Petikan tafsir ayat dari Surah Al-Balqarah. Ayat 2 dan 3 buat saya rasa 'deep' sangat-sangat! Yang bertanda nombor 2 & 3 tu petikan ayat dari Surah Al-Baqarah. Yang nombor 6 & 7 tu intisari ayat. Kira penjelasan lebih terperinci tentang ayat-ayat di dalam surah.Oh! Sebelum tu, nak diingatkan. Saya bukan alim-ulamak tau. Bukan ustazah. Bukan pendakwah yang layak digelar pendakwah. Saya orang biasa-biasa je. Saya hanya suka berkongsi tentang indahnya Al-Quran kepada semua. Mungkin kerana saya menjual Al-Quran Almumayyaz, jadi ini boleh juga dianggap sebagai salah satu teknik pemasaran. Tapi apapun yang pasti, saya hanya ingin berkongsi. Saya pun masih lagi belajar. Masih lagi dalam proses sedang mendalami Al-Quran. Sejak guna Almumayyaz nilah saya rasa senang sikit nak menghayati ayat-ayat suci Al-Quran. Tu yang bila 'terjumpa' part-part yang 'deep' macam ni, saya rajin je nak share. Sebab saya nak kongsikan perasaan yang saya rasa. Saya nak korang turut rasai dan berfikir sama macam apa yang saya fikirkan. Supaya apa yang saya 'cetuskan' kepada korang ni dapat buatkan hati korang terbuka sama dan membuak-buak rasa ingin turut sama menghayati ayat-ayat suci Al-Quran.Okay. Back to the topic.'Menginfakkan sebagian rezeki'Ayat pendek di atas ni yang 'deep' sangat bagi saya untuk pembacaan Al-Quran kali ni sebenarnya. Sebab apa? Sebab ayat nombor 2 kata...,"Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,"Mereka yang bertaqwa tu sape? Kita ke? Mungkin ya, mungkin tak. Tapi yang pasti, mereka yang bertaqwa itu adalah mereka yang mengerjakan dalam hidupnya seperti ayat nombor 3 ni...,"(yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan salat, dan menginfakkan sebagian rezeki yang kami berikan kepada mereka,"Menginfakkan ni maksudnya membelanjakan. Atau boleh juga disebut sebagai memperuntukkan. Dan jika perbelanjaan atau peruntukkan itu kita tujukan ke jalan ALLAH, maka ia dipanggil SEDEKAH.Macam kita bayar zakat fitrah masa Ramadhan hari tu. Tu menginfakkan rezeki ke jalan ALLAH la tu. TAPI, ya ada tapi. Menginfakkan rezeki ke jalan ALLAH tu bukan cukup takat bayar zakat fitrah je. Dan bukan juga takat sumbat seringgit-dua ke tabung derma je. Dan bukan juga takat derma kepada Palestin mahu Rohingya je. Sebab yang namanya rezeki tu bukan hanya duit sahaja semata-mata. Nasi pun rezeki. Air paip pun rezeki. Tilam bantal buat tidur selesa memalam tu pun rezeki. Bangun pepagi dapat melihat suasana damai dan penuh kehijauan alam semulajadi sekeliling tu pun rezeki juga. Rezeki ni luas. Selagimana ia memberikan selesaan kepada kita, ia adalah rezeki.So! Bagaimana korang menginfakkan rezeki korang? Adakah ke jalan ALLAH? Dan benar-benarkah ke jalan ALLAH? Ada tak tertanya-tanya macam tu pada diri sendiri? Kalau saya, ya. Lepas baca ayat-ayat tu tadi, saya kerap bertanya tentang wakaf rezeki saya. Ke mana sebenarnya saya dah belanjakan rezeki saya selama ni?Fikir-fikirkan lagi. Renung-renungkan. Mana yang betul, kita teruskan. Mana yang salah, kita betulkan. Sama-sama kita pandu semula hati dan cara hidup kita ke arah yang lebih baik berpandukan Al-Quran dan hadis. Kan Al-Quran itu pedoman hidup? Gini la salah satu caranya mengutip isi kandungan dan nasihat Al-Quran untuk buat pedoman hidup.P/s: entry ni diupdate menggunakan handphone. Mungkin banyak kesalahan ejaan atau short-form yang tak difahami. Mintak maaf. Update sambil baring kat tempat tidur je ni. InsyaALLAH esok saya online balik pakai laptop, nanti saya perbetulkan semula. Apa2 pun, terima kasih sudi baca entry di blog saya. =)
NOTE: This is my new another hikayat(s). So... 'Scandal' is the sementara punya tajuk untuk cerita ni. Sebab buat masa ni tak dapat fikirkan lagi apa tajuk yang sesuai untuk cerita ni. So... buat sementara ni kita call this as 'Scandal' jelah dulu ey? Well... lagipun memang ada kena-mengena dengan perkataan tu pun. Tapi get to know kemudian la... Sekarang jom baca prolog ni dulu. Enjoy your reading! ^_^
Comments
Post a Comment