orang perempuan ni di hari raya. Betul jugak kata dia. Tiap-tiap tahun time raya, saya buat apa je pun kat rumah. Asal ada orang datang rumah, kerjanya 'menukang' kat dapur jelah pun. Sediakan hidangan. Basuh pinggan mangkuk. Dah tu, masa bilanya nak bercatwalk bagai dengan baju raya kesukaan hati??? Hahaha. Lepas menyedari hakikat ni, terus rasa nyesal beli baju raya memahal. Patutnya pakai je yang tahun-tahun lepas sudah. Sebab sudahnya nanti, duduk kat dapur je pun. Hahaha. Seriously, rasanya pagi raya nanti, baju raya lama jugak yang ku rembat nanti. Sayang aih nak pakai baju baru lelawa. Sebab sudahnya nanti, lencun kat tepi sinki kat dapur jugak pun.


Comments

Popular posts from this blog

Scandal | Prolog

NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^

Let's Join Hikayat Violet Sofia Giveaway

So this is the banner untuk giveaway kali ni. Assalamu'alaikum and greetings to all...

Banner Blog Hikayat Violet Sofia

Tadaaa....! Amacam? Okey tak? Hahaha. Gasaklah....